Cute Red Flying Butterfly

Saturday, November 12, 2011

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?

Artikel Cinta ini telah dikirimkan olehDieda di Forum Tentang Cinta.
Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah..

copy and paste dari laman Tentang Cinta

coret-coretan saye !

Every Husband Should Read This

Tips Cinta ini dipetik daripada laman Facebook Stunning Hijabsseperti yang dikongsikan oleh Mrs Teddy di Facebook beliau. :)
every-husband-should-read-this
Love her…when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.
Love her…when she “pushes” you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).
Love her…when she asks you to play with the kids. She did not “make” them on her own.
Love her…when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you
Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.
Love her…when her cooking is bad. She tries.
Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.
Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.
Love her…when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she’s beautiful.
Love her…when she looks beautiful. She’s yours so appreciate her.
Love her…when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.
Love her…when she buys you gifts you don’t like. Smile and tell her it’s what you’ve always wanted.
Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change.
Love her…when she cries for absolutely nothing. Don’t ask, tell her its going to be okay
Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)
Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass
Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway
Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.
Love her…when she argues. She only wants to make things right for both
Love her…she is yours. You don’t need any other special reason!!!!
All this forms part of a Woman’s Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.
The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:
  • ¤ Treat the women well
  • ¤ The best of you are those who are the best in the treatment of their wives

copy and paste dari laman Tentang Cinta
coret-coretan saye !

Lelaki Idaman Setiap Wanita

Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…
Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…
Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…
Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…
Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…
Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…
Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…

Tips Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Zulira Mohmad.
copy and paste dari laman Tentang Cinta

coret-coretan saye !

Wednesday, November 9, 2011

Rahsia Tahi Lalat

Hahaha. Mari-mari kita hiburkan hari ini dengan mengetahui rahsia tahi lalat. Semua orang ada tahi lalat. Tetapi tak tahu la saya kalau-kalau ada orang yang langsung tiada tahi lalat ini.

Thanks kepada saudari Mazrah Yusop kerana sudi berkongsi artikel Rahsia Tahi Lalat ini.

TandaFirasat Tahi Lalat
Bibir atas kananBanyak rezeki, pandai
Bibir atas kiriRamai kawan, baik hati
Bibir bawah kananDisegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiriPandai bicara, tak mudah kalah
Leher kananCerdas, jujur, berani menderita
Leher kiriCerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengahTercapai cita-cita
Biji mata kananSuka serong dan pembohong
Biji mata kiriPembohong tetapi baik hati
Hujung mata kananBaik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiriBaik budi, murah rezeki
Punggung kananAgak mengalami kesulitan
Punggung kiriMalas dan suka duduk
Betis kananSuka berhibur, boros
Betis kiriRajin, tidak suka menganggur
Lutut kananBersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiriKurang kuat berusaha
Kepala sebelah kananTerkabul cita-cita
Kepala sebelah kiriSering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakangJujur, sabar dan tekun
Kening kananCerdas dan cekap
Kening kiriCerdas dan sopan santun
Tengah keningKeras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kananKecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiriSuka berpoya-poya
Ketiak kananDapat menyimpan rahsia
Ketiak kiriJujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kananSuka keluar rumah
Pergelangan kaki kiriKehendak kuat
Batang hidungBanyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidungBanyak rezeki
Dagu bawah kananJujur dan baik hati
Dagu bawah kiriBijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiriBaik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki)Bakal beristeri dua
Tumit kananJujur dan banyak kawan
Tumit kiriBaik budi
Alis kananSuka menolong dan baik hati
Alis kiriRamai yang suka
Pangkal peha kananKemahuan kuat
Pangkal peha kiriSuka kerja apa pun
Telapak kaki kananTak mudah mengeluh
Jari kaki kananSuka menolong
Jari kaki kiriBerbudi, suka berbuat baik
Bahu kananCermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiriSuka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kananBaik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiriRamai kawan, setia pada pasangan
Lengan kananSetia dan taat pada atasan
Lengan kiriMenepati janji dan rajin
Pipi kananRamai teman
Tengah-tengah pipi kananRamai yang suka
Tengah-tengah pipi kriRamai teman
Ubun-ubunKurang jujur
PusatCerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kananSejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiriBeroleh kemuliaan
Pinggang kananSayang pada pasangan hidup
Pinggang kiriDisayang pasangan hidup
Dada kananDapat mengatasi masalah
Dada kiriBerani, jujur dan sabar
Telapak kaki kananTidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiriBaik budi pekertinya
Siku tangan kananKuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiriBaik hati, suka menolong
Jari tangan kananSerba beroleh keuntungan
Jari tangan kiriSerba baik bekerja
Jari telapak tangan kananBanyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiriBanyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kananBoros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiriDapat berpangkat
Perut bawah kananBanyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiriBaik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalamDisayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalamTidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luarBaik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiriMurah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kananSerba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atasBaik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atasBaik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawahAgak malas
Kelopak mata kiri bawahAgak bodoh, kurang bijaksana


coret-coretan saye !

Tips untuk Survive dalam Percintaan Jarak Jauh

Ramai yang bertanyakan pada kami tips bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh. Bermacam-macam perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan bila kita berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi.

Sudah banyak cerita yang kita dengar mengenai perkara ini. Ada yang dapat survive dan ada yang kecundang. Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa kesunyian. Namun begitu, di sini, kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh.

Percaya pada pasangan
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?

Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.


coret-coretan caye !

7 Tips Untuk Menjadi Pendengar Yang Baik Kepada Wanita

menjadi-pendengar-yang-baik
Memandang matanya adalah salah satu tips untuk menjadi pendengar yang baik

Ramai lelaki gagal dalam menjadi pendengar yang baik. Apabila pasangan mereka meluahkan perasaan atau menceritakan sesuatu, lelaki akan suka 'potong' dan menghilangkan mood pasangan mereka. Ini menyebabkan wanita terus tertekan dan akhirnya perhubungan menjadi semakin renggang dan menyebabkan perpisahan.

Mrs Teddy juga suka bercerita dan meluahkan perasaannya kepada saya. Sebagai seorang lelaki, saya akan mendengar dan memberikan sepenuh tumpuan kepada apa yang ingin beliau sampaikan. Hanya dengan mendengar, anda akan membuatkan si dia kembali ceria dan happy. Kerana dalam hatinya, si dia tahu yang anda ada untuk mendengar luahan hati dan perasaannya.

Tetapi, bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik kepada wanita? Berikut merupakan 7 tips yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda semua...

1. Berikan perhatian sepenuhnya - Apabila si dia mula berkata-kata, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Hentikan segala perbuatan anda dan dengar dengan teliti setiap apa yang si dia ingin katakan. Walaupun terdapat gadis yang lalu-lalang di sebelahnya, jangan sesekali menjeling ke arah gadis tersebut. Saya tahu perangai anda, kerana saya juga seorang lelaki.

2. Pandang matanya - Ketika si dia sedang bercakap, pandang matanya. Renung dan dengar dengan teliti cerita yang ingin disampaikan. Itu akan membuatkan si dia lebih gembira untuk meneruskan cerita atau luahan perasaan kerana anda ada untuk mendengarnya.

3. Jangan berikan pendapat - Apabila si dia meluahkan perasaaan, jangan sesekali memberikan pendapat atau jalan penyelesaian. Sebagai contoh, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Jangan pula anda berikan pendapat, "Ala...biarlah dia nak jatuh ke, nak tergolek ke. Bukan awak susah pun...". Ini adalah sangat-sangat mematikan mood pasangan anda. Si dia hanya ingin meluahkan perasaan dan bukannya meminta pendapat anda. Jadi, jangan sesekali memberikan pendapat kecuali diminta.

4. Bertanyakan soalan - Untuk menaikkan lagi mood si dia bercerita, tanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang dicerita. Ini menunjukkan yang anda juga berminat dengan cerita yang si dia kongsikan. Saya guna contoh yang sama seperti di atas, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Soalan yang boleh anda tanya, "La...macam mana dia boleh jatuh?".
5. Berikan sokongan kepadanya - Sekiranya pasangan anda sedang marah-marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja apa yang si dia marahkan. Berikan sokongan yang anda juga berpihak kepadanya. Dan jangan sesekali anda menyokong orang yang dimarah itu pula. Ini akan menunjukkan yang anda tidak menyokong dirinya dan menyebabkan si dia bertambah marah.

6. Ulang semula apa yang dikatakan - Anda juga boleh mengulang semula apa yang si dia katakan bagi menunjukkan yang anda mendengar ceritanya. Contoh yang sama, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Apa yang anda boleh buat adalah, "La...kesian pakcik tu jatuh tangga...". Dan si dia akan terus menyambung semula bercerita selepas mendapat tahu yang anda sedang mendengar ceritanya.

7. Diam dan jangan berkata apa-apa - Tetapi, jika topik luahan perasaan atau marah itu ada berkaitan dengan anda, adalah lebih baik anda berdiam diri dan jangan respon apa-apa. Lebih baik anda tahan telinga dan mendengar apa saja yang si dia katakan. Biarkan si dia luahkan segala perasaannya. Dengan cara sebegini akan membuatkan si dia lebih cepat reda kerana perasaan marah itu berjaya dikeluarkan.

Mudah bukan untuk menjadi seorang pendengar yang baik? Apa yang perlu anda buat hanyalah, mendengar. Itu sahaja.

Perempuan akan rasa diri mereka disayangi apabila luahan perasaannya didengari oleh pasangan. Sekiranya pasangan anda sedang bercerita atau meluahkan perasaan, anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Jadilah pendengar yang baik, kerana itulah salah satu resepi untuk membina percintaan yang bahagia selamanya... :)


diambil dari Forum Tentang Cinta


coret-coretan caye !

Petua Mencari Lelaki Yang Baik

Setiap wanita inginkan lelaki yang terbaik untuk dijadikan sebagai pasangan hidup. Namun begitu, apakah petua yang dapat wanita gunakan dalam mencari seorang lelaki yang baik ini? Berikut merupakan petua yang dikongsikan oleh Dieda .

1. Yang berkemampuan.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri, apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. Begitu juga isteri yang baik. Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan. Kerana ada ketika suami-suami ini terlalai.

4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.

7. Mudah memaafkan.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.

Diharapkan dengan petua ini dapatlah anda gunakan dalam mencari lelaki yang baik untuk dijadikan sebagai pasangan dan yang akan membimbing anda ke pintu gerbang kebahagiaan yang kekal selamanya. InsyaAllah... :)


coret-coretan caye !

Hanya Seketika

Sebuah kereta Honda City hitam membelok masuk ke sebuah tapak perkuburan yang tertera nama Taman Barzakh. Lelaki yang berbaju Melayu berwarna krim itu keluar dari keretanya berjalan lemah menuju ke tempat orang yang pernah dibencinya dulu berada. Dia mencangkung mencabut rumput yang tumbuh di atas pusara di hadapannya. Dia duduk dan membaca Surah Yaasin dengan suara tersekat-sekat sambil membiarkan air matanya mengalir di pipi.

Dalam dunia ini, Fariz hanya pertaruhkan dua perkara. Duit dan nyawa. Duit untuk memikat perempuan dan nyawa untuk melindungi dirinya. Cinta? Apa dia peduli, membosankan baginya! Itulah sebab mengapa dia sering bertukar pasangan di ranjang hotel atau rumah sewanya. Baginya had cinta untuk seorang perempuan hanya seminggu tidak lebih dari itu.
Malah dalam komuniti kelab malam, dialah raja dan playboy yang paling popular dan mendapat perhatian ramai wanita yang datang sama ada hanya sekadar untuk berhibur atau merasai nikmat bersama dengannya. Hukum agama? Halal haram sedikit pun dia tak peduli. Baginya hidup ini hanya sekali, jadi bergembiralah sepuas-puasnya. Taubat? Jawapan Fariz cukup mudah, tunggu bila dah tua atau senja nanti tapi Fariz tidak sedar yang rumahnya telah kata pergi dan kuburnya telah kata mari.

“Fariz, ayah rasa kau dah patut mendirikan rumahtangga sekarang” Soalan yang paling bosan dan malas untuk dijawabnya, kembali disuarakan oleh ayahnya pada malam dia ingin keluar enjoy seperti biasa.

“Siapa orangnya?” tanya Fariz acuh tak acuh. Kali ini sudah kali keenam belas ayahnya bertanya tentang hal mendirikan rumahtangga. Dia menghenyakkan punggungnya di sofa sebelah orang tuanya.

“Anak mak cik Zainab kamu, Zainah.” Jawab ayahnya menunggu reaksi Fariz yang diagak akan menunjukkan reaksi protes dan bengang dijodohkan dengan gadis yang sentiasa dibulinya semasa zaman kanak-kanak.

Terjegil mata Fariz mendengar nama itu. “Ustazah Sekolah Agama tu ayah nak saya jadikan bini?? Tak layak langsung dengan saya tetapi kalau ayah berkehendakkan juga saya terima.” Jawab Fariz bersetuju walaupun sebenarnya dia tidak rela beristeri sekarang.
Dia bangun meninggalkan ayahnya selepas mengambil kunci kereta di atas meja depan ayahnya. Destinasinya hanya satu, kelab malam mencari perempuan untuk menghilangkan keresahan di hatinya yang semakin mencengkam.

Ayahnya menarik nafas lega dengan persetujuan Fariz walaupun dia kelihatan tidak serius menyatakan persetujuannya untuk berkahwin dengan sepupu sendiri. Ayahnya berharap Fariz akan berubah menjadi seorang lelaki dan suami yang baik selepas berkahwin dengan Zainah selepas ini.

Selepas beberapa bulan berlalu....

“Woi!!! Zainah! Buka pintu!” Hik..hik..hik...sedu Fariz, “Woi!!! Zainah! Buka pintu!”

Fariz mengetuk-ngetuk daun pintu rumahnya tanpa henti. Zainah bergegas berlari menuruni tangga dan keluar untuk membuka pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, botol warna hujau di tangan kanan Fariz dihayunkan ke kepala Zainah.

“Lembab! Bodoh! Pekak! Bahlol! Senggal!!” Maki Fariz dalam keadaan mabuk. Dia terus berjalan terhayun hayang menuruni tangga dan terus terjatuh tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah agam mereka.

Zainah mengesat darah yang mengalir melalui luka di dahinya sebelum mengangkat Fariz masuk ke dalam bilik. Air jernih dari matanya dibiarkan mengalir bebas menuruni pipi gebunya. Dia menabahkan hati demi insan yang disayanginya sekarang.

Walau seburuk mana pun perangai Fariz, lelaki itu adalah suaminya. Suami yang akan dicintai sepenuh hati dari dunia hingga akhirat. Dia tanamkan dalam dirinya bahawa berkasih sayang itu adalah suatu akhlak yang mulia, lalu semai dan bajaikan rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allea S.W.T kerana hanya DIA yang terlalu kasihkan hamba-Nya lebih dari seorang ibu yang mengasihi anaknya. Dia hanya akan taat pada suaminya itu seorang selagi hayatnya masih ada untuk hidup di dunia ini di sisi Fariz. Dia akan berbakti dengan sepenuh hati dan rela walaupun tidak dihargai dan dianggap kain buruk dalam rumah itu bagi suaminya.

Walaupun Fariz sering membawa perempuan yang di jumpanya di kelab malam pulang ke rumah untuk berseronok, dia terima dengan hati yang terbuka walaupun pedih kenyataannya. Malah dia berdoa semoga Fariz akan berubah menjadi seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab selepas mendapat hidayah dari-Nya.

Malam itu, Fariz pulang ke rumah dalam keadaan mabuk seperti kebisaanya bila pulang dari kelab malam. Zainah yang mengandung 8 bulan terpaksa berjalan perlahan-lahan untuk membuka pintu yang diketuk bagai nak roboh oleh suaminya.

Geram pintu masih belum dibuka, Fariz menendang pintu rumahnya. Zainah yang telah membuka sedikit daun pintu itu mengagak Fariz akan bertindak kasar kerana lambat membuka pintu cuba dan dia cuba mengelak tapi tergelincir jatuh. Kepalanya terhentak ke lantai marmar. Darah merah pekat mengalir keluar dari kepala dan kain batik Zainah yang telah terbaring kesakitan di atas lantai rumah.

Fariz yang agak mamai, tersedar yang dia telah menendang isterinya sendiri secara tidak sengaja. Dia mengelabah dan terus ke bilik air untuk mencuci muka dan minum banyak air kosong agar mabuknya sedikit berkurang. Fariz terus keluar dan mengangkat Zainah masuk ke dalam kereta menuju ke hospital.

Dalam perjalanan munuju ke hospital, Zainah mengerang kesakitan. Bertambah takut, risau dan gelisah hatinya kerana dialah Zainah jadi begitu. Setibanya di hospital Zainah terpaksa di masukkan ke Unit Rawatan Rapi kerana kecederaan parah di kepala dan kandungannya dalam keadaan bahaya yang kemungkinan gugur. Fariz menghubungi ayahnya dan ibu mertuanya. Ayahnya inginkan penjelasan saat itu juga tapi pantas Fariz matikan talian.

Sampai di hospital ayahnya ingin memarahinya selepas mendapat penjelasan tetapi melihat wajah anaknya yang keletihan, sungul dan resah dia tidak jadi marah. Fariz tersandar di bangku hospital dan hanya memandang bilik pembedahan menunggu doktor keluar dengan hati yang resah. Fariz menangis tersedu-sedu dan satu persatu perbuatan kejamnya terhadap Zainah menerjah ke dalam kotak fikirannya. Zainah dipukul, diterajang, dimaki, tidak dihormati dan yang paling kejam Fariz sanggup menerajang Zainah yang sedang sarat mengandungkan zuriatnya tanpa disedari.

Fariz melangkah masuk ke rumah agam yang dihadiahkan ayahnya sempena perkahwinannya dengan Zainah setahun lalu dengan perlahan-lahan. Setiap sudut rumah itu terdapat kenangannya bersama Zainah. Dia menuju ke dalam kamar tidurnya. Sebelum duduk di birai katil, Fariz memandang sayu potret persandingannya dengan Zainah di meja sisi katil. Dia duduk dan mengambil prime gambar tersebut dan memeluknya erat ingin merasai kehadiran Zainah disisinya kembali.

Gambar persandingannya dengan Zainah yang disangkut di dinding di depan matanya direnung dalam-dalam mencari kembali kenangan yang memedihkan hati tapi membuatkannya kembali merasai kehadiran insan kesayangannya yang telah pergi.

Dia terperasan terdapat sesuatu di belakang potret itu lalu dia berjalan dan menurunkan gambar tersebut. Sampul surat bersaiz A4 jatuh di kaki Fariz lalu gambar tersebut digantung kembali ke dinding. Hatinya terdetik untuk membacanya walaupun perasaannya tidak senang dan hati berdebar-debar sewaktu dia menarik keluar isi sampul surat berkenaan.

Test report yang tertera nama isterinya membuatkan hatinya semakin sakit untuk terus membacanya tetapi dia kuatkan semangat untuk terus membaca. Perkataan kanser tulang membuatkan dia terus meremukkan kertas test report itu. Fariz seperti orang hilang akal mencampakkan segala yang ada berhampiran dengannya. Dia menjerit bagai orang gila lalu terduduk lemah dilantai kamarnya. Dia mengesat air matanya yang mengalir umpama empangan yang pecah.

“Kenapa? Kenapa? Kenapa mesti begini?” Fariz menjerit menanyakan soalan yang tiada itu jawapan pada dirinya.

Dia ternampak sebuah kaset yang tertera namanya di bawah barang-barang yang bersepah di sekelilingnya. Fariz membelek kaset tersebut lalu bangun dan memasangnya. Suara Zainah yang serak seakan selepas menangis memenuhi ruang bilik itu.

“Abang, pertama sekali Nah minta maaf dari dunia hingga akhirat dan minta abang halalkan makan minum Nah sepanjang Nah hidup bersama dengan abang. Nah tahu, Nah bukanlah isteri abang yang baik dan bukan gadis yang abang cintai dan kasihi. Nah tahu abang terpaksa berkahwin dengan Nah tapi semua itu telah pun berlalu.
Nah tetap gembira dan bahagia berada disisi abang walaupun mungkin tidak lama Nah akan berada disisi abang. Walaupun abang layan Nah dengan buruk seperti kain buruk tapi Nah maafkan segala kesilapan abang sebab Nah tahu manusia mana tidak melakukan kesilapan. Kesilapan abang hanya kesilpan yang kecil malah ada orang yang membuat kesilapan yang lebih besar daripada abang yang sepatutnya tidak layak mendapat kemaafan tetapi tetap mendapat kemaafan.
Hanya ini satu-satunya permintaan Nah dengan abang. Nah harap abang jagalah anak kita yang bakal lahir nanti dengan sebaiknya andainya Nah pergi buat selama-lamanya. Abang mesti jaga diri abang dengan baik dan hidup dengan gembira walaupun Nah telah tiada di sisi abang buat selama-lamanya..
Sekali lagi Nah mohon keampunan dari abang dan halalkan makan minum Nah selama ini. Maafkan Nah andai Nah pernah sakiti dan lukai hati abang. Maafkan segala dosa Nah dengan abang. Jaga diri dan anak kita dengan baik.. Maafkan Nah...”

Fariz menekup wajahnya dengan tapak tangan. Dia menagis terharu dengan kata-kata terakhir yang Zainah ucapkan. Dia tidak menyangka isterinya sanggup memaafkan segala kesilapannya yang orang lain sukar maafkan. Indah sungguh susunan katanya dan cantiknya hatinya kerana sanggup menerima dan memaafkan kesilapannya.

Dia menarik nafas menguatkan hatinya yang terluka kerana kehilangannya. Dalam hatinya, Fariz berjanji akan menjaga Azril Fashah dan Zulaikha Balkis dengan baik kerana itulah wasiat Zainah yang terakhir. Fariz mengambil dairinya di dalam laci dan menulis apa yang tersirat di hatinya.

Ketika hayatnya aku lepaskan semua peluang untuk membuatkan dia bahagia dan gembira apabila berkahwin dengan aku tapi apa yang aku berikan padanya adalah kesedihan dan kesensaraan yang terlalu hebat yang aku fikir tiada orang yang sanggup laluinya tapi dia cukup tabah dan cekal untuk menawan hati aku yang keras dan menyucikan hatiku yang hitam ini selain mencelikkan aku yang buta agama dan cinta ini.

Pemergiannya membuatkan aku sedar yang dia amat berharga dalam diri, jiwa, hati dan hidupku. Bodohnya aku menyakiti orang yang terlalu menyayangi dan menyintai aku...dia ajar aku banyak perkara terutama tentang cinta dan hidup ini. Kalaulah aku diberi peluang sekali lagi, aku sanggup menggantikan tempatnya yang akan pergi mengadap Illahi tidak lama lagi itu. Aku hanya dapat merasakan bertapa aku terlalu menyintainya setelah dia pergi yang perginya tak akan kembali lagi. Biarlah aku jumpa seribu pengganti, dia tetap yang satu di dalam hati.

Kini apa yang aku dapat lakukan hanyalah mencatatkan segala kenangan bersamanya di dada langit dan kata cintaku padanya di atas pusaranya. Aku sentiasa menyakiti hatinya tapi dia tidak pernah menunjukkan reaksi sakit hatinya. Dia terlalu tabah...terlalu tabah...aku walaupun aku terus menerus menyakiti hatinya dan mengabaikannya tanpa aku sedar yang dia akan meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku perlukan sedikit masa untuk merawat hatiku yang terluka..

Fariz menutup dairinya perlahan-lahan. Cinta membuatkan dia amat lemah tapi cinta jugalah yang membuatkan dia bersemangat. Cintanya pada Zainah yang tidak sempat dihulur dan diucapkan sekarang akan dihulurkan pada permata hatinya yang mengikat hati dan menghidupkan perasaanya terus pada Zainah. Semoga rohmu dicucuri rahmat dari-Nya, Zainah.

Cerpen Cinta ini telah dikirimkan oleh saudara Azril Syukri.


coret-coretan caye !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...