Cute Red Flying Butterfly

Sunday, May 20, 2012

4 tabiat buruk yang akan menjejaskan kesihatan anda

cara mengawal kemarahan

Apakah yang akan berlaku sekiranya anda tidak cukup tidur, tidak mendapatkan sarapan pagi, duduk terlalu lama, dan berada dalam keadaan yang sangat marah? Ketahui bagaimana faktor ini sebenarnya akan menjejaskan kesihatan anda.

Apa yang akan terjadi sekiranya anda hanya tidur kurang dari 5 jam sehari- Hormon stress akan meningkat sekiranya seseorang tidak mendapatkan tidur yang cukup. Selain daripada itu, ia juga akan mengganggu jadual pemakanan anda. Anda mungkin akan makan terlalu banyak atau terlalu sedikit. Hasil kajian juga mendapati bahawa tidur yang tidak cukup akan mengurangkan penghasilan antibodi untuk melawan kuman. Ini akan membuatkan anda mudah untuk menghidapi penyakit demam atau selesema. Seorang dewasa dinasihatkan untuk mendapatkan tidur antara 7-8 jam setiap malam. Tetapi awas, anda juga perlu mengelakkan terlebih tidur kerana ia turut memberi kesan tidak baik terhadap kesihatan anda.

Apa akan terjadi sekiranya anda tidak mengambil sarapan pagi- Apabila anda bangun daripada tidur, ia bermakna tubuh anda telah 12 jam tanpa makanan. Ia memerlukan pengisian semula untuk membekalkan tenaga. Sekiranya anda tidak mengambil sarapan, tekanan darah akan menjadi rendah, ia akan mengganggu organ daripada berfungsi pada tahap sebenar. Otak anda juga akan terganggu kerana tidak mendapat aliran darah yang mencukupi. Ia akan membuatkan pemikiran anda menjadi lembap. Hasil kajian juga mendapati bahawa daya ingatan seseorang yang mengambil sarapan adalah lebih tinggi berbanding orang yang tidak mengambilnya.

Apa akan terjadi sekiranya anda duduk terlalu lama-  Apabila anda duduk terlalu lama, tubuh anda akan menukarkan lebihan gula dalam badan menjadi lemak. Ini akan membuatkan anda menjadi lebih gemuk. Selain daripada itu, ia juga akan mengakibatkan kerosakan pada saraf dan sel-sel darah dan secara tidak langsung akan meningkatkan risiko penyakit diabetis dan masalah buah pinggang.

Apa akan terjadi sekiranya anda dalam keadaan yang marah- Seorang yang pemarah biasanya akan menghidap penyakit darah tinggi pada usia yang muda. Selain itu, ia juga akan meningkatkan risiko anda menghadapi serangan jantung. Punca seseorang menjadi marah biasanya adalah disebabkan oleh tekanan perasaan. Jadi cuba elakkan anda berada didalam situasi yang tertekan. Marah adalah merupakan sifat semulajadi manusia tetapi anda perlu bijak untuk mengawalnya.

Friday, May 18, 2012

5 makanan paling baik untuk lelaki


Sos tomato- Lelaki yang banyak memakan tomato atau sos tomato berkemungkinan akan memberi perlindungan kepada mereka daripada kanser prostat (kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang banyak meragut nyawa lelaki. Ia terletak di bahagian atas pundi kencing). Hasil kajian daripada 47,000 orang lelaki, mereka menjumpai bahawa lelaki yang memakan tomato sebanyak 2 ke 4 kali dalam seminggu, risiko menghidapi kanser prostat adalah 35 peratus lebih rendah berbanding lelaki yang tidak memakannya.


Tiram- Hanya 2 atau 3 tiram mampu untuk membekalkan zinc yang secukupnya untuk sehari, (zinc adalah mineral penting untuk penghasilan sperma bagi lelaki ). Anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya dengan lebih kerana ia akan mendatangkan risiko. Dalam satu kajian, 22 lelaki dengan kadar testosteron rendah dan jumlah sperma yang sedikit diberi zinc setiap hari selama 45 hingga 50 hari. Hasil daripada kajian tersebut menunjukkan kadar testosteron dan jumlah sperma meningkat.


Brokoli- Hasil daripada kajian di Harvard baru-baru ini mendapati bahawa sayur-sayuran seperti brokoli, dapat melindungi terhadap kanser pundi kencing. Ia mempengaruhi dua hingga tiga kali lebih kepada lelaki berbanding wanita. Para saintis menganalisis diet hampir 50.000 lelaki dan mendapati bahawa mereka yang makan lima hidangan atau lebih pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding yang tidak memakannya. Brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yang paling protektif.


Peanut butter- Penyakit jantung adalah pembunuh utama bagi lelaki dan wanita, tetapi lelaki menjadi korban pada usia yang lebih awal. Kandungan lemak pada kacang adalah tinggi sedikit tetapi ianya baik untuk anda.


Tembikai- Sehingga usia 55 tahun, lelaki lebih banyak menderita penyakit darah tinggi berbanding wanita. Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan potassium boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan stroke. Tembikai kaya dengan sumber mineral ini, ia mengandungi lebih potassium. Jumlah potassium dalam suatu hirisan besar tembikai adalah bersamaan dengan sebiji pisang atau secawan jus oren.

cubalah ! :)

7 Pembunuh Hubungan


Kebosanan- Apabila anda mula berasa bosan, anda pasti tidak mengambil berat terhadap pasangan anda. Semua aspek yang menarik pada dirinya akan dilupakan. Yang hanya menjadi fokus adalah keburukan pasangan anda sahaja. Anda seharusnya berjuang untuk mengembalikan kegembiraan dalam perhubungan, lebih memikirkan kenapa anda memilihnya dahulu berbanding memikirkan keburukannya. Ini akan dapat mengelakkan daripada merasa kebosanan.

Bekas kekasih- Sekiranya anda pernah bercinta sebelum berjumpa pasangan yang sekarang, anda harus lebih berhati-hati. Ini kerana peratus pasangan berpisah amat tinggi disebabkan oleh bekas pasangan kekasih. Sebelum menerima seseorang yang baru, pastikan anda sudah melupakan kenangan silam. Jangan membiarkan kenangan silam untuk mempengaruhi anda. Kerana ia hanya akan memburukkan hubungan anda pada masa hadapan.

Campur tangan orang luar- Di dalam hubungan ia sepatutnya tidak perlu melibatkan orang luar. Ia seharusnya di antara pasangan sahaja. Terutama yang melibatkan perancangan untuk pasangan. Sebagai contoh, jangan sesekali mendengar arahan daripada ibu atau ibu mertua untuk membuat keputusan di dalam permasalahan antara pasangan. Sekiranya hanya untuk mendapatkan pendapat ianya bagus, tetapi jika keputusan dibuat atas dasar arahan yang diterima, ia akan menjejaskan sesuatu perhubungan.

Masalah kewangan- Ada sesetengah pasangan menyatakan ia tidaklah terlalu penting jika nak dibandingkan dengan kebahagiaan yang mereka rasa. Berkemungkinan juga ia memberikan kebenaran. Tetapi peratus pasangan berpisah disebabkan kesempitan hidup juga amat tinggi. Seorang pasangan pasti akan mencuba yang terbaik untuk memberikan kesenangan kepada pasangannya. Jika kesempitan hidup disebabkan kemalasan mereka dan bukannya kerana mereka telah berusaha bersungguh-sungguh, ia hanya menunjukkan keperibadian yang tidak bertanggungjawab.

Hubungan intim- Sekiranya pasangan yang sudah berkahwin, hubungan intim adalah amat penting. Ia bukanlah hanya untuk seks sahaja, tetapi ianya lebih daripada itu seperti ciuman, sentuhan, kata-kata romantik dan sebagainya yang dirasakan penting di dalam kehidupan berpasangan. Tanpa hubungan intim ini juga, ia akan menjadi punca terhadap permasalahan dalam perhubungan.

Realistik- Jangan sesekali membuatkan permintaan itu menjadi beban untuk pasangan. Biarlah ianya realistik dengan kemampuan masing-masing. Sekiranya sesuatu permintaan itu menjadi beban, ia secara tidak langsung akan memberikan tekanan. Tekanan yang terpendam inilah sekiranya ia diluahkan akan menjadi satu masalah besar dalam perhubungan. Pasangan harus bijak untuk memberi keutamaan antara keinginan dan keperluan berdasarkan kemampuan pasangan.

Anak- Ada sesetangah pasangan bersetuju bahawa anak lebih memberikan kebahagian di dalam kehidupan mereka. Tetapi ada juga yang tidak setuju dan menyatakan anak menjadi masalah di dalam perhubungan mereka. Ini adalah kerana fokus sudah teralih arah. Masalah ini seharusnya bijak untuk diselesaikan terutama ketua keluarga. Atasinya dengan cepat supaya ia tidak menjadi masalah yang besar di dalam perhubungan. Perbincangan merupakan jalan terbaik.

Petua Awet Muda Mengikut Sunnah


1. Sejurus bangun pagi (bangun pagi je ya, bukan bangun tengahari atau bangun petang), sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam dan biarkan dalam mulut kira2 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.
Air liur basi kita tu ada enzim yg boleh menjadi ubat. Kemudian boleh amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.

2. Lepas buat petua di atas, urutkan pula wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Tapi ingat, dari bawah ke atas ye, kalau dari atas ke bawah orang kata makin cepat berkedut pulak. Amalkan setiap hari.

3. Kalau ikut petua orang2 tua (otai kata org sekarang), amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun ke muka, rambut dan kulit badan. Air embun ni banyak khasiatnya. Insya Allah muka akan berseri , badan sihat serta awet muda.

4. Baca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala. Tapi kalau mandi guna shower, bacalah masa mula-mula nak mandi.

5. Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam tiga teguk sahaja. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.

6. Setiap kali berdandan di cermin, bacalah doa melihat diri di cermin, kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. Doanya begini:
“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”
7. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari2 yg baik seperti hari Isnin, Khamis & Jumaat. Amalkan juga menanam kuku/ rambut yg dipotong atau gugur. Orang sekarang ni kebanyakannya main buang je merata. Nak potong kukupun ada petuanya, bukan main belasah je. Petua memotong kuku menurut Imam an-Nawawi; sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.



Sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya bermula dari jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari. Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.
Bagi yg dah berkahwin, elok kalau kuku dipotong oleh pasangan masing-masing. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Rumahtangga yang bahagia pun penyebab kepada awet muda.

8. Macam2 petua lagi sebenarnya. Antaranya senyum selalu, jangan busuk hati, berhenti makan sebelum kenyang, rajin makan ulam-ulaman, jangan merokok, dan sebagainya. Paling penting jangan tinggal solat. Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yg terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan utk menyerikan wajah kita…dan juga hati kita.

Ada kebenarannya..

Rahsia Mengekalkan Hubungan Jarak Jauh



Jarak jauh bukanlah bererti berakhirnya sebuah hubungan kamu dengan si dia. Mungkin disebabkan oleh beberapa perkara yang memaksa kamu berdua berpisah untuk sementara. Oleh itu, kamu perlu melakukan sesuatu supaya hubungan yang dijalinkan berjalan seperti biasa.

Di bawah terdapat lima rahsia untuk mempertahankan hubungan ketika kamu berdua terpisah oleh jarak jauh.

1. TETAP BERHUBUNGAN SETIAP MASA

Tidak terputus hubungan adalah kunci perhubungan cinta jarak jauh. Chatting, sms atau email secara teratur adalah salah satu langkah terbaik yang dapat dilakukan bagi menyelamatkan sesebuah perhubungan.
 
2. LAKUKAN AKTIVITI KESUKAAN

Jangan mensia-siakan hidup hanya kerana si dia berada jauh dari pandangan. Lakukan aktiviti harian kamu seperti biasa.Jika dahulu kamu tidak mempunyai masa, maka gunakanlah masa yang ada dengan sebaik mungkin.
 
3. JANGAN BIARKAN PERSELISIHAN FAHAM BERPANJANGAN

Jika berlaku perselisihan faham, selesaikan dengan segera, jangan dibiarkan terlalu lama kerana takut menjadi semakin rumit. jangan sesekali mengabaikan mesejnya.
 
4. TUNJUKKAN PERHATIAN KAMU

Jangan jadikan jauh sebagai alasan! Tunjukkan kepadanya perhatian yang telah kamu berikan. Kirimkan kepada si dia e-card yang lucu, hangat dan menyentuh perasaan.

5. REALITI

Jangan fikir dunia sudah berubah jika kamu bersatu kembali akhirnya. Ada banyak perkara yang terjadi dan perlu di fahami semasa kamu terpisah. Mungkin keadaan
tidak lagi sama seperti dahulu. Oleh itu,luangkan masa bersama dan berbincang dengan baik tentang diri kamu semasa terpisah dahulu. Ini adalah jalan terbaik untuk memahami kehidupan masing-masing

Wednesday, May 9, 2012

Air Mata Malam Pertama..

Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.

Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah.

Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.

"Ana dah jadi isteri!" Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.

"Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti." Doaku perlahan.

Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku sudah bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.

"Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti" Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.

Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.

"Assalamualaikum!" Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya.

Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.

"Sayang"..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya.

Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud kejari manisku.

"Abang".. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku.

"Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang.."Bisikku perlahan. " Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia." Janjinya padaku.

Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.

Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu.
Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi.

Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu.
Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.

"Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana".Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulkan bicaranya.

"Apa dia ayah, mak? Macam penting je" Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka.

"Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana."

"Apa!!!" Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri.

"Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?" Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.

"Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?"Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian.

"Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana. " Ujar mak setelah sekian lama membisu.

"Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya."Terang ayah lagi.

"Ana.." Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa.

"Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana."

"Ini cincinnya, pakailah." Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku.

Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. 

Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini.

"Ahhhhgggg!" Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.

Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni.

"Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu." Ujar ayah padaku.

Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan.

Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik.

Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu.

Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami."

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin."

Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman. aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan.

"Bang, maafkan Ana!" Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus.

"Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang." Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku.
Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah.

"Abang nak kemana tu?" Soalku.
"Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu.Ada sikit lagi." Jawabnya.

"Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi." Aku kesian melihatnya, keletihan.

"Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah." Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu.

"Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya." Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah.

Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.

"Bila Ana turun?" Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja.

" Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang."

"Maafkan abang sayang." Dia menghampiriku.

"Sayang tak marahkan?" Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat.

Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku.

"Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita." Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku.

"Apa nak malu,kan sayang ni isteri abang." Jawabnya tersenyum.

"Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi."

"Betul ni?"Soal suamiku cepat-cepat.

"Ish..!gatal la abang ni!" Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.

Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.

Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku.

"Apa yang Ana menungkan ni?" Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang.

"Abang ni, terkejut Ana tau!" Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk.

"Alaa..sayang ni.macam tu pun nak marah." Usiknya sambil mencubit pipiku.

"Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!" Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.

"Sayang" Seru suamiku sambil merangkul tubuhku.

"Sayang nak honeymoon kemana?" Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu.

"Ana ikut aje kemana abang nak bawa."

"Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?" Guraunya.

"Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?" Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa.

"Nanti sayang nak berapa orang anak?" Soalnya lagi setelah ketawanya reda.

"Abang nak berapa?" Soalku kembali tanpa menjawab soalannya.

"Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?"

"Ish!abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?" Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa.

"Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan."

"Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup." Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira.

"Ni yang buat abang tambah sayang ni." Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku.
Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.

"Zul, Ana! Jom kita makan dulu!" Suara mak memanggil.

"Mari bang! Ana pun dah lapar ni." Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam.

Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik.

Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukanali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja.

Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apataha lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.

"Mampukah atau menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?"Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.

"Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku."

"Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan.
Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti?

Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.

"Masuklah, pintu tak berkunci." Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku.
Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku.

" Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?" Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku.

Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu.

"Habistu apa yang sayang menungkan ni?"

"Ana takut bang!" Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya.
Dia memelukku erat sambil membelai rambutku.

" Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan Bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita." Pujuk suamiku.

" Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut.." Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.

"Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! " Bisiknya.

Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku.

" Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit." Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang.

Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai.

Malam berark perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.

"Ayah, mak! Ana dah buat keputusan." Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari.

Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri.

" Keputusan tentang apa?" Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat.

" Pasal peminangan tu." Ujarku.

Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku.

" Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih." Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya.Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari.

Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya.

" Syukurlah, moga Ana bahagia nanti." Ucap ayah padaku.

Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku.

"Nanti mak kenalkan dia pada Ana." Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka.

" Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje." Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. 

Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat.

" Kenapa pula macam tu?Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya." Ayah mempersoalkan keputusanku itu.

" Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?" Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.

Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku.

" Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah." Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan.

" Baik bang. Bang, ni baju abang." Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.
Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi.

" Patutlah." Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang.

Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik.

Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar
sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan.

Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya.
Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.

"Bang.. " Seruku.

"Ada apa sayang?" Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya.

"Malam ni abang nak..nak.." Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. 

Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya " Nak apa sayang?" Soalnya lagi sambil tersenyum.

"Ah..abang ni! " Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku.

"Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?" Bisiknya ketelingaku.

Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.

"Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!" Bisik suamiku.

" Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia." Jawabku.

Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.

Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama lading dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk memperaktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah bersabda:

"Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."

Rasulullah bersabda:

"Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu."

Rasulullah bersabda:

"Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."

Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang.

Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya.

"Abang tak apa-apa?" Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui.

"Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot."Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam.

"Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu." Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pajama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu.

"Nakallah abang ni !" Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar.

Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam.

Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu.

Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak kepucatan.

"Kenapa ni bang?" Soalku sewaktu bersalaman dengannya.

"Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni.."

"Zul sakit ke?" Tanya ayah.

"Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot." Jawabnya.

"Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak." Sampuk mak.

"Nanti Ana ambilkan ubat." Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat.

Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air.

Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan.

"Terima kasih." Ucapnya perlahan. Aku angguk.

"Abang berehatlah." Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.

"Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang."

" Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah."

"Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan."

"Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah." Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya.

"Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan saying. Sayanglah satu-satunya buah hati abang." Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.

Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik.

"Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea"

"Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya." Ujarnya perlahan.

"Abang tidurlah." Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya.
Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu.

Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat.

Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.

Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.

" Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana." Pujuk emak.

Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjengok dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.

Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.

Amin..

Tuesday, May 8, 2012

Cerpen: Kerana Kau Mata Hatiku

Hari ini aku pulang dari kerja agak awal dari biasa. Memandangkan hari masih awal, aku mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar ibu kota. Sekadar melepaskan penat bekerja seharian. Hmm…sudah lama aku tidak berkesempatan mengambil angin seperti petang ini. Seronok pula rasanya walaupun manusia sentiasa memenuhi segenap ruang disana sini. Sedang aku leka melihat barang-barangan yang dijual di sekitar Masjid India, aku terlihat sekumpulam manusia sedang leka berkerumun melihat sesuatu. Pastinya sesuatu yang menarik!

Terdetik juga dihati ini ingin melihat apakah yang melekakan mereka semua sehingga langsung tidak berganjak dari tempat mereka berdiri. Entah mengapa hatiku semakin kuat meronta-ronta ingin melihat apabila orang ramai yang mengerumuni bertepuk tangan. Seolah-olah mereka sedang melihat ahli silap mata membuat magic. Aku juga pelik dengan perasaanku yang tiba-tiba ini. Mungkin ianya sesuatu yang menarik? Mungin juga…siapa tahu.
Ketinggian yang ku miliki langsung tidak membantu ku melihat. Puas ku cuba berasak-asak dengan mereka yang lain. Harapanya dapatlah ku kehadapan bagi melihat dengan jelas lagi ‘panorama’ didepan sana. Namun, hanya bau-bauan yang tidak tertahan menghidangi hidungku ini. Masam…masin… manis…semua ada!

Tidak mahu mengalah, aku bergerak ke sebelah kanan pula. Ya! Dari sini aku nyata boleh melihat dengan jelas. Namun apa yang terpampang dihadapanku hanyalah perkara biasa… seorang pelukis jalanan yang sedang tekun melukis potret seorang wanita. Dikelilingnya juga penuh dengan lukisan potret pelbagai wajah.

Memang tidak disangkal, lukisan-lukisan nya semua tampak hidup. Cantik! Tapi apa yang dipelikkan? Di sekitar bandar raya ini juga setahu ku terdapat ramai lagi pelukis jalanan. Namun, tidaklah terlalu mendapat perhatian seperti pemuda ini.

Apa istimewanya lelaki ini? Adakah wajahnya kacak sehingga meraih perhatian? Tapi serasaku tidak logik pula. Kalau benar pun pemuda itu terlalu kacak, pastinya dia hanya mendapat perhatian gadis-gadis saja. Namun kini bukan saja para gadis, ‘mak-mak’ dan ‘bapa-bapa’ juga turut setia melihat.

Takkan orang KL tak pernah tengok orang melukis potret??? Ada baca ayat ‘guna-guna’ ke??? Alamak…terlebih sudah! Hehehe. Aku cuba mengintai wajah pemuda itu tapi gagal kerana kedudukannya membelakangi ku. Yang kelihatan hanyalah lukisan potretnya yang hampir sempurna siap.

Selagi aku tidak melihat wajah pemuda itu dan keistimewaanya, hatiku ini tidak akan puas. Mungkin bukan rezeki ku hari ini.Esok aku akan datang lagi…

***
“Lewat kau balik, Wan?” Hadi yang melihat sahabatnya itu terkial-kial membawa perkakas lukisan ditangan turun membantu.

“Hmm…ramai sangat pelanggan tadi. Tak menang tangan aku…” Ikhwan menghela nafas. Penat siang tadi masih belum hilang.

“Yeke? Alhamdulillah…murah rezeki kau, Wan.” Hisyam yang sedang leka menonton drama Impak Maksima, menyampuk.

“Alhamdulillah. Aku pun tak sangka di bandar besar macam ni masih ada rezeki menanti untuk orang macam aku ni.” Wajah Ikhwan berubah mendung.

Melihat akan perubahan di wajah sahabat mereka itu, Hadi dan Hisyam mendekati. Mereka tahu apa yang difikirkan Ikhwan itu.

“ Wan, dahlah tu. Sebagai hamba Allah, kau kena redha dengan Qada dan Qadha nya.” Hadi menepuk-nepuk bahu sasa sahabatnya sebagai tanda semangat. Hisyam disebelah mengangguk tanda mengiyakan.

Ikhwan seyum. Dia tahu Hadi dan Hisyam merupakan sahabat yang baik…di masa senang mahupun susah. Dia berasa sungguh bertuah dapat memiliki sahabat sebaik mereka.
“Aku tahu. Terima kasih Hadi…Syam.”

Ikhwan bangkit. Berlalu ke bilik. Badan harus dibersihkan dan diri ini pula memerlukan rehat secukupnya kerana esok masih banyak tugas yang menanti.

***
Masjid India, 10 pagi…
Sengaja aku datang ke sini lebih awal hari ini. Niatku bukan untuk membeli-belah tetapi memburui agenda yang tidak kesampaian semalam.

Dari jauh sudah kelihatan orang ramai sudah berpusu-pusu mengelilingi pelukis jalanan itu. .Hmm! Nampaknya ada lagi yang lebih awal dari aku. Cuma ia tidaklah seramai semalam. Mungkin hari masih awal.

Naluri ku kuat mengatakan lelaki ini pasti ada yang ‘istimewa’ tentangnya kerana semalam dia turut hadir dalam mimpiku. Walaupun begitu, wajahnya tidak jelas kelihatan. Sesungguhnya, kehadirannya mengundang misteri kepadaku. Siapa dia???

***
Masjid India, 10 malam…
Jam sudah menjengah ke angka 10 malam. Aku masih disini. Setia menati si dia. Hanya memerhati dari jauh. Tidak pernah aku membuat kerja segila ini!
Untuk mendekatinya terus serasa tidak sesuai kerana dia begitu sibuk melayan ‘pelanggan-pelanggannya.’ Oleh itu, aku membuat keputusan menantinya sehingga dia selesai melakukan ‘tugasnya’ untuk malam itu.

Sewaktu dia sedang leka mengemas perkakas lukisannya, aku terus menjalankan misi ku yang tertangguh kelmarin.

“Encik, boleh tolong lukiskan potret saya?” Aku pura-pura bertanya. Sengaja ingin mengumpanya bersembang denganku.

“Maaf, cik. Saya dah nak balik ni. Hari pun dah lewat. Cik datang esok saja ye.” Dia tidak memandangku. Tangannya tangkas mengemas tanpa mempedulikan kehadiranku. Ape…tak cantik ke aku ni?!

Dalam samar-samar cahaya itu aku dapat melihat wajahnya dengan jelas. Kacak! Matanya…keningnya… hidungnya…mulutnya… semuanya cantik terbentuk.
Aku bagaikan berada dalam duniaku sendiri. Terasa seperti jatuh cinta pandang pertama. Tetapi mengapa dia tidak memandangku? Seakan tersedar dari mimpi yang panjang, aku kembali ke alam nyata.

“Encik, tolonglah. Satu potret je.” Aku merayu lagi. Dengan harapan dapat mengenalnya dengan lebih dekat.

Panas hati ku ini apabila rayuanku sedikit pun tidak diendahkannya. Sudahlah aku menantinya dari pagi sehingga malam menjelma, boleh pula dia buat tidak tahu!
Tanpa aku sedar, aku merampas semua berus lukisan yang entah berapa batang ditangannya dengan kasar. Ke semua berus lukisan itu bertaburan jatuh ke tanah. Aku tergamam sendiri dengan sikapku yang tiba-tiba itu. Namun,dia dengan selamba tunduk mengutip berus-berus itu tanpa memarahiku langsung. Terdetik rasa bersalah dihati tapi….

Aku terperanjat apabila tangannya teraba-raba mencari dan mengutip berus-berus yang jatuh tadi. Aksinya seolah-olah dia tidak nampak di mana kedudukan berus lukisan tersebut. Aku terpaku memandangnya. Mungkin terasa diri diperhatikan, dia menghentikan perbuatannya.

“ Kenapa? Terkejut? Tak sangka?” Bertubi-tubi soalan dia ajukan padaku.

“Err…awak…” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku….

“Ya! Saya buta. Puas?” Aku terperanjat dengan kenyatan yang diberikan.

“Tapi…” Aku tidak mampu meneruskan kata-kata seterusnya.

“Kuasa Allah. Segala yang diberikan adalah kurniaanNya yang tak ternilai…” Dengan perlahan dia mengungkapkan kata-kata itu yang menusuk ke jantung hatiku.

Barulah kini ku tahu mengapa dia mendapat perhatian ramai. Dia melukis dengan mata hati. Walaupun buta, tapi setiap lukisannya seolah-olah dia nampak apa yang dilukis. Dalam diam, aku mengagumi dirinya.

***
Dua tahun kemudian…

“Ikhwan…Suri nak tanya cikit boleh?” Aku memberanikan diri bertanya.

“Hahaha..sejak bila pulak kalau Suri nak tanya, Ikhwan kenakan cukai? Tak ada kan? Tanya aje lah…” Dia ketawa. Seakan-akan satu jenaka pula padanya.

“Emm… kalau Wan dapat melihat semula, Wan nak kahwin dengan Suri tak?” Aku memandang tepat ke matanya. Matanya celik namun siapa sangka pemuda kacak ini tidak cukup satu pacaindera yang tak ternilai harganya..

Kali ini ketawanya semakin galak. Aku hanya membatukan diri.

“ Wan, Suri tak main-main…” Tanpa dipaksa, air mataku menitis. Dia bungkam.

“Suri, Suri sendiri tahu Wan ni macam mana. Wan tidak sesempurna orang lain. Wan tak layak bergandingan dengan Suri. Wan buuu…” Cepat-cepat aku meletakkan jari telunjuk ke mulutnya.

Sesungguhnya, aku tidak mahu perkataan akhir itu keluar dari mulutnya. Aku ikhlas menyayanginya. Dan aku yakin dialah jodoh yang telah tersurat oleh Allah kepadaku.

“Hmm…” Ikhwan mengeluh panjang.“Suri, seandainya Tuhan takdirkan Wan dapat melihat semula, Wan akan mengawini Suri. Ini janji Wan!” Ayat terakhirnya benar-benar menbuat hatiku berlagu riang.

Aku akan nantikan saat itu…

***
Suatu pagi…
“Hello, Suri.” Awal pagi itu aku mendapat panggilan dari Ikhwan.

“Wan, kenapa ni tiba-tiba aje call?” Biasanya dia tidak akan menelefonku seawal hari ini.

“Good news! Tak lama lagi Wan akan dapat melihat semula…” Suaranya kedengaran begitu ceria.

“ Betul ke ni?” Aku sungguh gembira dengan berita yang disampaikan Ikhwan. Dalam hati, aku mengucap syukur kehadratNya.

“ Iye, sayang. Minggu depan operation .” Dari suaranya, aku tahu dia sudah tidak sabar lagi melihat dunianya kembali.

***
Sebulan kemudian…
“Suri! Kenapa Suri cuba jauhkan diri dari Wan?” Walaupun hanya berbual melalui telefon, suaranya jelas kedengaran tegang.

Ya! Selepas Wan mendapat ‘mata barunya’, aku sudah tidak menghubunginya lagi mahupun berjumpa. Kali terakhir aku berjumpanya sehari sebelum dia diusung ke bilik pembedahan. Sengaja igin menatap wajah Ikhwan sepuas-puasnya.

“Suri…cakaplah. Kenapa diam? Suri tak suka Wan dapat melihat semula?” Aku diam. Tiada kata yang mampu ku ungkapan.

“ Suri..kalau Wan tahu akan jadi begini, Wan sanggup untuk tidak melihat selama-lamanya asalkan Suri tak jauhkan diri dari Wan.” Nada suara Ikhwan berubah kecewa.

Dihujung talian, hanya esak tangisku saja yang kedengaran. Bukan aku tidak mahu bertemu Ikhwan tapi ada rahsia yang harus ku sembunyikan dari pengetahuannya.

“ Wan nak tatap wajah ‘mata hati’ Wan ni. Dan… Wan nak kabulkan janji Wan dulu pada Suri. Kita jumpa, ok?” ‘Mata hati?’ Aku tersenyum mendengar perkataan yang disebut Ikhwan itu.

***
Aku setia menanti Ikhwan di tempat dimana dia pernah melukis dulu. Di sini jugalah tempat pertemuan pertama kami dulu. Sengaja aku datang lebih awal sebelumnya. Apakah reaksinya nanti apabila melihatku?

Ikhwan sampai tepat pada masanya. Sewaktu dia sampai ditempat yang dijanjikan bersama Suri, kelihatan seorang gadis buta turut berada di situ. Dia berasa serba salah samada mahu terus ke sana atau menanti saja Suri di tempatanya berdiri.

Jantung aku pula tiba-tiba saja berdegup kencang. Aku dapat merasakan seperti Ikhwan sudah berada dekat dengan diri ini.

Entah mengapa tiba-tiba saja kaki Ikhwan laju saja melangkah ke arah di mana gadis buta itu berada. Seolah-olah gadis itu menggamit Ikhwan datang kepadanya.

Dengan ringan mulut, Ikhwan menegur. “Err…maafkan saya Cik. Cik dah lama ke duduk dekat sini?” Sekilas dia memandang wajah gadis buta itu. Cantik! Sudah lama dia tidak melihat keindahan ciptaan Ilahi itu.

“Ikhwan??? Awak Ikhwan kan?” Ikhwan terkejut kerana gadis buta itu tahu namanya.

“Ya..saya Ikhwan tapi macam mana…” Belum sempat Ikhwan menghabiskan kata-katanya,gadis buta itu bersuara lagi.

“ Sebab saya Su..Suri…” Menggeletar aku menyebut namaku sendiri.
Adakah lelaki dihadapanku ini terkejut apabila mengetahui gadis buta yang dilihatnya itu adalah aku? Bagaimanakah reaksinya? Sayangnya aku tidak mampu melihat.

“Suri??? Betul ke awak ni Suri? Ikhwan tahu Suri dulu tak macam ni kan?” Agakkan ku tepat sekali. Ikhwan benar-benar terkejut.

Yang bermain-main di hatiku kini sanggupkah dia menerimaku seperti dulu? Sanggupkah dia menunaikan janjinya dulu padaku? Aku pasrah andainya dia tidak mampu menerimaku seperti dulu. Aku terima takdirNya andainya dia bukan untukku lagi.

“Ya Allah…Suri, kenapa Suri sanggup buat ini semua? Kenapa Suri?” Ikhwan memegang bahuku dengan kedua belah tangannya. Kuat!

“Sebab Suri sayangkan Ikhwan. Suri nak Wan tahu Suri sanggup berkorban apa saje demi cinta kita ni. Dan paling penting, Suri nak tengok Wan melihat semula. Walaupun Suri tak dapat melihatnya tapi Suri gembira.” Aku senyum.

“Suri nak tengok Wan melihat semula tapi Suri…” Suara Ikhwan kedengaran sedih.
Benar-benar menyentuh naluri wanitaku ini. Aku terdengar satu esakan kecil dekat ditelingaku.

Tanganku meraba-raba wajah kacak milik Ikhwan. Walaupun aku tidak boleh melihat lagi tapi aku tahu dia tetap lelaki paling kacak yang menghuni hatiku ini. Wajahnya basah. Ya! Ikhwan menangis. Aku seperti tidak percaya air mata lelaki ini tumpah jua akhirnya. Tidak semena-mena, air mataku mengalir. Bukan kerana menyesal mendermakan mata milikku kepada putera hatiku ini tapi hatiku benar-benar terkilan kerana telah menyebabkan air mata lelakinya tumpah.

“ Suri, Suri tahu tak pancaindera yang satu ini penting sangat? Suri tahu tak betapa besarnya pengorbanan yang Suri dah buat ni?” Ikhwan menyeka air mataku. Mata-mata yang melihat langsung tidak dipedulikan.

“Suri tak perlukan lagi…” Pendek aku menjawab.

“ Tapi kenapa?” Suara Ikhwan kedengaran terkejut.

“Sebab… Ikhwan mata hati Suri. Suri boleh melihat dan merasa getaran melaluinya” Aku senyum lagi.

Perlahan-lahan aku merasakan pegangan tangan Ikhwan semakin kejap pada tanganku. Terasa diri ini teramat dekat dengan dirinya.

“Suri..” Ikhwan memalingkan tubuhku mengadapnya.

“Sudikah Suri menjadi permaisuri hidup Wan? Bukan untuk seketika tapi untuk selamanya…” Kata-katanya lembut menusuk terus ke jantungku.

Aku tersenyum dan mengangguk setuju. Itulah satu-satunya ayat keramat yang aku tunggu-tunggu selama ini.

Terima kasih Tuhan kerana menemukan diriku dengan lelaki ini. Aku yakin dialah jodohku kerana Kaulah mata hatiku. Selama-lamanya…

Cerpen Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Fazila Haryatie Wahab
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...