Cute Red Flying Butterfly

Sunday, December 18, 2011

7 Sebab Utama Mengapa Lelaki Menipu



Sebenarnye apa sebab lelaki suka menipu? Emmm....tepuk dada, tanya minda anda. Sebab utama niat kita nak menipu ni...just diri anda sendiri yang tahu. Apa pun di bawah ni disenaraikan beberapa sebab yang mungkin ada berkaitan dengan apa yang terlintas di fikiran anda sekarang.


Pilihan- Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa peratus lelaki yang mempunyai banyak pilihan lebih tinggi untuk menipu daripada yang tidak mempunyai pilihan. Ini adalah mungkin atas faktor apabila seseorang lelaki itu mempunyai banyak pilihan, mereka sukar untuk menolaknya. 

Sebagai contoh, apabila mereka berjaya memikat teman wanita yang lebih cantik daripada sebelumnya, pasti mereka mudah untuk meninggalkan yang sebelumnya kerana mempunyai pilihan yang lebih baik. Berkemungkinan disebabkan faktor inilah mereka akan cuba untuk menipu teman wanita yang sebelumnya. Sekali lagi diingatkan, tidak semua lelaki bersifat seperti ini.



Ego- Kadang-kadang ada sesetengah lelaki yang sukar untuk mendapat perhatian daripada seseorang wanita. Jadi, sekiranya ada wanita lain yang menunjukkan minat sedikit terhadap mereka, peluang ini akan diambil dengan segera. 

Ini adalah kerana perkara ini akan meningkatkan keegoan mereka. Keegoan ini adalah untuk membuktikan bahawa mereka tidak terlalu bergantung kepada seorang wanita sahaja dan sekiranya perhubungan terputus, ia tidak akan meninggalkan kesan mendalam terhadap mereka.


Permasalahan hubungan- Pasti didalam sesuatu hubungan akan wujudnya masalah, dan masalah ini akan dijadikan alasan oleh lelaki untuk menipu. Lelaki yang mempunyai masalah dalam hubungan akan cuba untuk mencari wanita yang lebih menarik dan mampu untuk berkongsi minat yang sama. 

Cara ini adalah sebagai jalan pintas untuk mereka melupakan kesulitan yang sedang dihadapi. Dinasihatkan, segala masalah yang melibatkan hubungan diselesaikan dengan secepat mungkin untuk mengelakkan penipuan yang lebih banyak lagi. Faktor hubungan jarak jauh juga mungkin salah satu punca yang menyebabkan lelaki menipu.


Teman wanita yang suka mengkritik- Seorang wanita seharusnya menjadi tulang belakang kepada seseorang lelaki untuk mengecapi kejayaan mereka. Sekiranya ia kritikan yang membina, ia adalah perkara yang perlu dilakukan oleh wanita. Tetapi sekiranya ia satu kritikan yang menjatuhkan maruah seseorang lelaki, pasti dengan penipuan adalah jalan terbaik untuk mengelakkan daripada menerima kritikan daripada anda.


BosanSetiap pasangan harus berusaha untuk sentiasa memastikan perhubungan mereka sentiasa bahagia. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan bosan. Bosan adalah merupakan faktor utama mengapa lelaki menipu. Perasaan bosan seharusnya tidak patut wujud di dalam perhubungan. Bagaimana sesebuah pasangan yang sudah berkahwin berpuluh-puluh tahun dapat mengekalkan kebahagiaan mereka sehingga kehari ini. Sudah pasti kerana perkataan bosan tidak wujud didalam kamus perhubungan mereka.


Pernah ditipu- Ada juga sesetengah lelaki berpendapat bahawa disebabkan mereka pernah ditipu sebelum ini, membuatkan mereka berasa untuk menipu pada masa akan datang. Ini mungkin disebabkan perasaan ego yang ada pada seorang lelaki. Mereka akan berfikir bahawa sekiranya seorang wanita mampu untuk menipu mereka, mengapa tidak mereka pula yang menipu selepas ini. Tetapi, hakikatnya perkara ini sebenarnya tidak membawa apa-apa sebarang kebaikan didalam perhubungan.


PerubahanAda sesetengah lelaki yang sukakan perubahan di dalam kisah hidup mereka. Disebabkan keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru inilah yang akan membuatkan mereka menipu. Sebagai contoh,mereka berjumpa seorang wanita yang lebih menarik dan mereka rasakan wanita tersebut lebih memahami mereka berbanding kekasih mereka yang sebelumnya, pasti mereka akan cuba menipu untuk memenuhi keinginan hati mereka untuk menikmati satu situasi yang baru.

sumber:top5reason

No comments:

Post a Comment

conteng-conteng

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...