Credit:Youtube
Perpisahan didalam sesuatu hubungan adalah lumrah kehidupan sebagai seorang manusia. Anda perlu menerima hakikat bahawa pasangan anda sebelum ini bukan lagi milik anda. Disebabkan kesukaran menerima kenyataan inilah menyebabkan ramai yang melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
Antara adalah..
(1) Menghubungi bekas pasangan setiap kali anda ingatkan mereka
- Memang tidak dapat dinafikan bahawa anda pasti akan sentiasa mengingati bekas pasangan lebih-lebih lagi pada permulaan perpisahan. Ia adalah merupakan satu perkara yang normal. Tetapi anda perlu bijak untuk mengawalnya. Lakukan sesuatu perkara yang boleh mengalihkan pemikiran anda daripada memikirkan mengenai mereka.
Sekiranya anda menghubungi mereka sekali sekala, ia tidak menjadi masalah. Masalah akan timbul sekiranya anda menghubungi mereka setiap hari kerana anda seolah-olah masih tidak menerima yang sebenarnya anda berdua telah berpisah. Ia juga dikhuatiri akan turut mempengaruhi pemikiran dan perasaan anda kelak.
(2) Meluahkan perasaan seperti orang gila di fb
- Mungkin anda sendiri perasan kini facebook dijadikan sebagai tempat meluahkan perasaan. Apabila anda berpisah, anda tidak perlu untuk menghebohkannya kerana ia amat menjengkelkan orang lain. Perhubungan adalah merupakan satu perkara yang amat peribadi dan tidak perlulah anda mengaibkan orang yang pernah anda sayang dikhalayak ramai. Ia juga mungkin akan mengundang permusuhan.
(3) Memburukkan pasangan
- Kebiasaannya perkara ini akan terjadi apabila sesuatu hubungan telah terpisah. Masing-masing akan berusaha untuk memburukkan bekas pasangan mereka. Jika dinilai kembali, tiada sebarang manfaat yang anda dapat sekiranya melakukan perkara tersebut.
Sekiranya anda betul-betul menyayangi mereka, pasti anda akan mengharapkan yang terbaik dan bukannya meburuk-burukkan mereka. Apa yang lebih mengejutkan adalah perbuatan ini lebih ramai dilakukan oleh kaum LELAKI!
(4) Kelam kabut untuk mencari pasangan baru
- Hasil kajian yang telah dilakukan, seseorang yang bersifat seperti ini kebiasaannya adalah seorang yang bersifat kurang yakin terhadap diri sendiri, terdesak dan suka bergaantung terhadap orang lain.
p/s: Bagi yg frust bercinta, jgn terlalu layan perasaan ok..banyakkan bersabar dan ingat Allah selalu.
No comments:
Post a Comment
conteng-conteng