fikiran,” Iqmal mengusap bahu Syazana lalu
dibawanya gadis itu ke kerusi berhampiran. Syazana
masih belum berhenti menangis.
“Macam mana Syana nak tenang, Mal? Ari ada di
dalam! Dia kemalangan disebabkan Syana! Syana
tidak akan memaafkan diri Syana sekiranya apa-apa
berlaku pada Ari,” lafaz Syazana dalam sedu
sedannya.
“Mal, Syana rasa bersalah sangat. Demi Tuhan,
Syana tidak mengharapkan semua ini akan terjadi.
Syana mohon maaf pada Mal. Mal sanggup
mengorbankan hati dan perasaan Mal demi Syana dan
juga kebahagiaan Ari. Syana cuma ingin melihat Ari
bahagia. Sejak Mal menerima Ari, Syana tidak
pernah melihat Ari sebahagia itu. Malangnya,
bahagia Ari cuma seketika. Ari sudah dapat
menghidu perbuatan Syana,”
“Syana…” bisik Iqmal, begitu lembut di halwa
telinga Syazana. Jari jemari Syazana diraih dan
diusap mesra.
“Syana, Mal tak berkecil hati pada Syana. Malah,
Mal bangga kerana menyayangi gadis berhati suci
seperti Syana. Pengorbanan yang Mal lakukan ini
tidak sebesar mana. Demi Syana, lebih dari ini
juga sanggup Mal lakukan. Mal ingin membuktikan
pada Syana betapa Mal begitu mencintai Syana. Ari
tidak mampu menjadi pengganti di hati Mal. Hanya
Syana…”
“Mal, Mal pernah janji pada Syana yang Mal akan
cuba menyayangi Ari?” duga Syazana. Iqmal diam.
Tangan Iqmal menjauhi tangan Syazana. Syazana
terkejut namun tidak ambil hati. Iqmal tertunduk.
Rambutnya diraup beberapa kali.
“Itulah janji Mal yang tidak mampu Mal tunaikan,
Syana. Di hadapan Ari, Mal berjaya berlakon
menyayangi dirinya namun di hati Mal sendiri, Mal
tidak dapat melakukannya. Maafkan Mal, Syana. I
just can’t do it…” begitu lemah suara Iqmal.
Syazana mengetap bibir.
“Patutnya dari mula lagi Syana tidak seharusnya
membuat permintaan yang bukan-bukan, kan?” luah
Syazana tanpa memandang Iqmal. Riak penyesalan
jelas terbit di wajah itu.
“Syana…”
Syazana memejamkan matanya. Beberapa saat selepas
itu, mutiara jernih sekali lagi menjadi teman.
“Syana bodoh, Mal. Syanalah yang bersalah…”
rintihnya, pilu.
Iqmal membawa Syazana ke dalam pelukannya,
berharap agar tangisan kekasih hatinya itu reda.
Syazana tidak membantah, malah disembamkan
kepalanya ke dada Iqmal. Dia menangis di situ.
“Semua ini ketentuan Tuhan, sayang. Bukan salah
sayang, bukan juga salah Ari. Sesiapapun tidak
bersalah dalam hal ini. Kita sama-sama berdoa,
agar Ari akan selamat. Ok? Sudahlah. Jangan
menangis lagi,” diseka air mata Syazana yang
membasahi wajah putih bersih itu.
Syazana mengangguk-anggukkan kepalanya. Doanya
tidak putus-putus buat Arianna. Seketika, air mata
di pipinya semakin kering.
————————————
“Doktor, bagaimana dengan keadaan sahabat saya?”
Syazana terus bertanya sebaik sahaja seorang
doktor keluar dari bilik kecemasan itu. Iqmal
turut mendekati. Masing-masing mengharapkan khabar
baik dari doktor itu setelah sabar menanti selama
beberapa jam itu.
“Keadaannya sangat kritikal. Dia kehilangan banyak
darah. Paling merumitkan, darah jenisnya susah
didapati di hospital ini. Kami perlukan darah itu
segera. Dia mungkin dapat diselamatkan sekiranya
ada sesiapa dari ahli keluarganya yang sudi
mendermakan darah kepadanya, atau ada orang yang
sejenis darah dengannya,” doktor itu menerangkan.
Iqmal berbisik di telinga Syazana agar tidak
didengari oleh doktor itu.
“Macam mana ni, Syana?”
“Apakah jenis darah itu,doktor?” Syazana bertanya
lagi, langsung tidak diendahkan bisikan Iqmal di
telinganya tadi.
“O positif,”
Pantas Syazana mengeluarkan dompet dari tas
tangannya. Dikeluarkan pula sekeping kad dalam
dompet itu. Syazana tersenyum lalu mengucapkan
seribu syukur. Dihulurkan kad itu kepada doktor.
“Doktor, saya sejenis darah dengannya. Izinkan
saya menderma!”
————————————-
SYAZANA telah dibawa ke dalam satu bilik khas. Dia
diarah untuk berbaring di atas sebuah katil.
Lengan kanannya disuntik. Seketika, dia melihat
darahnya yang sudah mengalir keluar dari tubuhnya
menerusi tiub jernih. Serentak, ingatannya
terimbas pada kejadian tadi..
“ARI! Tunggu!” jerit Syazana kepada Arianna yang
semakin melangkah jauh daripadanya. Dia perlu
menjelaskan segalanya kepada Arianna. Arianna
salah faham! Apa yang dilihatnya sebentar tadi
bukan seperti apa yang difikirkannya. Dia bukan
begitu!
“Ari! Tunggu dulu. Please! Dengar dulu penjelasan
saya,” rayunya. Tangan Arianna diraih tetapi
Arianna pantas merentapnya. Kakinya semakin laju
menapak. Syazana masih tidak berputus asa. Diikut
sahaja jejak kaki Arianna itu.
“Awak… janganlah macam ni. Saya boleh jelaskan.
Apa yang awak lihat tadi bukan seperti yang awak
fikir,”
Arianna berhenti menapak. Mata berairnya memandang
seraut wajah Syazana. Pandangannya penuh dengan
kebencian dan dendam. Sampai hati Syazana
mempermainkan perasaannya, sahabat yang paling
disayangi dan dipercayainya. Jika dia tidak
berpatah balik untuk mengambil buku notanya di
dewan kuliah, pasti sampai mati dia tidak akan
mengetahui sandiwara Syazana di belakangnya!
“Apa yang saya lihat bukan seperti apa yang saya
fikir? Sudahlah. Jangan tipu saya lagi! Saya sudah
nampak segala-galanya,” Arianna meneruskan
langkahnya. Syazana pula terus mengejar Arianna
dari belakang. Langsung tidak dipedulikan
mata-mata yang memandang mereka.
“Ari!” Syazana menarik semula tangan Arianna. Kali
ini lebih kuat. Arianna sendiri tidak mampu untuk
menepisnya.
“Ari, tolonglah. Dengarlah dahulu penjelasan saya.
Saya langsung tidak mempunyai niat untuk
mempermainkan awak. Saya merayu pada awak.
Janganlah buat saya macam ni. Saya sedih bila awak
berkelakuan macam ini,” air matanya mulai gugur ke
pipi. Dia tersentuh dengan sikap dingin Arianna.
Arianna tersenyum sinis meskipun tubir matanya
sendiri turut ditakungi air mata, cuma hanya
menunggu masa untuk jatuh ke pipi.
“Jangan buat awak macam ni? Buat apa? Siapa yang
patut jangan buat kepada siapa sekarang ni? Selama
ini, saya meluahkan segala apa yang saya rasa
tentang Iqmal pada awak. Awak tahu saya mempunyai
perasaan istimewa terhadap Iqmal. Kita pernah
berjanji, tiada rahsia antara kita. Malangnya pada
hari ini, saya telah mengetahui rahsia yang
sepatutnya setahun lepas sudah saya tahu! Sampai
hati awak,Syana? Kenapa awak tak beritahu saya?
Kenapa awak tak beritahu saya yang sebenarnya awak
dan Iqmal sepasang kekasih?!”
“Sebab awak sahabat saya! Awak kawan saya,Ari,”
“Sahabat? Ah, apa ada pada sahabat awak tu!
Sahabat tikam dari belakang!” Arianna menarik
kembali tangannya lalu memintas jalan tanpa
memandang ke kiri dan kanan. Tiba-tiba…
“Ari!!!” jerit Syana, namun jeritan itu langsung
tidak dapat didengari oleh sekujur tubuh yang
sudah kaku dan berlumuran darah itu…
——————————————-
ARIANNA membuka kelopak matanya yang terasa perit.
Tubuhnya begitu lemah dan tidak mampu untuk
bergerak. Matanya merenung persekitaran yang tidak
pernah dilihatnya sebelum ini. Di manakah aku?
Hospitalkah? bicara hatinya setelah mendapati
dirinya berbaring di katil hospital.
Pintu bilik dibuka. Kelihatan seorang perempuan
berbaju jururawat tersenyum kepadanya. Jururawat
muda itu datang menghampiri Arianna.
“Arianna? Baguslah awak sudah sedar,” ucap
jururawat yang tidak diketahui namanya itu.
“Nurse… apa sudah jadi kepada saya?” Arianna
bertanya. Dia langsung tidak mengingati apa-apa.
“Awak mengalami kemalangan jalan raya. Awak telah
dilanggar oleh kereta semasa melintas jalan.
Keadaan awak agak kritikal kerana awak banyak
kehilangan darah. Tambahan pula, darah jenis awak
sudah ketiadaan stok di hospital ini. Mujurlah
sahabat awak yang kebetulan sama jenis darah
dengan awak sudi mendermakan darahnya kepada
awak,” panjang lebar jururawat itu menerangkan.
Arianna mengerutkan dahi. Pelik. Siapa pula yang
sudi mendermakan darahnya kepada aku?
“Sahabat saya? Siapa?”
“Saya tidak tahu nama sahabat awak itu. Dia
bertudung, berkulit cerah, tinggi lampai orangnya
dan mempunyai tahi lalat di bawah bibirnya,”
Arianna terus teringatkan Syazana. Tidak syak
lagi, Syazana lah yang mendermakan darah
kepadanya! Dia cukup yakin!
“Baik sungguh sahabat awak itu. Bukan senang untuk
mempunyai sahabat sebaiknya. Dia berada di sini
sejak tengahari tadi, setia menunggu sehingga awak
sedar,” ramah jururawat itu berbicara.
Tiba-tiba pintu diketuk. Berderau darah Arianna
melihat kelibat jejaka itu.
\”Iqmal…?\”
————————————————
“Ari, maafkan saya dan Syana kerana merahsiakan
hubungan kami dahulu dari pengetahuan Ari. Kami
sedar, Ari berhak untuk tahu. Percayalah, Ari.
Syana bukan sengaja untuk merahsiakannya. Ada
sebabnya yang Ari tidak tahu,”
“Sebab? Apa sebabnya? Dia sebenarnya mahu saya
hanyut dengan perasaan saya sendiri. Itu kan
sebabnya? Oh, Tuhan! Alangkah malunya saya! Saya
mempunyai perasaan istimewa terhadap kekasih
kepada sahabat baik saya sendiri! Prinsip yang
paling ingin saya jauhi selama ini benar-benar
terjadi kepada saya. Kalau saya tahu lebih awal,
tentu saya akan menolak perasaan ini jauh dari
saya. Kenapa baru sekarang saya dapat tahu? Awak
takkan faham apa saya rasa. Saya cukup sayangkan
Syana. Dialah sahabat paling baik, jujur,
penyayang yang pernah saya ada selama ini, tetapi
saya telah dipermainkannya hidup-hidup!”
“Awak jangan kata begitu, Ari. Awak tidak tahu hal
yang sebenarnya…”
“Hal apa? Hal yang mengatakan awak dan Syana
sebenarnya sepasang kekasih?” pintas Arianna.
“Ari, boleh tak awak jangan berkata begitu
terhadap Syana? Awak tak tau dia telah melakukan
segalanya demi awak. Dia sanggup berkorban untuk
kebahagiaan awak. Saya tahu, awak mungkin rasa
Syana telah mempermainkan perasaan awak tapi
tahukah awak perasaan yang Syana alami sekarang?
Dia begitu sayangkan awak. Dia sanggup lakukan apa
saja demi awak..”
“… sehingga Syana telah meminta putus dari saya
dengan harapan saya menerima awak sebagai teman
istimewa. Pada mulanya saya menolak
sekeras-kerasnya permintaan bodoh Syana itu,
tetapi Syana seakan mengugut saya. Sekiranya saya
sayang padanya, saya perlu menunaikan
permintaannya itu. Awak sendiri faham tak apa yang
saya rasai? Syazana menepikan saya demi
sahabatnya, iaitu awak Ari! Syana sendiri kata
sekiranya dia perlu memilih di antara awak dan
saya, dia tidak ragu-ragu untuk memilih awak. Saya
sedih… tetapi perasaan saya pada dia tidak pernah
berubah malah semakin mendalam. Saya tidak mampu
lagi untuk membohongi diri saya. Namun saya
percaya pada kata-kata ‘Cinta tidak semestinya
memiliki’. Saya sedar, saya tidak lagi memiliki
Syana tetapi saya memiliki hati dan cintanya,”
“Cukup, Iqmal! Cukup! Saya tak mahu dengar itu
semua!” Arianna menekup telinganya. Hatinya pilu
mendengar ucapan Iqmal. Semuanya berbaur perasaan
cintanya terhadap Syazana. Perasaan marah dan
sedih bercampur baur. Di antara percaya atau tidak.
“Ari, saya tidak berniat…”
“Ya! Awak memang berniat. Niat awak untuk
memperkecilkan saya! Sekarang saya nak awak
keluar! Keluar dari bilik ini, Mal! Keluar!”
Iqmal akur. Sebaik sahaja Iqmal berlalu pergi,
Arianna meluahkan segala air matanya di situ.
‘Syana, maafkan saya…’
———————————
SYAZANA menghela nafas lega apabila seorang
jururawat memberitahu bahawa Arianna sudah sedar.
Dia pantas melangkah menuju ke wad yang
menempatkan Arianna di situ. Tombol pintu dipulas.
Kelihatan sekujur tubuh Arianna sedang berbaring
lesu di atas katil. Kepalanya berbalut. Syazana
kasihan melihat keadaan sahabat yang begitu
dikasihinya itu.
“Ari…” bisik Syazana, tidak mahu mengejutkan
Arianna.
Arianna berpaling. Mata mereka bertentangan.
Syazana tersenyum namun tidak bagi Arianna.
Syazana mengeluh di dalam hati. Pasti sahabatnya
itu masih marah kepadanya. Namun, Syazana cuba
untuk berlagak biasa.
“Ari… syukurlah awak sudah sedar. Saya risaukan
awak. Mujurlah awak tidak mengalami kecederaan
serius,”
Arianna diam, langsung tidak bersuara. Suasana
hening buat seketika. Syazana tidak selesa dengan
keadaan itu.
“Saya haus,” Arianna tiba-tiba berkata.
Syazana tersentak. “Ha? Oh, ya. Awak haus? Saya
ada bawakan air untuk awak,” Syazanna menuangkan
air yang diminta oleh Arianna ke dalam gelas. Dia
turut membantu Arianna yang lemah untuk mengangkat
tubuhnya itu. Sebaik sahaja Syazana mahu
memberikan gelas itu kepada Arianna, dia terus
memeluk Syazana dengan erat. Kedengaran esakan
kecil di halwa telinga Syazana. Dia turut membalas
pelukan sahabatnya itu. Air matanya turut menitis.
\”Awak… kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa
awak merahsiakan perkara ini daripada saya? Kenapa
awak tidak memberitahu saya bahawa Iqmal itu
sebenarnya teman istimewa awak?” ucap Arianna
dalam tangisan yang cuba ditahan.
“Maafkan saya,Ari. Saya tahu saya tidak sepatutnya
merahsiakan hal ini daripada awak. Saya tidak tahu
macam mana nak beritahu awak. Saya takut awak akan
terluka dan membenci saya,”
“Sekarang pun saya sudah rasa terluka awak,”
Syazana terpempan.
“Kalau awak beritahu saya sejak dari dulu lagi,
mungkin saya tidak akan rasa terluka begini. Saya
memang sukakan Iqmal, tetapi saya tidak mungkin
akan sukakan lelaki yang sudah mempunyai teman
istimewa. Apatah lagi, teman istimewa Iqmal itu
adalah sahabat baik saya sendiri. Selama ini saya
meluahkan segala apa yang saya rasa tentang Iqmal
pada awak. Awak pula selalu cakap pada saya yang
kami berdua sepadan. Apa maknanya semua itu? Saya
dapat menerima hakikat hati Iqmal bukan untuk
saya. Masalahnya, kenapa awak tidak beritahu saya?
Kenapa, Syana? Kenapa?”
“Ari, saya betul-betul minta maaf. Saya yang
bersalah. Sepatutnya saya lebih berfikir dalam
bertindak. Disebabkan saya, awak mengalami
kemalangan. Saya pasti tidak akan memaafkan diri
saya sekiranya apa-apa kejadian menimpa diri awak.
Saya memang seorang sahabat yang tidak berguna,”
Syazana memegang erat jari jemari Arianna. Dia
benar-benar mengharapkan kemaafan dari Arianna.
Dialah yang bersalah dalam hal ini.
“Memang awak tidak berguna! Tetapi sekarang… tidak
lagi,”
Syazana mengangkat wajahnya. Dia tidak memahami
maksud Arianna.
“Saya sudah tahu segalanya, Syana. Kerana awak,
saya nyaris mati akibat kemalangan… dan kerana
awak juga, saya hidup semula dengan darah yang
awak dermakan kepada saya. Awak memberi saya
kebahagiaan, Syana… dan awak juga telah mengajar
saya erti penderitaan. Jika kemaafan yang awak
minta, sudah tentu saya akan memaafkan awak.
Bahkan jika nyawa juga awak perlukan, saya juga
sanggup berikan kepada awak,”
“Ari…..” Syazana merangkul semula tubuh Arianna.
Hatinya begitu tersentuh dengan luahan Arianna.
“Saya sayangkan awak, Syana…”
“Saya juga, Ari…”
Tiba-tiba tombol pintu bilik itu dibuka. Seraut
wajah yang cukup dikenali membuatkan mereka berdua
masing-masing terdiam. Syazana memandang Arianna.
Namun, reaksi Arianna tidak diduga. Dia hanya
membuat muka selamba.
“Awak tak nak masuk ke? Awak nak tercegat saja di
situ?” Arianna mengusik Iqmal. Syazana terpana.
Arianna ketawa, disusuli oleh Syazana. Iqmal yang
menjadi saksi drama sebabak itu turut tersenyum.
Syazana kini mampu menarik nafas lega. Dia nekad!
Arianna adalah sahabatnya, dunia dan akhirat!
No comments:
Post a Comment
conteng-conteng