Cute Red Flying Butterfly

Saturday, October 15, 2011

Ketentuan


Kedinginan bumi Switzerland mencengkam sampai ke tulang. Serasa tidak mahu melepaskan selimut yang membalut diri. Tapi tanggungjawab kepada 2 insan teristimewa dalam hidupku perlu diteruskan. Sambil menyediakan sarapan pagi dapat ku lihat hujan renyai dari tingkap kaca dapurku. Rindu pada kenangan lama menggamit memori.


Hujan petang hari ini cukup dingin dan membekukan. Lama sungguh bumi USM tidak dibasahi hujan. Hampir 3 bulan rasanya. Dan hujan hari ini adalah Rahmat Allah yang tak terhingga. Rindu benar rasanya akan kedinginan dan bau hujan yang menyenangkan.


"Ayunie!! Cepatlah!!" jerit Dalia sebaik sahaja keluar dari dewan kuliah. Hujan-hujan macam ni semua dah tak sabar nak balik ke bilik. Bagaikan ada tilam,bantal dan selimut yang memanggil melambai-lambai minta pulang segera. Hehehe…


"Sabarlah,bukan senang nak dapat hidu bau hujan ni. Wow!!nyamannya" bagaikan gelagat seorang puteri di taman istana sedang menghidu haruman bunga.


"Gila apa budak ni?? Bau hujan dikata nyaman?? Dah buang tebiat lah tu" bebel Qistina sambil melangkah laju menyusuri susur gajah ke asrama perempuan. Tiba di laluan yang tiada susur gajah, kami terpaksa berlari supaya tidak dibasahi hujan. Nasib baik tak jauh. Jadi tak adalah kami basah sangat.

Aku sebilik dengan Dalia. Qistina pula sebilik dengan Arina. Kitaorang 4 orang ni memang kamcing gila. Kebetulan satu course. Pergi mana-mana mesti berempat. Tak pernah berpisah lah.


"Alamak!!macam mana lah aku boleh terlewat pulak ni!!" Hujan semalam memang lebat sangat. Tidur rasa macam tak nak bangun. Lepas sembahyang subuh boleh sambung mimpi balik, itu yang terlajak ke pukul 8.30pg. Dalia kejut aku buat tak tahu, aku siap suruh diaorang pergi kuliah dulu. Gila berani. Ni lah jadinya. Lambat.
Lintang pukang aku berlari. Habis semua orang aku langgar.

"Aduh!!!!" sakit gila kepala aku. Bebel aku sambil mengurut-urut kepala. Habis semua buku berlambak. Lagi dah lambat. Macam-macam pulak jadi.



"Sorry. Did u hurt??" Tanya mamat yang aku langgar. Dia pun tolong kutip buku aku yang bertabur.

"No..no.. I'm okey" balas aku tanpa menoleh ke arahnya. Nak cepat. Dah kutip semua buku aku pun ucap terima kasih dan minta maaf sambil terbongkok-bongkok macam orang Jepun. Belum sempat dia cakap apa-apa aku dan jalan dulu. Tapi sempat juga aku jeling. Hensem.



"Eh, kenapa tak masuk lagi ni??aku rasa aku dah habis lewat dah ni" sambil mengerling jam di tangan. 9.33 pagi. Kuliah sepatutnya pukul 9.00 pagi.


"Kelas di tunda la sayang. Puan Asmalia cuti emergency 2 hari, assistant dia ganti nanti, pukul 11.30" jawab Arina.


"Dah tau kelas tak ada, kenapa tak call aku?? Tak adalah aku berlari macam orang kena kejar hantu. Habis semua orang aku langgar" marah aku sambil termengah-mengah. Penat berlari tadi tak hilang lagi.


"Hey!!" jerkah Arina,Dalia dan Qistina serentak. Terperanjat aku!!


"Orang dah call.Awak yang tak angkat!! Call lagi sekali dah tak dapat pulak. Suka-suka dia je nak marah kita. Dah cukup baik kita tunggu dia setengah jam lebih kat sini. Bukan nak cakap terima kasih ke apa ke, di marah kita lagi ada" marah Arina.


"Dah girls, jom kita pergi makan. Biar minah ni sorang-sorang kat sini" balas Qistina sambil menjeling pada aku. Tangan kanan disilang dengan tangan Arina dan tangan kiri disilang dengan tangan Dalia. Berjalan beriringan bertiga meninggalkan aku yang terkulat-kulat lepas kena marah.


Cepat-cepat aku lari pintas diaorang.
"Sorry..sorry..minta ampun minta maaf. Janji tak buat lagi" sambil menyusun sepuluh jari depan diaorang.



"Aik, takkan sorry je kot??" balas Dalia. Diangguk tanda setuju oleh Qistina dan Arina.


"Okey lah, aku belanja breakfast kat gerai tepi tu. Kat kafe mahal sangat lah"

"Gerai pun gerai lah. Janji orang belanja"balas Arina. Diaorang gelak besar lepas tu. Rupanya diaorang kenakan aku, bukan marah pun, saja buat-buat marah. Geramnya.

Lepas makan kitaorang terus ke dewan kuliah.

"Tak pernah pulak kita belajar dengan assistant Puan Asmalia ni ya. Orang kata dia straight orangnya" cerita Arina. Minah ni semua cerita dalam poket dia. Cuma betul dengan tidak je. Hehehehe..

Sambil mencari pen dalam poket beg baru aku perasan yang phone aku ter'OFF". Patutlah diorang call tadi tak dapat.
Belum sempat aku nak ON, assistant Puan Asmalia dah masuk.



"Macam pernah jumpa. Kat mana?? Siapa ya??" bisik aku dalam hati,sambil menggaru-garu kepala yang tak gatal di balik tudung bawal hijau yang ibu beli di Kelantan bulan lepas.


"Gila hensem. Macam ni muda dah jadi pensyarah?? Korang agak-agak berapa umur dia ya?? Dah kahwin belum??" bebel Qistina. Minah yang seorang ni pulak pantang tengok mamat macho sedikit dah mula lah nak ambil tahu itu ini. Kalau tak, masakan brader kantin pun dia nak ajak berkenalan. Gatal tak bertempat.
Habis sahaja kuliah, semua pelajar berpusu-pusu keluar. Yang nak pergi makan tengahari lain, yang nak balik lain, yang nak pergi library lain. Macam-macam lah. Kitaorang mestilah nak balik bilik. Tidur.. hehehehe


"Girls" jerit satu suara daripada belakang sebaik sahaja kami hendak melangkah keluar daripada dewan. Serentak kami berempat menoleh ke belakang. En.Zafrul!!!


"Can I talk to the lady with green scarf??"
Kitaorang membelek tudung masing-masing. Mencari siapa antara kami yang memakai tudung hijau.
Aku membeliakkan mata sambil menunding jari telunjuk tepat ke batang hidung sendiri. Just for sure, adakah orang yang dimaksudkan adalah aku.


"Yes you are. Any other girls with green scarf beside you?" Sah-sah lah aku seorang je yang pakai tudung hijau,lagi nak buat-buat tak sure. Aduh!! Kan dah kena.


"Yes, En.Zafrul??" Tanya aku.


"The others, you can wait your buddy out site" tegas En.Zafrul tapi di akhiri dengan senyuman. Gila macho. Sempat lagi aku berangan.


"Boleh saya tengok telefon awak sekejap??" apa hal pulak tiba-tiba minta phone aku ni?? Setahu aku, aku tak pernah simpan apa-apa gambar atau video mengarut dalam phone aku ni. Aduh, makin resah aku di buatnya. Lagi satu,pandai pulak En.Macho ni cakap melayu.Lebih 2 jam kuliah dia bantai cakap Bahasa Inggeris, tak ada sepatah pun bahasa melayu. Respect gila aku kat anak melayu yang boleh cakap BI macam air. Pronouns yang tepat, grammar yang betul. Hebat.


"What are you dreaming girl??"
Terperanjat aku. Aku ni pun satu hal,dalam macam ni boleh mengelamun lagi. Gila-gila.



"Err.. nothing sir.. nothing" gugup gila ah.

"I ask u again, can I see you phone young lady??" lagi sekali terkena. Cepat-cepat aku keluarkan phone dari dalam beg sandang sisi. Alamak, OFF pulak. Cepat-cepat aku ON semula. Tapi bila aku masukkan password tak boleh pulak. Aduh, time macam nil ah dia nak buat hal. Trouble.



"Its ok, just give me the phone" bila dia tengok aku terkial-kial masukkan password tapi tetap tak boleh ON. Dia pulak masukkan password. Tiba-tiba boleh ON. Sambil menunjukkan screen yang dah boleh ON pada aku. Terperanjat tahap karma aku. Macamana dia boleh tahu password aku???


"Don't be surprised girl." Sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam poket kiri seluar dia.
Phone!! Phone yang sama jenis,warna,bentuk. Senang cerita, sama semuanya.



"Actually, this is your phone" sambil menghulurkan phone di tangan kirinya.

"and, this is mine" sambil menunjukkan screen phone ditangan kanannya. Ada gambar dia dengan seorang perempuan. Cantik.



"Awak tersalah ambil masa awak langgar saya pagi tadi. I have tried to call you many times, tapi tak dapat. Mungkin sebab phone tu ter'OFF' sendiri bila terjatuh tadi. You really in hurry yeah" Oh..inilah mamat macho yang aku langgar pagi tadi. No wonder lah aku rasa macam kenal aje. Apa punya pelupa lah aku ni.


"Sorry sir. I'm so sorry. I don't remember you before. Dan kalau phone tu ada apa-apa kerosakan, En.Zafrul bagitahu saya. I'll paid" balasku tanda bersalah yang amat sangat. Takut pun ada juga sebenarnya. Hehehehe..
Lepas settled semua,aku pun minta diri. Aku berjalan keluar tanpa menoleh kebelakang sedikit pun. Malu.


Gila nervous. Setiap kali nak exam, mesti nervous tahap karma. Study tahap membunuh. Sampai pukul 4-5pagi kitaorang study. Qistina dan Arina pun lepak study dalam bilik aku. Study ramai-ramai tak bosan sangat. Tapi kalau terlalu ramai pun bahaya jugak. Bukan study, borak yang lebih. Setakat kitaorang berempat boleh tahan lagi. Setiap sem pun mesti kejar Anugerah Dekan. Alhamdulillah dah 5 sem kitaorang tak pernah gagal Anugerah Dekan. Itu sebab ramai student cop kitaorang 4B untuk '4 Baby Barbie Beautiful Brilliant,' ada jugak cakap 4B untuk '4 beautiful girls' and macam-macam lagi lah. Tapi kitaorang tak pernah leka dengan semua tu. Buat tak tahu je. Relax and cool. Hehehehe..


Malam sebelum exam aku dapat satu mesej daripada nombor yang aku tak kenali.


Assalamualaikum..
Wish you all the best for tomorrow paper..
Wish Allah bless u with Rahmat and Nur-Nya..
Wish you luck and get the best
Nothing could change until you work for it…
Assalamualaikum..
Izhar



Izhar?? Siapa pula la Izahar ni. Seingat akulah, aku tak ada kawan nama Izhar. Salah send lah ni. So aku buat tak tahu je. Sebab memang selalu sangat orang salah hantar mesej. Nak berkenalan lah. Nak kawan lah. Macam-macam lagi.
Habis paper petang tu aku dapat lagi satu mesej.


Assalamualaikum..
How's your exam today?
Hope everything is fine
Assalamualaikum..
Izhar



Mamat ni lagi. Malam tadi boleh lah cakap salah send. Tapi kalau hari ni tak kan salah send lagi?? Siapa dia ni?? Mungkin dia simpan nombor yang salah. Itu yang dia asyik hantar kat aku. Aku pun forward semula mesej dia sebab kesian pulak, send kat orang yang salah.


Assalamualaikum..
How's your exam today?
Hope everything is fine
Assalamualaikum..
Izhar



**sorry sir, you have sent the msg to the wrong person maybe. I don't know who you are**
Esok kitaorang ada paper lagi. Penat first paper pun tak hilang lagi. Nasib baik ada selang 3 hari. Dapat juga rehatkan kepala. Format balik otak ni. Nak masukkan program baru pula. Malam sebelum second paper aku dapat lagi mesej.


Assalamualaikum..
I'm not sent to wrong person, I sent to you Miss Ayunie Iryanie..
Wish you all the best again for 2nd paper tomorrow..
Hope bless Allah always be with you..
Remember one thing..
Nothing could change until you work for it…
Assalamualaikum..


Izhar

Dia tahu nama penuh aku?? Dia tahu schedule exam aku. Siapa dia sebenarnya?? Ligat kotak fikiran aku memikirkan siapa empunya nama. Mungkin ada antara kenalan yang mempunyai nama yang hampir sama. Tapi gagal. Ingin aku tanya pada ketiga-tiga sahabat karibku. Tak sampai hati pula. Maing-masing sedang leka mengulang kaji pelajaran. Argh, yang aku sibuk-sibuk pening kepala buat apa. Bukan dapat apa pun. Baik aku terus ulang kaji pelajaran daripada memikirkan manusia yang tak pernah wujud dalam hidup aku. Abaikan.
Seperti selalu, setiap ada paper esoknya, malam itu pasti aku akan dapat mesej pembakar semangat. Setiap kali keluar dari dewan peperiksaan juga aku akan dapat mesej mendoakan segalanya mudah bagiku. Sampailah sehingga tamat semua paper.
Kami ramai-ramai menjerit keseronokan. Tiada lagi kuliah. Tiada lagi assignment. Tiada lagi test. Tiada lagi exam. Semuanya telah TAMAT. Semoga semuanya berjaya dengan cemerlang. Terutama buat 3 rakan karibku, Dalia,Qistina dan Arina. Wish u always be the best omong the best. Nothing could change until you work for it.
Tiba-tiba aku teringat akan si dia. Siapa dia?? Diman dia?? Adakah dia sentiasa memerhatikan aku?? Hadirlah..muncullah walau dimana kau berada..segunung harapan ku panjatkan di dalam hati.

Hari ini kitaorang semua pergi bercuti di Melaka. Bukan sahaja kami berempat, tapi boleh dikatakan hampir sekelas yang mengikuti percutian kali ini. Yang kami tak sangka, pensyarah-pensyarah tahun akhir kami pun ikut serta. Bersama keluarga masing-masing. Kira rombongan percutian lah. Melibatkan 2 buah bas menuju ke Negeri Bersejarah,Melaka. Seronok sangat.
Semasa dalam bas aku dapat lagi mesej daripada orang yang sama.


Assalamualaikum..
You are so happy today..
Nice to see you with that face and beautiful green scarf..
Really love to see you with the green scraf..
Hope you'll enjoyed with this trip..
Assalamualaikum..
Izhar



This trip??? Dia tahu aku pakai tudung hijau?? Mesti dia salah seorang yang berada dalam rombongan ni. Bingkas aku bangun mencari siapa sahaja yang memegang handset.
Tapi terlalu ramai. Kecewa.

Sepanjang percutian kali ini memang tiada satu pun perkara yang tidak menggembirakan. Semuanya akan kusimpan dalam kotak memori aku sebagai kengan terindah. Dan sepanjang percutian ini juga, setiap masa aku akan menerima mesej dari Izhar. Namanya cukup sinonim dengan nada dering mesej handset aku. Tapi orangnya belum pernah ku temui. Siapa dia sebenarnya??
Semasa sedang menyaksikan pelajar dan pensyarah lelaki bermain bola tamper pantai, tiba-tiba aku terdengar seseorang menjerit memberi semangat dengan kata-kata semangat yang taka sing lagi bagi aku.

"Hey guys!! Keep it up!! I know you can change the board mark!!! Nothing could change until you work for it!! "
Bila aku berpaling mencari gerangan suara, terlalu ramai orang di tepi pantai tersebut. Sekali lagi..Hampa..

Malam terakhir kami di Melaka, pihak hotel menyediakan makan malam barbeque. Tiba-tiba En.Zafrul, assistant Puan Asmalia menghulurkan sepiring udang dan ayam yang telah dipanggang kepada aku. Dia terus berlalu sebaik sahaja menghulurkan piring tersebut. Sebelum berlalu dia sempat membisikkan sesuatu kecuping telinga aku,

"You are really beautiful with this green scarf" Terperanjat gila aku. Belum sempat aku membalas apa-apa dia dah berlalu pergi berbual bersama kelompok pensyarah yang lain.

Malam itu aku tak dapat tidur langsung. Aku lihat Dalia.Qistina dan Arina begitu nyenyak sekali diulit mimpi. Masing-masing kepenatan bersukan siang tadi. Kitaorang menang besar. Semuanya jasa Arina. Yelah,bekas pemain bola tampar wanita Negara.
Tapi mata aku asyik terkebil-kebil memikirkan siapa dia Izhar dan adakah dia ada kaitan dengan En.Zafrul. seribu pertanyaan menerjah ke benakku. Tiba-tiba satu mesej masuk kedalam kotak inbox handset aku.


U are not sleep yet??
Why?? Is that because of me??
I'm really sorry if my massage make you feel uncomfortable..
I cant straight forward to you because you are 1 of my student
From bottom of my heart..
I really falling in love with you..

Since 1st time I see u I already in love with you
I really thanks to God when you bump on me
I really thanks to God when you take my phone
I really thanks to God because this is your last semester
So I don't have to wait long to tell you what is my feelings towards you
Will you be apart of my life?
Will you be apart of my heart?
Will you be apart of my strength?

I have send something in front of the door..
If u will apart of all that, please use that thing tomorrow morning to go back to USM.
And if you can't, just take it as a gift from Melaka.
I'll wait you answer tomorrow.

I accept everything as ketentuan Allah s.w.t
Have a nice sleep my green lady..
Assalamualaikum..
Salam sayang,
Zafrul Izhar

Astarghfirullahalazim..sambil ku meraup muka dengan kedu-dua belah telapak tangan. Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu yang dikirim kepadaku. Pantas aku berlaki menuju ke pintu. Sebaik sahaja pintu bilik ku buka, ada satu kotak kecil besampul dengan pembalut hadiah berwarna hijau bercorak dedaun.
Sehelai tudung berwarna hijau bercorak dedaun. Sama macam sampul pembalut kotak tersebut. Cantik. Terdapat sekeping kad didalamnya

Cinta yang sejati
Lahirnya dari hati
Yang tulus dan suci
Berbekalkan budi dan pekerti
Hadiah agung dari Ilahi..

**maaf saya bukan penyajak atau penyair yang baik
Zafrul Izhar



Malam itu juga aku mohon petunjuk Yang Maha Mengetahui. Aku buat solat istikharah. Mohon Allah beri petunjuk yang terbaik buatku. Selepas solat istikharah, aku tak fakir apa-apa lagi. Terus baca doa tidur dan tidur.


"Ayunie, aku dah siap gosokkan baju dengan tudung kau. Aku sidai kat kerusi meja solek tu" Dalia terus bersuara sebaik sahaja aku keluar dari bilik air.

"Wah, rajinnya sahabat aku ni. Mimpi apa malam tadi??" gurau aku.


"Eh Ayunie,bila kau beli tudung tu??tak pernah nampak kau pakai pun" tiba-tiba Arina bersuara. Terperanjat aku. Rupanya tudung yang di gosok oleh Dalia adalah tudung pemberian En.Zafrul Izhar. Aku terus terduduk, menitik manik jernih dibibir mataku. Adakah ini yang dikatakan ketentuan Yang Maha Agung. Adakah ini yang dikatakan jodoh pertemuan ketentuan Allah. Andai ini semua yang direncanakan oleh-Nya, aku terima dengan hati yang ikhlas.



Sahabat-sahabat aku kehairanan dengan apa yang berlaku. Aku ceritakan semuanya pada mereka bertiga tanpa ada tertinggal seinci pun.Mereka terperanjat besar. Tak pernah terlintas pun difikiran mereka tentang semua ini. Aku apatah lagi.
Dilobi hotel dari jauh aku nampak senyuman En.Zafrul Izhar. Tudung hijau pemberiannya cantik terbentuk dikepalaku. Aku turut tersenyum dalam gementar. Dia dating menghampiriku lalu membisikan ucapan terima kasih. Tiga orang sahabat karibku tersenyum keriangan.


Setelah 2 tahun menjalin cinta jarak jauh. Aku di bumi Malaysia dan dia dibumi Switzerland. Kami setuju hubungan ini dibawa kejinjang pelamin. Ikatan cinta antara Zafrul Izhar bin Zahri Ikram dengan Ayunie Iryanie bt Ahmad Iskandar bersaksikan saudara mara dan sahabat handai berlangsung dengan meriah dan sempurna, berkat keizinan Yang Maha Merencana setiap kejadian.Bersyukur teramat sangat.


"Jauh mengelamun??" sapa suamiku dari belakang mematikan lamunan ku tentang pertemuan cinta kami.

"Sedapnya bau nasi lemak ni. Nasi lemak di bumi Switzerland. Memang mengancam" sambil menunjukkan ibu jari ke atas tanda sangat bagus.
Selepas berkahwin, aku mengikut dia berhijrah ke Switzerland atas tuntutan kerja sebagai jurutera.
Benarlah kata orang tiada pertemuan pertama tak akan ada pertemuan seterusnya. Dan bagi aku, tiada Zafrul Izhar dan Ayunie Iryanie tiadalah Ain Zulaikha bt Zafrul Izhar.
Dua insan teristimewa dalam hidupku. Hadir atas ketentuan Yang Maha Menjadikan. Allah s.w.t.



coret-coretan saye ! ( copy from saudari Siti Rahmah.)

No comments:

Post a Comment

conteng-conteng

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...