Cute Red Flying Butterfly

Tuesday, March 27, 2012

Tentang Wanita.

Wanita - Bila sebut sahaja wanita, orang akan menggambarkan seorang yang berhati lembut, halus dan seorang yang lemah. Tapi apa yang orang tidak tahu ialah - kami mungkin seorang yang lemah, tapi sebenarnya kami seorang yang kuat juga.


Kami selalu pendam perasaan di dalam hati. Kami selalu berfikir tentang orang yang kami sayang sebelum dan selepas tidur. Kami terlalu ambil berat tentang orang yang kami sayang. Kami ketepikan segalanya, dan utamakan orang yang kami sayang lebih dari yang lain.
Walaupun banyak kasih sayang di dalam hati kami, tapi dengan satu langkah sahaja, kasih sayang tu boleh berubah ke arah kebencian.


Tapi itu jarang terjadi. Kami; wanita selalu 'kalah' dengan kasih sayang yang kami ada untuk orang yang kami sayang itu. Walau teruk/jahat mana pun perangai orang yang kami sayang, kami tetap akan sayang.
Tapi apa yang kami bingung , bagaimana seorang lelaki boleh memainkan perasaan seorang wanita yang sangat halus? Bagaimana seorang lelaki boleh memusnahkan impian seorang wanita dengan kata-kata? Bagaimana seorang lelaki boleh meninggalkan seorang wanita kebingungan dengan aksi-aksi mereka? Bagaimana seorang lelaki boleh beranggapan perasaan wanita tidak penting? 



Aku sesungguhnya pelik bagaimana semua ini boleh berlaku. Tapi itu lah yang terjadi kebelakangan ini di dunia yang fana ini. Bila hati dan perasaan wanita akan mula di ambil berat oleh lelaki? Mungkin kami tidak akan beritahu yang kami sedih, tapi tak boleh ke kalian meluangkan masa kalian dan bertanya kepada kami bagaimana hari-hari kami?



Mungkin sesetengah lelaki akan berkata - Wanita ni rumit. Suka buat keputusan mendadak. Berfikir terlalu banyak. Aku mengaku, itu benar. Tapi pernahkah kalian berfikir sejenak bahawasanya kalian juga sangat rumit? Lelaki selalu tidak boleh membuat keputusan untuk hati mereka sendiri. Hari ini mungkin mereka sayang, esok mungkin perasaan itu sudah tiada lagi. Mengapa berubah secara mendadak?



Percaya lah, apabila seorang wanita berkata - "I nak you sorang je" ; dia benar-benar memaksudkannya. Dia telah melihat anda di masa depannya. Namun, kalian - lelaki jangan cepat terpedaya dengan kata-kata itu. Bukan lah berkata kami menipu anda. Tapi ia nya boleh berubah jikalau kalian mula mengambil kesempatan terhadap kami dengan melayan kami seperti tidak berperasaan hanya kerana kalian tahu kami akan selalu menunggu anda.



Sejauh mana pun seorang wanita itu sayangkan seorang lelaki, akan muncul jua satu hari nanti wanita itu akan berkata "Cukup lah." kerana sikap anda yang endah tak endah itu. Semua orang boleh berkata mereka sayang anda, tetapi bukan semua orang boleh menunggu anda. Kalau kalian dah jumpa wanita yang betul-betul kalian sayang, jaga lah perasaan mereka. Kerana wanita suka disayangi dan rasa diperlukan.



Wanita seperti aku; yang gemar memendam perasaan seorang diri, selalu diambil kesempatan oleh orang. Kerana kurang menunjukkan perasaan yang sebenar, mereka selalu fikir ia nya okay untuk melukakan hati kami. Kerana kami hanya akan mendiamkan diri. Tapi wanita seperti aku ini bukan lah robot. Kami mempunyai hati dan perasaan juga. Akan tiba juga harinya apabila kami akan pergi.


Wanita mungkin adalah queen of tears, tetapi hati kami penuh dengan kasih sayang. Tolong lah jaga perasaan kami. Jangan lah anda membiarkan kami terkontang-kanting seorang diri dengan sikap anda yang kerap berubah itu. Sejauh mana pun kami sayang kepada anda, hati kami pasti akan letih jua satu hari nanti.


Selagi masih tersemat kasih sayang di hati kami, hargai lah kami. Kerana bila wanita dah buat keputusan untuk pergi dari anda, tiada apa lagi yang boleh menghalang kami dari pergi.



copy paste from this blog

No comments:

Post a Comment

conteng-conteng

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...