Kawal Emosi - “Chill lah!!”
Cuba kawal emosi kamu dengan cara
menenangkan diri sebelum mengambil tindakan. Selalunya orang perempuan
dikaitkan dengan emosi yang berlebihan. Cuba bertindak bijak dan jangan
tunjukan perasaan marah atau perasaan tidak puas hati di depannya.
Sekurang-kurangnya kamu tidak cuba menjadikan keadaan lebih keruh
walaupun ketika itu perasaan marah membuak-buak di dalam dada.
Jangan Cari Pasal - “Ko apehal tak puas hati!”
Dalam
sesuatu perhubungan perlu ada tolak ansur. Berbincang bersama-sama
sebelum melakukan sesuatu adalah sesuatu tindakan bijak. Namun perlu
diingat jangan cuba mencetuskan sesuatu dengan alasan tidak sengaja
hendak mewujudkan pergaduhan di antara kamu.
Jujur dan Saling percaya-mempercayai - “Saya percaya awak”
Dua
perkara tersebut begitu penting dalam hubungan persahabatan ataupun
percintaan. Malah ia menjadi begitu penting apabila kamu telah berkahwin
atau menjalinkan komitmen. Bersikap jujur dan percaya kepada si dia
adalah kunci utama untuk mengukuhkan hubungan kamu. Jika dua perkara
tersebut tidak ada, tunggu sahajalah keruntuhannya.
Berterus-terang - “Saya mengaku berjumpa dengan kawan lama saya hari tu”
Ia
merupakan jalan terbaik dalam sesebuah perhubungan. Tidak berlindung
tentang sesuatu perkara adalah lebih baik daripada kamu merahsiakannya
dan dia mendapat tahu daripada orang lain. Bercakap benarlah walaupun
ada kalanya pahit untuk menerima kenyataan.
Bersikap Terbuka - ” It’s okay sayang, I tak kesah pun”
Ini
penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan tersebut. Jangan terlalu
ambil serius mengenai sesuatu yang tidak begitu penting. Pandang sesuatu
perkara secara positif dan keadaan ini boleh mengelakkan daripada
timbulnya sebarang masalah.
Jangan Ungkit Perkara Lalu - “Aku tahu ko pernah mencuri kan?”
Kamu
tidak sepatutnya mengungkit perkara lalu. Biarkanlah is berlalu tanpa
perlu membongkarkan segala kisah silam. Bimbang is hanya akan merosakkan
hubungan yang sedia terjalin.
Jangan Bandingkan Dia - “Ko ni sama je dengan Bobo, busuk perangai !”
Jangan
sesekali kamu bandingkan teman kamu dengan orang lain. Kamu perlu tahu
bahawa tidak ada seorang pun yang suka dirinya dibandingkan dengan orang
lain. Perkara ini jika tidak dikawal, hanya merugikan diri kamu
sendiri.
Buang Sikap Ego - “Aku rileks je”
Setiap orang ada rasa egonya yang tersendiri. Namun ia perlu dikawal. Tidak kemananya ego kamu itu.
Jangan Sikap Mengongkong - “Pergilah kalau tak kau akan menyesal!”
Ini
selalu berlaku kepada mereka yang sedang bercinta ataupun adik-beradik.
Kamu tidak berhak untuk memonopoli dia. Biarkan dia berbuat apa sahaja
apabila dia tidak bersama dengan mu. Dia juga berhak untuk menikmati
masa terluangnya sendiri atau bersama-sama dengan teman-temannya. Begitu
juga kamu. Ada kalanya kamu mahu bersendirian dan tidak mahu ditemani
sesiapa. Cuba fahami diri orang lain sebagaimana kamu mahu orang lain
memahami diri kamu. Tetapi kamu perlu pastikan dia selamat dan pandai
menjaga diri. Jangan buat dek plak!!
Setia - “Syukur alhamdulilah, aku tak pernah curang”
Ini
juga untuk mereka yang sedang bercinta. Jangan sesekali berlaku curang
terhadap temanmu. Setia perlu ada untuk mengukuhkan hubungan tersebut.
Jika tidak sudah tentu kamu akan bertukar ganti pasangan bagaikan
menukar baju. Jangan sampai diri kamu dianggap ‘murahan’ dan senang
dibawa ke sana sini oleh sesiapa sahaja dalam satu jangka masa yang
singkat.
No comments:
Post a Comment
conteng-conteng