Cute Red Flying Butterfly

Thursday, December 29, 2011

Ombak Rindu

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?



novel ombak rindu


movie ombak rindu

Sunday, December 18, 2011

7 Sebab Utama Mengapa Lelaki Menipu



Sebenarnye apa sebab lelaki suka menipu? Emmm....tepuk dada, tanya minda anda. Sebab utama niat kita nak menipu ni...just diri anda sendiri yang tahu. Apa pun di bawah ni disenaraikan beberapa sebab yang mungkin ada berkaitan dengan apa yang terlintas di fikiran anda sekarang.


Pilihan- Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa peratus lelaki yang mempunyai banyak pilihan lebih tinggi untuk menipu daripada yang tidak mempunyai pilihan. Ini adalah mungkin atas faktor apabila seseorang lelaki itu mempunyai banyak pilihan, mereka sukar untuk menolaknya. 

Sebagai contoh, apabila mereka berjaya memikat teman wanita yang lebih cantik daripada sebelumnya, pasti mereka mudah untuk meninggalkan yang sebelumnya kerana mempunyai pilihan yang lebih baik. Berkemungkinan disebabkan faktor inilah mereka akan cuba untuk menipu teman wanita yang sebelumnya. Sekali lagi diingatkan, tidak semua lelaki bersifat seperti ini.



Ego- Kadang-kadang ada sesetengah lelaki yang sukar untuk mendapat perhatian daripada seseorang wanita. Jadi, sekiranya ada wanita lain yang menunjukkan minat sedikit terhadap mereka, peluang ini akan diambil dengan segera. 

Ini adalah kerana perkara ini akan meningkatkan keegoan mereka. Keegoan ini adalah untuk membuktikan bahawa mereka tidak terlalu bergantung kepada seorang wanita sahaja dan sekiranya perhubungan terputus, ia tidak akan meninggalkan kesan mendalam terhadap mereka.


Permasalahan hubungan- Pasti didalam sesuatu hubungan akan wujudnya masalah, dan masalah ini akan dijadikan alasan oleh lelaki untuk menipu. Lelaki yang mempunyai masalah dalam hubungan akan cuba untuk mencari wanita yang lebih menarik dan mampu untuk berkongsi minat yang sama. 

Cara ini adalah sebagai jalan pintas untuk mereka melupakan kesulitan yang sedang dihadapi. Dinasihatkan, segala masalah yang melibatkan hubungan diselesaikan dengan secepat mungkin untuk mengelakkan penipuan yang lebih banyak lagi. Faktor hubungan jarak jauh juga mungkin salah satu punca yang menyebabkan lelaki menipu.


Teman wanita yang suka mengkritik- Seorang wanita seharusnya menjadi tulang belakang kepada seseorang lelaki untuk mengecapi kejayaan mereka. Sekiranya ia kritikan yang membina, ia adalah perkara yang perlu dilakukan oleh wanita. Tetapi sekiranya ia satu kritikan yang menjatuhkan maruah seseorang lelaki, pasti dengan penipuan adalah jalan terbaik untuk mengelakkan daripada menerima kritikan daripada anda.


BosanSetiap pasangan harus berusaha untuk sentiasa memastikan perhubungan mereka sentiasa bahagia. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan bosan. Bosan adalah merupakan faktor utama mengapa lelaki menipu. Perasaan bosan seharusnya tidak patut wujud di dalam perhubungan. Bagaimana sesebuah pasangan yang sudah berkahwin berpuluh-puluh tahun dapat mengekalkan kebahagiaan mereka sehingga kehari ini. Sudah pasti kerana perkataan bosan tidak wujud didalam kamus perhubungan mereka.


Pernah ditipu- Ada juga sesetengah lelaki berpendapat bahawa disebabkan mereka pernah ditipu sebelum ini, membuatkan mereka berasa untuk menipu pada masa akan datang. Ini mungkin disebabkan perasaan ego yang ada pada seorang lelaki. Mereka akan berfikir bahawa sekiranya seorang wanita mampu untuk menipu mereka, mengapa tidak mereka pula yang menipu selepas ini. Tetapi, hakikatnya perkara ini sebenarnya tidak membawa apa-apa sebarang kebaikan didalam perhubungan.


PerubahanAda sesetengah lelaki yang sukakan perubahan di dalam kisah hidup mereka. Disebabkan keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru inilah yang akan membuatkan mereka menipu. Sebagai contoh,mereka berjumpa seorang wanita yang lebih menarik dan mereka rasakan wanita tersebut lebih memahami mereka berbanding kekasih mereka yang sebelumnya, pasti mereka akan cuba menipu untuk memenuhi keinginan hati mereka untuk menikmati satu situasi yang baru.

sumber:top5reason

Saturday, December 17, 2011

5 Jenis Kategori Lelaki Yang Masih Single



Jom kita kenali 5 kategori lelaki yang masih single or akan single...selamanye? Entahlah....itu kena tanya si empunya diri. Apa pun.....baca je entry dibawah:


Workaholic- Bagi lelaki yang menjadikan pekerjaan adalah keutamaan di dalam kehidupan, mereka pasti akan menganggap hubungan adalah halangan kerana perlu memperuntukkan masa atau tenaga terhadap pasangan. 

Berkemungkinan juga mereka telah menetapkan bahawa tujuan bekerja adalah untuk mereka sendiri. Selain daripada itu, ada sesetengah lelaki juga telah menetapkan beberapa matlamat yang hendak dicapai didalam kehidupan mereka. 

Soal hubungan, mereka akan ketepikan untuk sementara kerana ingin memberi seratus peratus fokus mengejar matlamat yang diimpikan. Ini yang membuatkan mereka untuk memilih kehidupan bersendirian buat sementara waktu.
**


 
Kaki party- Pada kebiasaannya, lelaki yang suka untuk berfoya-foya lebih gemar untuk single berbanding mempunyai hubungan. Ini adalah untuk mengelakkan mereka daripada terikat dengan mana-mana wanita. 

Berkemungkinan juga mereka telah menetapkan satu peringkat umur untuk mereka menjalinkan hubungan yang betul-betul serius. Sebelum sampai ke peringkat umur yang telah ditetapkan, mereka lebih gembira untuk menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebelum memberi komitmen terhadap perhubungan.


Lelaki yang pemalu- Seorang lelaki yang pemalu juga akan sukar untuk mendapat pasangan. Ini adalah kerana untuk mengenali seseorang wanita perlu dimulakan dengan perbualan. Sekiranya seseorang lelaki takut untuk berbual dengan wanita, agak mustahil untuk mereka mengenali wanita itu dengan lebih rapat. 

Lelaki seharusnya lebih yakin untuk berbual dengan wanita. Jika sikap malu ini terus membelenggu diri, pasti lelaki ini akan terus single. Anda perlu bijak untuk mengeluarkan diri daripada sifat malu ini. Sifat malu juga adalah penting untuk menilai adab atau tingkahlaku seseorang, tetapi ia haruslah bertempat dan sesuai dengan keadaan.


Terlalu memilih- Adakah keutamaan sesuatu hubungan itu untuk mencari kesempurnaan atau saling melengkapi kelemahan masing-masing? Ia terpulang terhadap individu untuk membuat pilihan. Tetapi perlu diingatkan, untuk mencari sesuatu kesempurnaan itu adalah agak mustahil. 

Lelaki yang telah menetapkan terlalu banyak kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi oleh seseorang wanita sebelum menjadi pasangan mereka agak sukar untuk mendapat pasangan. Ini adalah kerana mereka sendiri telah meletakkan terlalu banyak halangan untuk seseorang menjadi pasangan mereka.


Selesa dengan kehidupan sendirian-Ada juga sesetengah lelaki yang sengaja tidak mahu untuk mencari pasangan. Ini adalah kerana mereka berasa selesa terhadap kehidupan yang mereka lalui sekarang. 

Mungkin juga mereka hendak menikmati kehidupan secara bersendirian dahulu sebelum mereka berkongsi hidup bersama pasangan. Pada kebiasaannya lelaki seperti ini bijak untuk memilih pasangan yang mereka rasakan sesuai untuk mereka kerana mereka tidak gelojoh dalam memilih pasangan.

Sumber:top5

6 Cara Membuatkan Wanita Berasa Istimewa

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAhQaotffz_fvcHnNyFXQgHjC5L6fqqz4h-k9qvivGeCQ04zinxxKejGo1yYAZYc08poV02sJvSrSArqfrUGgl0DqrDE9uXpSp59Lrm39gyp2POdAojkO-unWiCosTA27CwsOoQzSFwd8/s1600/romanticislandstill2_0.jpg
Credit:Google


Untuk menarik perhatian seorang perempuan, nak kata susah tak juga...nak kata senang pun tak. Apa pun yang paling dan mampu membuat perempuan terasa istimewa ialah lelaki. Sebab tiada siapa yang paling pandai mengguna kata2 manis selain lelaki...hehehe. Betul tak?


Disini...ada beberapa cara untuk membuat wanita idaman anda berasa istimewa...hanya sekadar sharing saja....:)


(1) Beritahu bahawa kehadiran mereka amat bermakna terhadap kehidupan anda- Apabila anda memberitahu mengenai perkara ini, ia secara tidak langsung akan membuatkan mereka berasa seperti diperlukan dan istimewa. Beritahu perubahan yang telah berlaku didalam kehidupan anda selepas kehadiran mereka ataupun sebagainya.


(2) Bezakan layanan terhadap mereka dan juga rakan- Perkara ini adalah kesalahan yang sering dilakukan oleh pasangan. Mereka merasakan bahawa apabila melayan pasangan sebagai rakan, hubungan mereka akan lebih rapat. Ia sebenarnya tidak tepat sama sekali. Anda perlu bezakan layanan terhadap mereka dan juga rakan. Ini kerana pasangan anda akan lebih sensitif terhadap setiap perkara yang anda lakukan. Perbezaan yang anda tunjukkan inilah yang akan membuatkan mereka berasa istimewa.


(3) Memberikan mereka perlindungan- Wanita akan lebih tertarik terhadap lelaki yang mampu untuk membuatkan mereka berasa selesa dan dilindungi. Pasti perlindungan yang anda berikan akan membuatkan mereka berasa lebih istimewa.


(4) Hormati pendapat mereka- Buatkan mereka merasakan bahawa anda menghargai kewujudan mereka didalam kehidupan anda. Hormati pendapat mereka, dan ia akan membuatkan mereka akan berasa lebih istimewa.


(5)  Meminta maaf- Sememangnya seorang lelaki akan lebih sukar untuk meminta maaf. Ia mungkin disebabkan oleh keegoan mereka. Sekiranya anda telah melakukan kesalahan, jangan terlalu sukar untuk meminta maaf. Ketepikan ego anda dan pasti ia akan membuatkan mereka berasa istimewa.


(6) Penghargaan- Tunjukkan penghargaan anda terhadap apa yang telah mereka cuba usahakan didalam hubungan. Penghargaan yang ditunjukkan akan membuatkan mereka rasa dihargai dan juga istimewa. 

Petikan dr:top5

5 Perkara Yang Lelaki Suka Dengar Daripada Wanita

Credit:Google


Sekiranya seseorang wanita suka mendengar pujian, suka diberitahu bahawa diri mereka disayangi atau sebagainya, bagaimana pula dengan lelaki? Apakah perkara yang lelaki suka dengan daripada mulut seorang wanita?


(1) Lelaki kebiasaannya akan berasa lebih tertekan di tempat kerja. Mungkin dalam sesetengah situasi yang melibatkan pekerjaan, mereka berasa amat kecewa terhadap hasil daripada tugasan yang telah mereka laksanakan. Jadi siapakah orang yang paling bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka telah melakukan kerja dengan baik? Tidak lain dan tidak bukan adalah seorang wanita.


(2) Didalam kehidupan seharian, seorang lelaki akan berusaha untuk melakukan sesuatu yang mungkin dapat membantu diri mereka, keluarga, rakan dan sebagainya. Mungkin sesuatu perkara yang mereka lakukan akan berhasil dan mungkin juga tidak. Sekiranya mereka telah berusaha melakukan sesuatu tetapi tidak berhasil, siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka telah melakukan perkara bijak dengan menagambil keputusan melakukannya berbanding berdiam diri? Tidak lain tidak bukan adalah wanita.


(3) Lelaki pada masa kini amat menitikberatkan mengenai soal penampilan diri. Mereka berusaha untuk kelihatan segak di khalayak ramai. Jadi siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka kelihatan kacak? tidak lain tidak bukan adalah wanita.


(4) Seorang lelaki sanggup menggadaikan nyawa mereka hanya untuk memberikan perlindungan terhadap orang yang memerlukan. Jadi siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka adalah seorang yang berani? Tidak lain tidak bukan adalah wanita.


(5) Sesuatu tugasan yang berat sering dikaitkan dengan lelaki. Ini adalah kerana tenaga seorang lelaki adalah lebih kuat berbanding daripada wanita, Jadi siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka adalah seorang yang gagah atau kuat? tidak lain tidak bukan adalah wanita.

4 Perkara Yang Anda Tidak Patut Lakukan Apabila Berpisah

Credit:Youtube


Perpisahan didalam sesuatu hubungan adalah lumrah kehidupan sebagai seorang manusia. Anda perlu menerima hakikat bahawa pasangan anda sebelum ini bukan lagi milik anda. Disebabkan kesukaran menerima kenyataan inilah menyebabkan ramai yang melakukan perkara yang tidak sepatutnya. 

Antara adalah..

(1) Menghubungi bekas pasangan setiap kali anda ingatkan mereka 

- Memang tidak dapat dinafikan bahawa anda pasti akan sentiasa mengingati bekas pasangan lebih-lebih lagi pada permulaan perpisahan. Ia adalah merupakan satu perkara yang normal. Tetapi anda perlu bijak untuk mengawalnya. Lakukan sesuatu perkara yang boleh mengalihkan pemikiran anda daripada memikirkan mengenai mereka. 


Sekiranya anda menghubungi mereka sekali sekala, ia tidak menjadi masalah. Masalah akan timbul sekiranya anda menghubungi mereka setiap hari kerana anda seolah-olah masih tidak menerima yang sebenarnya anda berdua telah berpisah. Ia juga dikhuatiri akan turut mempengaruhi pemikiran dan perasaan anda kelak.


(2) Meluahkan perasaan seperti orang gila di fb

 - Mungkin anda sendiri perasan kini facebook dijadikan sebagai tempat meluahkan perasaan. Apabila anda berpisah, anda tidak perlu untuk menghebohkannya kerana ia amat menjengkelkan orang lain. Perhubungan adalah merupakan satu perkara yang amat peribadi dan tidak perlulah anda mengaibkan orang yang pernah anda sayang dikhalayak ramai. Ia juga mungkin akan mengundang permusuhan.


(3) Memburukkan pasangan 

- Kebiasaannya perkara ini akan terjadi apabila sesuatu hubungan telah terpisah. Masing-masing akan berusaha untuk memburukkan bekas pasangan mereka. Jika dinilai kembali, tiada sebarang manfaat yang anda dapat sekiranya melakukan perkara tersebut. 


Sekiranya anda betul-betul menyayangi mereka, pasti anda akan mengharapkan yang terbaik dan bukannya meburuk-burukkan mereka. Apa yang lebih mengejutkan adalah perbuatan ini lebih ramai dilakukan oleh kaum LELAKI!


(4) Kelam kabut untuk mencari pasangan baru

 - Hasil kajian yang telah dilakukan, seseorang yang bersifat seperti ini kebiasaannya adalah seorang yang bersifat kurang yakin terhadap diri sendiri, terdesak dan suka bergaantung terhadap orang lain.

p/s: Bagi yg frust bercinta, jgn terlalu layan perasaan ok..banyakkan bersabar dan ingat Allah selalu.

Jom.....Kenali Hati & Cinta Lelaki


Memang payah nak kenali hati dan cinta seseorang, sebab kadang-kadang apa kita rasa itu betul. Sebenarnya tak semua betul. Tapi tak pelah, asalkan jangan buruk sangka sudahlah. Untuk kenali hati & cinta lelaki mungkin agak sukar sikit dari perempuan. Entahlah. Apa2 pun kita baca entry ni, mana tau kita boleh tau sikit2 mengenai hati & cinta seorang lelaki.

Romantis

Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.

Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.

Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.

Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.
Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.

1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.

Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.

Saturday, November 12, 2011

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?

Artikel Cinta ini telah dikirimkan olehDieda di Forum Tentang Cinta.
Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah..

copy and paste dari laman Tentang Cinta

coret-coretan saye !

Every Husband Should Read This

Tips Cinta ini dipetik daripada laman Facebook Stunning Hijabsseperti yang dikongsikan oleh Mrs Teddy di Facebook beliau. :)
every-husband-should-read-this
Love her…when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.
Love her…when she “pushes” you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).
Love her…when she asks you to play with the kids. She did not “make” them on her own.
Love her…when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you
Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.
Love her…when her cooking is bad. She tries.
Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.
Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.
Love her…when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she’s beautiful.
Love her…when she looks beautiful. She’s yours so appreciate her.
Love her…when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.
Love her…when she buys you gifts you don’t like. Smile and tell her it’s what you’ve always wanted.
Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change.
Love her…when she cries for absolutely nothing. Don’t ask, tell her its going to be okay
Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)
Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass
Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway
Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.
Love her…when she argues. She only wants to make things right for both
Love her…she is yours. You don’t need any other special reason!!!!
All this forms part of a Woman’s Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.
The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:
  • ¤ Treat the women well
  • ¤ The best of you are those who are the best in the treatment of their wives

copy and paste dari laman Tentang Cinta
coret-coretan saye !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...