Cute Red Flying Butterfly

Tuesday, July 22, 2014

Dugaan Allah

 

Ya Allah Ya Tuhanku. Sesungguhnya aku alpa tanpa bimbinganMu Ya Allah. Aku lalai dalam menyempurnakan ibadah dan kewajipanku kepadaMu. Sungguh aku rindu untuk mendengar suara manjanya tiap kali tiba waktu berbuka puasa. Aku rindu untuk mendengar rengekkannya tiap kali dia sakit. Rengekkannya seperti anak kecil yg menginginkan perhatian dari ibu bapa dan adik beradiknya. Kejadian yg menimpa diri ini, amat susah bagiku untukku telan. Apatah lagi buat ibu dan ayahku.

Berbeza untuk kali ini. Tak dapat aku dengar rengekkannya tiap kali dia sakit. Apa khabar denganmu syg. Apa yg kau makan sahur tadi? Kau sangat cerewet dalam memilih makanan. Mampukah kau bertahan dengan makanan seperti itu? Bagaimana dengan lukamu? Sudah sembuhkah? Bertahan lah duhai sayang. Akanku pastikan kau dapat beraya bersama kami semua. Andai kau benar, keadilan pasti akan menyebelahimu. 

Sungguh aku rindu untuk bertikam lidah denganmu saban hari. Sehari aku tak berjumpa denganmu, bagai berbulan rasanya. Kau seorang adik yg sangat protective. Walaupun kau seorang yg sangat degil tapi tidak pernah sekali kau tak pedulikan kami semua. Kau seorang yg ringan tulang. Sesiapa saja yg inginkan bantuanmu, pasti kau akan membantunya walaupun ketika kau dalam kesusahan, tiada siapa yg membantu. 

Allah sentiasa bersamamu. Kami sebagai ahli keluargamu juga sentiasa akan bersamamu walau apa yg terjadi. Aku sayang kau, adik.


Thursday, May 30, 2013

Kek Coklat Kukus Berlapis Cream Cheese

 
Hi hi back bloggers.. Haa macam yang dapat korang baca nama entry kali ni, Zaty nak share la sikit resepi nak buat Kek Coklat Kukus Berlapis Cream Cheese . Actually kek ni Zaty baru je buat malam tadi sempena birthday abah Zaty.. Saja la kan nak buat suprise untuk abah.. Bukan selalu kan.. Ini antara gambarnya :---


 Haa ini la hasilnyaa..
JENG JENG..


Ini gambar the whole cake!
Tak sempat nak hias sebab dah lewat malam


Ok gambar kite dah tengok.. So now jom kite tengok resepi dekat bawah ni pulak :) 

Bahan A ( Kek Coklat )
 1 cawan serbuk koko
 1 cawan susu cair 
 1 cawan susu pekat
 1 cawan minyak
 1 cawan gula

Cara-cara :
 - Masukkan kelima-lima bahan diatas ke dalam periuk, dan masak di atas dapur.. Kacau sebati sehingga mendidih

Bahan B ( Kek Coklat )
 4 biji telur
 1 cawan tepung gandum
 1/2 sudu besar baking powder
 1/2 sudu besar soda bicarbonate
 1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
 - Pukul telur sehingga kembang.
 - Masukkan Bahan A ke dalam telur yang telah dipukul.. Pukul hingga sebati
 - Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit demi sedikit..
 - Seterusnya masukkan baking powder, soda bicarbonate dan esen vanilla.. Pukul hingga sebati..
Bahan C ( Cream Cheese )
 250 gm cream cheese
 60 gm gula halus
 1 biji telur
 1 sudu besar tepung gandum
 Sedikit air ( ikot kesesuaian adunan tu.. Selalu Zaty masukkan dalam 1 1/2 sudu besar air ) 

Cara-cara : 
 - Pukul cream cheese bersama dengan gula sehingga sebati.
 - Masukkan telur diikuti dengn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati. 
 - Biarkan sebentar.

Dah siap semua adunan kan? Haa korang boleh la mula mengukus.. Kukus dulu separuh adunan Kek Coklat tu dalam 10-15 minit.. Then letak semua sekali adunan cream cheese tadi atas kek coklat yang dikukus tadi.. Kukus pulak dalam 15-20 minit.. Lepas tu masukkan adunan Kek Coklat yang tinggal lagi separuh tadi tu atas cream cheese.. Kukus dalam 20-30 minit.. Haa dah siap pon ;) Boleh la dihidangkan

Selamat Mencuba! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...