Jika saya mengatakan saya sedang gembira ketika ini, itu bermakna saya
menipu. Jika saya mengatakan saya sedang senang hati ketika ini, saya
juga menipu. Hakikatnya, sejak kebelakangan ini, saya memang dihimpit
pelbagai ujian dan dugaan yang datang bertubi-tubi, bertimpa-timpa, dan
dari pelbagai arah. Kadang rasa tak mampu hadapi. Tapi tak boleh. Kena
kuat. Tapi semampu manalah untuk saya kuat menghadapi segala dugaan ini. Semuanya saya tanggung sendiri tanpa meminta bantuan raka-rakan. Saya hanya mampu berserah segalanya kepada Allah SWT. Semoga segala permasalahan ini dapat diselesaikan dengan segera. Ada yang berkata kenapa mesti berdiam? Dan kenapa tidak bertindak. Persoalan itu dibiarkan tanpa ada sebarang jawapan yang keluar dari mulutku. Hanya aku yang tahu kenapa aku biarkan semua ini berterusan. Cuma yang ku pinta waktu ini untuk sentiasa diberikan semangat. Kau ampunilah segala dosaku Ya Allah,
limpahkan lah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas, Kau
kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan, peliharalah jiwa dan hati ini,
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu, menjadi buta tanpa
bimbinganMu, aku cacat tanpa hidayahMu Ya Allah, Ya Allah kuatkanlah
semangatku ini, berikanlah aku ketabahan untuk menempuh segala dugaanMu
ini Ya Allah. Amin.
"wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat" (Al-Baqarah: 153)
No comments:
Post a Comment
conteng-conteng