Cute Red Flying Butterfly

Thursday, May 30, 2013

Kek Coklat Kukus Berlapis Cream Cheese

 
Hi hi back bloggers.. Haa macam yang dapat korang baca nama entry kali ni, Zaty nak share la sikit resepi nak buat Kek Coklat Kukus Berlapis Cream Cheese . Actually kek ni Zaty baru je buat malam tadi sempena birthday abah Zaty.. Saja la kan nak buat suprise untuk abah.. Bukan selalu kan.. Ini antara gambarnya :---


 Haa ini la hasilnyaa..
JENG JENG..


Ini gambar the whole cake!
Tak sempat nak hias sebab dah lewat malam


Ok gambar kite dah tengok.. So now jom kite tengok resepi dekat bawah ni pulak :) 

Bahan A ( Kek Coklat )
 1 cawan serbuk koko
 1 cawan susu cair 
 1 cawan susu pekat
 1 cawan minyak
 1 cawan gula

Cara-cara :
 - Masukkan kelima-lima bahan diatas ke dalam periuk, dan masak di atas dapur.. Kacau sebati sehingga mendidih

Bahan B ( Kek Coklat )
 4 biji telur
 1 cawan tepung gandum
 1/2 sudu besar baking powder
 1/2 sudu besar soda bicarbonate
 1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
 - Pukul telur sehingga kembang.
 - Masukkan Bahan A ke dalam telur yang telah dipukul.. Pukul hingga sebati
 - Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit demi sedikit..
 - Seterusnya masukkan baking powder, soda bicarbonate dan esen vanilla.. Pukul hingga sebati..
Bahan C ( Cream Cheese )
 250 gm cream cheese
 60 gm gula halus
 1 biji telur
 1 sudu besar tepung gandum
 Sedikit air ( ikot kesesuaian adunan tu.. Selalu Zaty masukkan dalam 1 1/2 sudu besar air ) 

Cara-cara : 
 - Pukul cream cheese bersama dengan gula sehingga sebati.
 - Masukkan telur diikuti dengn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati. 
 - Biarkan sebentar.

Dah siap semua adunan kan? Haa korang boleh la mula mengukus.. Kukus dulu separuh adunan Kek Coklat tu dalam 10-15 minit.. Then letak semua sekali adunan cream cheese tadi atas kek coklat yang dikukus tadi.. Kukus pulak dalam 15-20 minit.. Lepas tu masukkan adunan Kek Coklat yang tinggal lagi separuh tadi tu atas cream cheese.. Kukus dalam 20-30 minit.. Haa dah siap pon ;) Boleh la dihidangkan

Selamat Mencuba! :)

Monday, May 27, 2013

Update

 

Hi my dear bloggers! Wow lamanya Zaty tak update blog ni kan.. Berhabuk dah.. Actually I don't know what I wanna talk about.. Thats why tak update.. Kekeringan idea gitu.. Kuikui.. Hmm korang apa khabar? Sihat? I wish korang semua sihat la ye.. Yang mana tak sihat tu, bawak-bawak la makan ubat and pergi clinic.. Jangan di biarkan melarat, nanti lain pulak jadinya.. Al-maklum la sekarang ni cuaca tak menentu.. Sekejap panas, sekejap hujan,sekejap mendung.. Kalau Zaty jadi peramal cuaca tu confirm berenti, sebab pening acano nak ramalkan.. Ahaha

Ok-ok dah.. Banyak merepek dah ni.. Zaty cerita pasal life Zaty sekarang la ye.. Now Zaty tengah cuti semester.. Almost 2 month jugak la budak-budak UiTM cuti.. Korang yang suka cuti tu mesti excited.. Kan kan kan?? ;) Ahaa but not for me.. Aiyokk bosannya duduk rumah.. Takde apa yang nak dibuat.. Nak bekerja, parents tak bagi.. So duduk jela dekat rumah mengadap lappy, handphone, magezine, TV, novel and so on.. Bosan kan? Lifeless sangat.. Ahaa tapi cuti sem kali ni Zaty lebih banyak memasak dari cuti sem yang lepas.. Masak apa? Haaa JENG JENG JENG.. Suspen tak? :p



Haa ini la yg kite masak waktu cuti..
percubaan pertama dari Zaty
Puding Roti..



This one pulak dah selalu buat..
Kadang-kadang ambik tempahan jugak :)
Kek Coklat Kukus


Coming soon, Zaty tengah plan nak buat Kek Coklat Kukus Berlapis Cream Cheese sempena birthday abah.. Yang ni pon baru pertama kali nak buat, kite tengok jela nanti jadi ke tak jadi.. Ahaa Zaty buat semua ni pon sekadar suka-suka je.. Waktu cuti sem baru la ada masa nak buat semua ni.. Waktu kuliah, takde dekat rumah.. Ok la you guys, ni je yang mampu Zaty update for this time.. Kalau nak resepi, jangan malu, jangan segan.. Mintak je dengan Zaty, nanti Zaty bagi resepinya :) 
Wallahu'alam bissawab


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...