Cute Red Flying Butterfly

Saturday, March 23, 2013

Dugaan Demi Dugaan

 


Jika saya mengatakan saya sedang gembira ketika ini, itu bermakna saya menipu. Jika saya mengatakan saya sedang senang hati ketika ini, saya juga menipu. Hakikatnya, sejak kebelakangan ini, saya memang dihimpit pelbagai ujian dan dugaan yang datang bertubi-tubi, bertimpa-timpa, dan dari pelbagai arah. Kadang rasa tak mampu hadapi. Tapi tak boleh. Kena kuat. Tapi semampu manalah untuk saya kuat menghadapi segala dugaan ini. Semuanya saya tanggung sendiri tanpa meminta bantuan raka-rakan. Saya hanya mampu berserah segalanya kepada Allah SWT. Semoga segala permasalahan ini dapat diselesaikan dengan segera. Ada yang berkata kenapa mesti berdiam? Dan kenapa tidak bertindak. Persoalan itu dibiarkan tanpa ada sebarang jawapan yang keluar dari mulutku. Hanya aku yang tahu kenapa aku biarkan semua ini berterusan. Cuma yang ku pinta waktu ini untuk sentiasa diberikan semangat. Kau ampunilah segala dosaku Ya Allah, limpahkan lah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas, Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan, peliharalah jiwa dan hati ini, Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu, menjadi buta tanpa bimbinganMu, aku cacat tanpa hidayahMu Ya Allah, Ya Allah kuatkanlah semangatku ini, berikanlah aku ketabahan untuk menempuh segala dugaanMu ini Ya Allah. Amin.
 
"wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat" (Al-Baqarah: 153)


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...