Kawal Emosi - “Chill lah!!”
Cuba kawal emosi kamu dengan cara
menenangkan diri sebelum mengambil tindakan. Selalunya orang perempuan
dikaitkan dengan emosi yang berlebihan. Cuba bertindak bijak dan jangan
tunjukan perasaan marah atau perasaan tidak puas hati di depannya.
Sekurang-kurangnya kamu tidak cuba menjadikan keadaan lebih keruh
walaupun ketika itu perasaan marah membuak-buak di dalam dada.
Jangan Cari Pasal - “Ko apehal tak puas hati!”
Dalam
sesuatu perhubungan perlu ada tolak ansur. Berbincang bersama-sama
sebelum melakukan sesuatu adalah sesuatu tindakan bijak. Namun perlu
diingat jangan cuba mencetuskan sesuatu dengan alasan tidak sengaja
hendak mewujudkan pergaduhan di antara kamu.
Jujur dan Saling percaya-mempercayai - “Saya percaya awak”
Dua
perkara tersebut begitu penting dalam hubungan persahabatan ataupun
percintaan. Malah ia menjadi begitu penting apabila kamu telah berkahwin
atau menjalinkan komitmen. Bersikap jujur dan percaya kepada si dia
adalah kunci utama untuk mengukuhkan hubungan kamu. Jika dua perkara
tersebut tidak ada, tunggu sahajalah keruntuhannya.
Berterus-terang - “Saya mengaku berjumpa dengan kawan lama saya hari tu”
Ia
merupakan jalan terbaik dalam sesebuah perhubungan. Tidak berlindung
tentang sesuatu perkara adalah lebih baik daripada kamu merahsiakannya
dan dia mendapat tahu daripada orang lain. Bercakap benarlah walaupun
ada kalanya pahit untuk menerima kenyataan.
Bersikap Terbuka - ” It’s okay sayang, I tak kesah pun”
Ini
penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan tersebut. Jangan terlalu
ambil serius mengenai sesuatu yang tidak begitu penting. Pandang sesuatu
perkara secara positif dan keadaan ini boleh mengelakkan daripada
timbulnya sebarang masalah.
Jangan Ungkit Perkara Lalu - “Aku tahu ko pernah mencuri kan?”
Kamu
tidak sepatutnya mengungkit perkara lalu. Biarkanlah is berlalu tanpa
perlu membongkarkan segala kisah silam. Bimbang is hanya akan merosakkan
hubungan yang sedia terjalin.
Jangan Bandingkan Dia - “Ko ni sama je dengan Bobo, busuk perangai !”
Jangan
sesekali kamu bandingkan teman kamu dengan orang lain. Kamu perlu tahu
bahawa tidak ada seorang pun yang suka dirinya dibandingkan dengan orang
lain. Perkara ini jika tidak dikawal, hanya merugikan diri kamu
sendiri.
Buang Sikap Ego - “Aku rileks je”
Setiap orang ada rasa egonya yang tersendiri. Namun ia perlu dikawal. Tidak kemananya ego kamu itu.
Jangan Sikap Mengongkong - “Pergilah kalau tak kau akan menyesal!”
Ini
selalu berlaku kepada mereka yang sedang bercinta ataupun adik-beradik.
Kamu tidak berhak untuk memonopoli dia. Biarkan dia berbuat apa sahaja
apabila dia tidak bersama dengan mu. Dia juga berhak untuk menikmati
masa terluangnya sendiri atau bersama-sama dengan teman-temannya. Begitu
juga kamu. Ada kalanya kamu mahu bersendirian dan tidak mahu ditemani
sesiapa. Cuba fahami diri orang lain sebagaimana kamu mahu orang lain
memahami diri kamu. Tetapi kamu perlu pastikan dia selamat dan pandai
menjaga diri. Jangan buat dek plak!!
Setia - “Syukur alhamdulilah, aku tak pernah curang”
Ini
juga untuk mereka yang sedang bercinta. Jangan sesekali berlaku curang
terhadap temanmu. Setia perlu ada untuk mengukuhkan hubungan tersebut.
Jika tidak sudah tentu kamu akan bertukar ganti pasangan bagaikan
menukar baju. Jangan sampai diri kamu dianggap ‘murahan’ dan senang
dibawa ke sana sini oleh sesiapa sahaja dalam satu jangka masa yang
singkat.
Monday, October 29, 2012
Wednesday, October 24, 2012
KENALI LELAKI MELALUI ANGGOTA BADAN
Mengenal lelaki menerusi bentuk
anggota tubuhnya, dimana ianya merupakan pengetahuan yang dipraktikan
oleh orang orang melayu zaman dahulu dalam aspek pergaulan. Walau
bagaimanapun, ini merupakan falsafah-falsafah umum. Banyak lagi aspek
aspek lain yang perlu di ketahui sebelum membuat rumusan mengenai
personaliti seorang lelaki.
Kulit
Warna kemerahan tanda pemarah, daya fikir lemah, tidak tetap dalam melakukan pekerjaan. Warna kehijauan kemerahan tanda bersungguh melakukan kerja hingga selelsai. Warna hijau kehitaman tanda jahat kelakuanya. Warna kulit yang sangat putih tanda penyakit dan kekurangan darah. Selain dari itu melambangkan kelakuannya baik.

Rambut
Jika rambut kasar dan keras, itu tanda berani dan otaknya sihat. Jika hitam dan hitam tanda berakal dan pertimbangannya sempurna.

Kepala
Saiz yang besar tanda tetap pendirian dan berakal. Sederhana tanda berpengetahuan. Terlalu besar tidak sepadan dengan leher tanda tidak sihat otaknya. Kepala kecil tanda suka menurut nafsu kurang akalnya.

Dahi
Dahi luas tanda bijak dan sempurna akalnya. Sederhana luasnya dan berketus tanda pengasih dan berani. Dahi yang kecil tanda kurang akal. Dahi yang banyak kerut antara kening tanda pemarah.

Mata
Mata yang jarang dikerdipkan tanda bijaksana. Mata besar tersembul tanda tamak dan tidak dipercayai, dan dia ingin memiliki harta orang lain. Mata yang merah tanda berani tetapi kurang akal. Mata yang seperti mata kanak-kanak serta bercahaya tanda dikasihi oleh manusia lain serta panjang umur. Mata yang kerap dikerdipkan tanda pemaaf. Mata kecil tanda kurang sempurna pertimbangan.

Hidung
Hidung yang sederhana saiznya tanda berakal. Hidung yang rendah dan besar tanda suka mengikut hawa nafsu. Batang hidung yang nipis tanda suka berkelahi. Lubang hidung yang luas tanda dengki dan pemarah. Hidung tebal ditengahnya tanda pendusta. Hidung bongkok tanda manusia yang paing jahat. Hidung mancung tanda bijak dan sempurna akalnya serta penyayang.

Bibir
Bibir yang tebal tanda kurang berakal. Bibir yang nipis tanda suka menghasut. Bibir yang merah tanda sihat. Merah keputihan tanda berakal dan mudah faham. Bibir pucat tanda putus asa dan berpanyakit. Bibir hijau seperti lintah tanda banyak makan makanan yang haram.

Gigi
Panjang dan besar tanda pendusta. Sederhana tanda sempurna kelakuannya. Sempurna rapat tanda jujur.

Dagu
Dagu yang luas tanda takbur. Dagu yang tirus tanda kurang akal dan jahat. Dagu sederhana tanda sempurna kelakuannya.

Suara
Nyaring tanda berani. Perlahan tanda pendusta dan bebal. Tidak tetap tanda bunyi bodoh. Suara yang merdu tanda jujur tapi kurang bijak.

Mulut
Mulut yang kecil tanda bijaksana. Mulut yang luas tanda berani. Mulut yang sederhana tanda sempurna akalnya.

Telinga
Telinga yang besar tanda berakal tetapi lekas marah. Telinga kecil tanda kurang akal. Cuping telinga yang melekat tanda kejam.

Bahu
Bahu besar tanda kurang akal tapi tanda berani. Bahu yang singkat tanda sukakan pekerjaan yang jahat. Belikat bahu yang ditumbuhi bulu roma tanda kuat berjimak.

Belakang
Belakang yang lebar tanda keras hati, takbur dan pemarah. Bongkok tanda gigih dan bijaksana. Belakang yang tebal tanda dia seorang yang bijaksana.

Leher
Leher sangat pendek tanda jahat dan pendusta. Panjang dan lurus tanda bebal dan berpenyakit. Leher besar tanda suka berolok-olok tetapi berani. Urat leher yang timbul tanda pemarah.

Dada
Dada yang sederhana tanda berakal. Dada yang di tumbuhi bulu tanda kurang berakal dan suka melakukan perkara jahat.

Lidah
Lidah yang panjang tanda fasih bertutur.

Lengan
Lengan yang panjang ke lutut tanda pemarah, berani, berjaya dalam kerjanya tapi takbur dan suka meninggi diri. Lengan yang pendek tanda tidak sihat dan suka berbuat jahat.

Tapak tangan
Berjari panjang tanda berani dan berakal. Tapak tangan yang lembut tanda mudah memahami. Tapak tangan yang nipis tanda kurang akal.

Jari
Jari yang panjang dan lebar tanda kuat. Jari yang pendek tanda bebal. Jari yang sederhana tanda tidak sempurna akal tetapi budiman.

Perut
Perut yang besar tanda tidak malu dan berpenyakit. Perut yang sederhana tanda bijak dan sihat.

Pinggang
Pinggang yang lembut tanda berani. Pinggang yang tiada daging tanda keras hati dan takbur.

Betis yang sederhana tanda sihat.
Kaki
Kaki yang sederhana tanda sempurna akal. Kaki yang kecil tanda fasik. Kaki yang besar tanda bodoh.

Tumit
Tumit yang besar tanda sihat. Tumit yang sederhana tanda suka berbuat kebajikan. Tumit yang kecil tanda kurang sihat.

Langkah
Langkah yang panjang dan teratur tanda sempurna pekerjaanya. Langkah pendek dan kurang tetap tanda kurang berakal.

Tuesday, October 16, 2012
Doa Hadapi Stress
Salam..
Miss sharekan satu doa ataupun zikir yang sesuai ketika menghadapi stress @
tekanan perasaan. Doa ini hendaklah dibaca berulang kali (ikut
kemampuan) sehingga hati tenang. Tapi, pastikan anda faham apa yang anda
baca tu, barulah ia pergi ke hati..
Subscribe to:
Posts (Atom)