Cute Red Flying Butterfly

Monday, January 28, 2013

Tabahkan Hatiku Ya Allah

 


hidup umpama suatu percaturan yang harus dihadapi oleh setiap manusia.. manusia akan lebih semangat dan ceria dalam hidup jika “jiwa”nya hidup.. andai manusia sudah mati jiwanya..umpama dia “bangkai hidup”..

begitu juga dgn aku..apa yang kualami dulu hingga kini..kutau ujian drNya..namun kekadang aku tak dapat nak fikir lebih dari itu..
kekadang aku kalah dgn emosiku sendiri.. seolah2 aku pesimis dgn hidup ini..malas utk ku berjuang dlm kehidupan yg sementara ini..

maafkanlah aku Ya Allah....
aku tidak mahu KALAH dalam percaturan hidup ini.. tabahkan diriku ini.. walau sebanyak mana dugaan yg menimpaku..aku tahu Engkau masih sayangkan diriku ini.. akan tetapi masih banyak nikmat yg masih dapat kukecapai.. nikmat iman dan keyakinan padaMu..

mungkin Engkau mendugaku…ku tau itu adalah ujian drMu.. bila mengingatkan ujian atas kasih sayang manusia..
aku tak terdaya.. andainya ku tau aku tak ada hak utk dijodohkan dgn sesiapa yg layak dgnku..aku terima Ya Allah.. mungkin ini adalah kifarah atas segala dosa-dosaku yang lampau..mungkin juga ujian utk melihat ketabahan dan kekuatan jiwa hambaMu ini..
:oops:

tak banyak yg ingin kupohon dariMu..
kuharap andai ini semua telah ditakdirkan untukku hadapi semasa hayat ku atas dunia ini…..
berilah aku sedikit masa dan peluang untukku membahagiakan insan-insan kesayangan ku..

Ampuni hambaMu yang dhaif ini….
:nangis:

====================================================================
mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yg menimpa..
mungkin juga utk menguji tahap keimanan...
mungkin juga balasan dariNya utk perbaiki diri...

aku bru di uji dgn sedikit ujian dariMU..
tapi aku sudah mengalah sebelum sempat berbuat apa-apa..
Ya ALLAH tabahkan hatiku dan kuatkan lah imanku....

====================================================================
ImageImage

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu


ImageImage

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku muslimah yang disenangi
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi Muslimah yg Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi seorang insan yang dirahmati
Insan yang dikasihi
Insan yang solehah
Insan yang sentiasa dihati


Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
:oops:

Friday, January 25, 2013

Hati Wanita Sukar Diduga

 
 
 
Hati perempuan itu terlalu istimewa hingga kan kadang amat sukar meramal apa yang berada didalamnya .
Kadang kita merasakan amat dekat hatinya kepada kita tapi sebenarnya langsung kita tidak tahu  apa yang bermain dalam fikirannya .
Hinggakan kadang-kadang kita tidak langsung menduga apa yang sedang difikirkannya walau kadang berbicaranya soala tiada akan rasa , namun sebenarnya amat jauh dari dunia sendiri .
Dan jangan jua biarkan wanita yang berada kamu bersedih dan menagis . dan jika masih dibiarkan jua ,terhenti air matanya setelah letih seolah hatinya jua telah tawar dan pudar akan cinta .
Jangan dibiarkan wanita berada disisi kamu punyai rajuk yang panjang sehingga tiada akan usuha untuk mengembirakan hatinya.kerana pasti akan ada seseorng yang cuba membuatnya senyum dan bahagia .
Jangan biarkan wanita berada disisi kamu merasa sunyi dan terabai,kerana pasti akan ada bisikakn mengodanya mencari keserasian .
Mereka tidak dengar aoa yang dikeluh.. mereka tidak melihat dengan mata walau memandang ..mereka hanya mahu tahu satu kisah..satu cerita asalnya duka .. tidak langsung mereka mengerti akan rasa..kerana mereka tidak berada diatasnya ..tidak akan ada rasa menilai kerana mereka ada hanya untuk sandaran seketika ..
Kadang dia sering sembunyikan satu rasa yang sakit pada sesorng sehingga menitiskan airmatanya namun kita tidak melihat..kerana managis dia dalam diam..menagis dia dalam hatinya..deritanya sukat kita fahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir .
Dan kadang bila kita mampu melihat airmatanya mengalir .. sesungguhnya dikala itu amat perit derita yang ditanggungnya ..dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan mengalirkan air mata itu ..
Dan jika kita terus biarkan kesedihan ,dan mungkin dia melakukan perkara diluar kawalan .
Disaat menitisnya airmata itu ,jika kamu berpesan kepadanya dan berjanji tidak akan melukai lagi perasaannya ,dia akan menerima kata-katamu sebagai pemankin semangat yang membara ..dan jika kamu berpesan jangan mengis lagi dan akan menjaganya dan lantas dia akan menggengam erat tangganmu didalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya ..
Dan dia jarang mengatakan kata rindu , jangan la kamu barangkali tiada langgung perasaan rindu itu pada kamu ..sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga jika seorng yang dia cintai memberitahu sedang merindukannya ..
Dan amat menyakitkan bila kita terpaksa berpura-pura bahagia sedangkan pada realiti amat merasakan derita ..hanya mampu melihat tanpa memandang kerana telah dibutakan dengan kecurangan ..kita pujuk akan hati cerita ini hanya sementara hingga sampai satu masa setiap lakonan itu akan berakhir .

Wednesday, January 23, 2013

Cerpen: Jangan Pisahkan

 

Biar cinta terhalang gunung dan samudera
Aku tetap memegang janjiku padamu
Biar jurang yang terjauh ada di depanku
Takkan goyah sumpahku terhadap dirimu
Kita bagai kumbang dan bunga
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita

Jangan pisahkan
Aku dan dia
Tuhan tolonglah
Ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka

Biar cinta
Diuji lautan yang bergelora
Aku tetap menjulang namamu di jiwaku
Kita bagai bulan dan bintang
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja yang benci tulus cinta kita

Jangan pisahkan
Aku dan dia
Tuhan tolonglah
Ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka

Tersentak hatiku ketika mendengar lagu dendangan Phyne Ballerz. Lantas aku kesat air mata jernih yang mengalir membasahi pipi gebuku. Hatiku terguris tanpa berdarah. Sejenak itu aku teringatkan seseorang yang pernah mendiami hati ini.

“Ree, janganlah lari!”
 

“Aku nak tengok jugak”

Itulah detik istimewa buat kami. Dulu, betapa hati ini membenci dirinya. Usahkan panjang, poyo, gila, semua seranah dan cemuhan aku telah memakinya. Tapi, benarlah kata orang tua-tua, orang yang paling kita benci suatu ketika dulu tidak mustahil akan menjadi orang yang paling kita sayangi. Kami sering bergaduh. Aku sering mencari kesalahannya. Dia pun berkelakuan begitu. Tanpa aku sedari, dalam diam hati ini berbunga-bunya setiap kali melihat anak matanya. Kami sedar kami sentiasa bergaduh. Tetapi kami menjadi malu sesama sendiri apabila cinta mula berputik. Kalau dulu, mulut inilah yang sentiasa membawa berita buruknya, tetapi kini mulutku terkunci rapat. Hairan juga sebab dia juga begitu. Ah, apakah yang sedang dia fikirkan? Kenapa aku sentiasa memikirkan tentang dirinya? Kami semakin rapat. Bermula dari situlah, kami sentiasa berhubung.

“Ally, sekiranya aku meminta sesuatu, adakah engkau akan berikannya?”
 

“Apa pulak ni Ree? Katakan, Insya Allah aku beri”
 

“Sejak aku berkawan dengan engkau, hidup aku sentiasa disinari cahaya. Engkau seorang sahaja yang memahami aku. Sekiranya aku meminta engkau menjadi teman sehidup semati bersama aku, engkau terima?”


Ya Allah, apakah benar apa yang aku dengar ini? Yahoo… Rupanya dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti diriku. Aku masih terkejut. Tiba-tiba, kedengaran Azri mengulangi namaku.

“Ree, kiranya perhubungan ini memberi kebaikan untuk kita, aku merelakannya”
 

“Terima kasih, Ally”

Sejak peristiwa itu, hubungan kami semakin rapat. Kami tidak belajar dalam sekolah yang sama. Jadi, telefon bimbitlah penghubung kami. Aku mengaku sejak aku menyayangi dirinya, hidupku semakin ceria. Dia banyak mengajar aku tentang erti kehidupan. Dia juga mendorong aku agar lebih cemerlang dalam akademik.

1 Oktober 1997 – Aku dan ayah pergi ke Institut Jantung Negara (IJN). Sudah hampir 10 tahun aku menghidap penyakit jantung.

“Penyakit awak tidak dapat dirawat melainkan dengan pembedahan”

Aku menjadi sayu apabila Doktor Mazwin memberikan laporan pemeriksaan terhadap jantungku. Aku mengkhabarkan berita ini kepada Azri. Azri turut simpati terhadap nasibku. Azri memberikan nasihat dan semangat kepadaku untuk terus berjuang. Alhamdulillah, hayatku untuk terus hidup di bumi Tuhan masih panjang.

3 Januari 2005 – kami diijab Kabul menjadi sepasang suami isteri yang sah. Hidup kami bertambah bahagia. Kami hidup senang dengan hasil usaha yang kami perjuangkan di bangku sekolah.

1 Jun 2006 – Kami menimang cahaya mata. Betapa indahnya ciptaan Tuhan dengan mengurniakan dua orang cahaya mata yang kembar buat kami. Sungguh comel dan montel pipi mereka. Apa yang lebih menarik , anak kami kembar lelaki dan perempuan. Aku berazam untuk menjadi isteri dan ibu yang baik buat keluargaku.

2 Oktober 2007 – Ketika asyik aku melayan kerenah anak-anakku, jantungku seolah-olah ditikam. Tanganku terus menekan-nekan dada kiriku. Aku cuba mencapai telefon bimbit untuk menelefon suamiku. Tiba-tiba duniaku malap dan gelap. Sesedar itu, aku terlantar di atas katil. Dua orang anakku tidur lena di katil mereka. Di sisiku Azri, suamiku tersayang. Raut wajahnya yang penuh keresahan dan keletihan terlena dibuai mimpi. Aku mencapai jam tangan, pukul 7.00 malam. Aku terus bangkit dari katil dan membersihkan diri. Kemudian aku menuju ke dapur untuk membuat sajian makan malam. Malam itu Azri memberitahu bahawa doktor menyatakan supaya aku dibedah dengan segera kerana jantungku kian serius dijangkiti kuman. Demi keluargaku yang tercinta, aku pasrah dan terpaksa menghadapinya jua.

Doktor menetapkan 9 Oktober tarikh pembedahan akan dijalankan. Malangnya, 7 Oktober Azri berada di luar kawasan kerana menjalankan tugas. Tetapi Azri berjanji akan menemaniku di bilik pembedahan. Dengan semangat yang tidak putus-putus Azri berikan,aku terasa terkilan sekiranya itulah kali terakhir aku melihat dunia Tuhan. Inginku dakap kesemua ahli keluargaku. Aku tiba di bilik pembedahan, kelibat Azri masih tidak kelihatan. Doktor terpaksa menjalankan pembedahan tepat pada waktu yang dirancangkan. Aku disuntik kemudian tidak menyedarkan diri.
Terasa berat mataku untuk dibuka. Aku terus berusaha sehingga mataku berjaya dibuka. Aku melihat mama sedang mendukung Addy dan ayah sedang mendukung Adlina, kedua-dua anak kesayanganku. Hatiku menjadi sayu apabila mendapati Azri tidak bersamaku saat itu.

“Mama, Ree mana?”

Mama hanya mampu menangis. Aku hairan seketika. Anak mataku memandang tepat ke wajah ayah. Ayah mengusap rambutku sambil berkata,

“Ally, Azri suami yang baik. Dia sanggup buat apa sahaja demi rumah tangganya. Dia meminta maaf sebab tidak dapat menjenguk Ally. Tetapi, dia ada di dalam diri Ally saat ini”

Aku terpinga-pinga kehairanan. Drama apakah yang sedang berlaku?

“Ketika Azri menuju ke hospital dia terlibat dalam kemalangan. Ally bernasib baik kerana Azri dimasukkan ke dalam hospital yang sama, di sini”

Terang mama sambil tersedu-sedan. Aku benar-benar terkejut. Aku ingin bangkit dari katil tetapi tubuhku sangat lemah.

“Mama, ayah, Azri mana? Suami Ally mana??”

Air mataku sudah membasahi pipi. Aku benar-benar rindukan suamiku yang tersayang. Tidak pernah aku merasakan rindu sedalam itu. Ingatanku masih jelas kali terakhir aku bersalaman dengannya. Azri memeluk tubuhku dengan erat dan mencium dahiku. Terasa lebih selamat apabila berada dalam dakapannya.

“Ally, Azri sudah meninggal. Dia telah mendermakan jantungnya kepada Ally. Itu permintaan terakhir darinya kepada doktor ketika dia sedang tenat di bilik pembedahan. Tuhan lebih menyayangi dia, Ally”

Otakku seperti bergegar. Betapa pilunya hati ini kehilangam orang yang palingku sayangi. Air mataku tidak henti-henti membasahi pipiku.

“Abang, wajahmu, namamu, senyuman dan gelak tawamu tidak akan terpadam dari ingatannku”

Bisik hati kecilku. Aku berazam akan membesarkan anak-anakku dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya buat mereka. Demi impian aku dan suamiku yang telah sekian lama dinanti-nantikan.

“Tuhan, sekiranya kau pisahkan aku dengan suamiku yang amat aku sayangi sepenuh hatiku, aku terima. Tetapi janganlah pisahkan aku dan anak-anak kesayangku”

Penjual Pasar Malam

 
 
 “Mir.”

Mulut Adnan terjuih ke sebelah kanan sebelum kembali menggoreng nasi goreng ikan masin. Hidungnya bergerak-gerak menahan bau ikan masin yang menusuk hidung. Kepala Amir automatik terpusing ke sebelah kanan. Perempuan bertudung pink dengan boyfriendnya mungkin. Makcik berbadan besar berbaju kurung. Pekerja Medin dengan baju biru kuningnya. Itu antara yang tertangkap dek mata bundar Amir di balik orang ramai yang mengunjungi pasar malam. Tangannya masih bergerak-gerak menggoreng kue tiau. Kalaulah lehernya lebih panjang.

“Apanya Adnan? Aku tak nampak pun.”

“Dia tak nampak pulak!!!” kata-kata Adnan mungkin tak dapat didengari Amir. Adnan masukkan nasi ke dalam belanga besar.

“Bang.”

Amir angkat muka. Terkejut. Sudip di sebelah kanan terlepas dari tangan dan termasuk ke dalam belanga berisi kue tiau goreng. Cepat-cepat Amir mencapai dengan tangan. Dan secepat itu juga Amir melepaskan semula sudip dan menggoyang-goyangkan tangan kanan kerana kepanasan. Dia pandang semula tangan kanannya itu. Mujur belum sempat melecur. Baru dipandang semula gadis di depannya. Mukanya merah menahan malu. Gadis itu tersenyum. Menahan tawa mungkin.

“Ya dik?”

“Err, mee goreng satu.”

Amir gelabah. Sempat dikerlingnya Adnan yang tengah menahan gelak. Amir pusing ke meja di belakang. Mengambil bungkusan mee goreng yang selesai digoreng sebentar tadi. Di masukkan pula ke dalam plastik biru. Lalu dia berpusing ke depan dan menghulurkan bungkusan mee goreng kepada gadis itu. Gadis itu menjenguk ke dalam plastik.

“Cili jeruk bang?”

Amir seraya berkalih semula ke meja belakang dan mencapai sebungkus kecil cili jeruk lalu diletakkan dalam plastik berisi mee goreng. Adnan terbatuk. Amir fikir dia tengah ketawa.
Si gadis menghulurkan sekeping not merah. Amir menyambut dan menyeluk poket apronnya. Tangannya berpeluh-peluh. Amir menghulurkan baki kepada gadis yang masih tersenyum kecil itu.

“Jjual dik.” Sedikit gagap.

“Err. Bang?”

Amir pandang gadis itu lagi. Jantungnya kembali berdegub. Apa lagi ni?

“Err, mee goreng tu RM2 kan?”

Amir angguk.

“Baki ni abang bagi rm6.”

Adnan menepuk dahi. Amir segera keluarkan lagi RM2 dari poket apronnya. RM2 bertukar tangan.

“Maaf ye dik.” Amir memohon maaf.

“Tak pe.” Seraya gadis itu tersenyum.

Amir terasa seperti hendak pengsan. Petang Sabtu yang dinanti-nanti berlalu dengan senyuman gadis misteri itu dalam fikiran Amir. Amir tidak tahu siapa dia. Tidak tahu namanya. Tidak tahu asalnya. Tidak tahu umurnya. Apa yang Amir tahu setiap petang Sabtu gadis itu akan kelihatan sama ada berseorangan atau bersama teman-teman. Sejak bertemu gadis itu tiga bulan yang lalu, Amir teringat-ingat. Terutamanya senyuman yang meruntun hati lelakinya. Amir bukanlah lelaki yang peramah, malah dia agak pendiam. Lain benar jika dibandingkan dengan Adnan. Gadis pekerja Medin pun pernah di tanya nombor telefon, ingin berkenalan. Amir tidak pernah bertanya lebih kepada gadis itu. Dia gementar. Takut. Malu.

“Malunya kalah perempuan.”

Amir diam. Memandang ke luar tingkap van buruk milik Adnan.

“Kenapa kau tak tanya je. Adik nama apa? Belajar lagi ke?”

Amir diam lagi. Sikunya diletakkan di tingkap yang terbuka luas. Ibu jari termasuk sedikit ke dalam mulutnya. Sesekali menggigit kuku ibu jari tangannya itu. Minggu itu berlalu macam biasa. Dan seperti biasa juga Amir menantikan petang Sabtu. Dalam banyak-banyak hari pasar malam – Amir dan Adnan tidak berniaga di pasar malam pada hari Jumaat – hari Sabtu yang ditunggu-tunggu.
Kali ini Amir muncul dengan plan baru. Dan dia cuma perlu menunggu kehadiran gadis itu. Pukul 6 petang gadis itu belum muncul. Amir gementar.

“Bang?”

Hatinya kembali berbunga.

“Mee goreng eh.”

“Berapa?”

“Satu.” Sambil jari telunjuknya di angkat tegak.

Amir menyigung lengan Adnan. Adnan berdehem.

“Abang selalu nampak adik kat sini. Belajar sini ke?”Gadis itu senyum. “Ya.”

Amir yang mendengar pura-pura sibuk menyiapkan bungkusan mee goreng gadis itu.

“Ooo. Belajar jurusan apa?”

“Perubatan.” Amir tersentap. Bakal doktor rupanya.
Seperti biasa Amir menghulurkan bungkusan mee goreng kepada si gadis dan RM2 bertukar tangan.

“Kau ni. Dalam banyak-banyak soalan yang kau nak tanya, kenapa kau tanya dia belajar apa? Orang tanya nombor telefon ke, tinggal kat mana ke.”

Adnan terus membebel. Amir terus diam. Malah dia lebih diam berbanding selalu.
Dalam van Amir termenung. Malam itu di ruang tamu, Amir mengeluarkan satu kotak sederhana besar dari bilik. Lalu dihembus-hembus penutup kotak yang berhabuk itu. Adnan yang sedang menonton TV memandang pelik.

“Kau nak buat apa tu?”

Soalan Adnan dibiarkan sepi. Amir terus membuka penutup kotak dan menyelongkar kotaknya.
Kening Adnan terangkat sebelah. Amir mengeluarkan sebuah fail berwarna biru. Diselak-selak helaian fail itu. Adnan berkesot, duduk bersila di sebelah Amir.

“Apa tu?”

Amir tidak menjawab. Mata Adnan tertumpu ke arah helaian itu. Matanya terbuka luas.

“Result SPM kau ke ni?” Amir mengangguk.

 “Pandai jugak engkau!” Adnan bersorak kuat. “Tapi kau nak buat apa dengan sijil SPM ni?”

“Aku nak sambung belajar.” Amir membalas. Adnan terkejut. “Kau biar betul?”

“Betullah.” Amir tengok muka Adnan.

“Dah tua ni baru kau nak sambung?”

“Mana ada tua. Aku baru 25.”

Adnan menepuk dahi. “Kau buat ni sebab budak perempuan tu ke?” Amir diam.

“Mir, kau nak sambung belajar apa? Budak perempuan tu nak jadi doktor kot. Tak payahlah.”

“Sekurang-kurangnya aku belajar jugak. Budak perempuan tu takkan pandang orang macam kita ni.”

“Hah! Sedar pun kau. Kita ni kerja apa je.” Amir diam.

“Kau dah jatuh cinta sangat ke kat budak perempuan tu?”

“Aku rasa dialah orangnya.” Amir membalas tanpa memandang Adnan. Adnan terdiam. Kali pertama dia melihat Amir sebegini rupa.

“Kenapa dulu kau tak sambung belajar? Keputusan kau bukannya teruk sangat pun. “

“Aku mana ada duit Nan. Dahlah mak dengan ayah pun tak ada.” Adnan tersentuh. “Kau kerja dengan aku ni sebab kau nak kumpul duit belajar ke?” Amir diam lagi.

“Tapi Mir. Berapa tahun kau nak belajar? Kalau kau ada diploma pun ada ke perempuan tu nak pandang kau? Kurang-kurang kau kena belajar sampai ijazah. Dah enam tujuh tahun habis.”

“Lagi satu Mir, sanggup ke dia tunggu kau lama macam tu? Dan soalan yang paling penting.” Adnan terdiam dan pandang Amir lama. “Dia suka ke tak kat kau? Lepas tu kau nak belajar sebab dia? “
Amir tak dapat jawab.

“Sudahlah Mir.” Punah hati Amir mendengar jawapan begitu dari temannya. Pagi Ahad itu Amir menaiki motosikal ke kafe siber berdekatan rumahnya. Mahu mencari maklumat untuk menyambung pelajaran. Kalau boleh dia mahu ke IPTA sahaja. Kosnya tidak semahal IPTS.
Pulangnya dia dari kafe siber dengan senyuman yang lebar. Seronok dia bercerita kepada Adnan yang sedang menonton TV.

“Nan. Kau marah ke?” Adnan diam.

“Kalau kau tak cukup duit, kau pinjamlah duit aku dulu. Aku ada simpan duit sikit.” Amir pandang wajah Adnan dalam-dalam. Dia memeluk Adnan. Terharu. Sabtu minggu itu terasa lebih bermakna. Dia senyum sahaja, melayan pelanggan dengan ramah. Dan yang pasti, menanti si gadis pujaan. Namun, petang Sabtu semakin gelap.

“Tak ada pun Nan?”

“Dia ada hal kot.”

“Tiap-tiap minggu datang je.”

Penantian Amir petang itu sia-sia.Sabtu seterusnya Amir menanti dengan harapan. Namun bayang gadis itu masih tidak kelihatan.

“Dia balik kampung kot Mir. Cuti ke diorang tu.” Amir sedapkan hati dengan anggapan Adnan itu.
Minggu ketiga Amir masih berharap. Hatinya lebih berbunga kali ini kerana dia baru sahaja menghantar permohonan untuk melanjutkan pelajaran. Dan petang itu.

“Bang?” Adnan tersenyum. Amir tersengih.

“Mee goreng dua.” Amir mengangguk. Sedikit pelik apabila si gadis meminta dua bungkus mee goreng. Untuk rakannya mungkin.

“Yang ni ke?” Tiba-tiba satu suara garau singgah di telinga Amir.

“A’ah. Sedap bang. Ika selalu beli sini.” Amir berpusing, menghulurkan bungkusan mee goreng lantas melihat pemilik suara garau. Si lelaki menyambut bungkusan. Siapa lelaki ni?

“Empat ringgit eh?” Si gadis menghulurkan empat keping not biru kepada Amir. Amir menyambut empat ringgit. Sempat melihat jemari runcing si gadis. Merah berinai. Amir rasakan jantungnya berhenti bergerak.

“Abang nak beli apa lagi ni?” Si gadis bertanya kepada sang lelaki. Mereka berjalan pergi. Sang lelaki memegang erat jemari si gadis yang merah berinai. Amir melihat gadis dan lelaki itu pergi sehingga hilang dari pandangan. Dia terpana. Adnan sekadar mampu menepuk bahu Amir.

Thursday, January 10, 2013

Warkah Buat Bakal Makmumku

 

rintihan sekeping HATI.. ya Allah, pemilik abadi HATI setiap hamba2Nya.. 
andai si dia dapat mendengar dan membaca apa yang terbuku di HATI ini... khabarkanlah padanya ya Allah.. agar aku dan si dia merasa tenang....

khabarkanlah pada si dia, aku ada pesanan untuknya,
Tolong beritahu si dia, cinta yang agung hanyalah cintaNya,
Tolong khabarkan padanya, cinta manusia bakal membuatnya alpa,
nasihatkanlah dia, jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai Yang Maha Esa,
Tolong nasihatkan dia, jangan mengingatku melebihi dari dia mengingati Yang Maha Kuasa,
khabarkanlah padanya, jangan mendoakanku melebihi doa dia kepada ibu bapanya....

katakanlah padanya, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga,
katakanlah padanya, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya,
ingatkanlah si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupanya,
ingatkanlah si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya,
ingatkanlah dirinya, aku kasihinya kerana santunnya,
tegurilah dirinya, ketika dia mulai mengagungkan cinta manusia....

tegurilah si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya,
ingatkanlah dirinya, andai nafsu mengawal fikirannya,
sedarkanlah si dia, aku milik Yang Maha Esa,
nasihati… dan sedarkanlah si dia, tanggungjawabnya besar untuk dirinya..

sabarkanlah dirinya ya Allah, andai diri enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta,
sabarkanlah dia, ketika jarak menjadi penyebab bertambah rindunya,
pesankanlah padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya,
pesankanlah pada dirinya, aku tidak mahu menjadi puncak kegagalannya,
pesankanlah padanya ya Allah, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya,
khabarkanlah pada si dia, aku tidak mahu membuat dia terlena....

khabarkanlah padanya ya Allah, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya,
khabarkan juga padanya, jadilah penyokong dalam kejayaanku,
sampaikanlah pada dirinya, aku mendambakan cinta suci yang terjaga,
sampaikanlah pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya,
khabarkanlah padanya, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa,
ku mohon ya Allah, sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

~yang teristimewa untukmu :aku yang unik:… bakal makmumku …~

Islam tidak melarang manusia daripada rasa cinta, namun arahkanlah rasa cinta itu agar berjalan di atas landasan yang menjaga martabat kehormatan, baik wanita mahupun lelaki. ketika kita jatuh cinta, perlu berhati-hati… ibaratnya minum air laut, semakin di minum semakin haus. Cinta yang sejati adalah cinta yang tumbuh selepas akad nikah…

kendalikanlah rasa cinta dengan menjaga pandangan, tidak berkhalwat atau berdua-duaan dalam bentuk apapun dan tidak saling bersentuhan apatah lagi bercium dan berpelukan, memang jelas haramnya..

sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah seorang lelaki dan wanita berkhalwat (berduaan di tempat sepi), sebab syaitan menemaninya, janganlah salah seorang daripada kalian berkhalwat dengan wanita, kecuali disertai dengan mahramnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika bimbang keterlanjuran cinta, alihkan rasa cinta itu kepada Allah dengan membanyakkan selawat, zikir, istighfar dan solat sehingga kita tidak diperdayakan oleh nafsu. Apabila kita hampir tewas, nafsulah yang telah memperdayakan kita.

CINTA itu sebahagian daripada fitrah manusia. Azalinya memang sudah ada dalam diri kita. Bersyukurlah ketika diberi rasa cinta dan mampu menyingkap rasa cinta itu dengan tepat dan menurut syari’ah.

Bercinta tidak salah jika diniatkan untuk menuju alam perkahwinan yang diredhai Allah. Nabi Muhammad SAW berpesan tentang cinta yang diriwayatkan Abdullah bin Mas'ud: “Wahai generasi muda, barang siapa di antara kalian mampu serta berkeinginan untuk bernikah. Kerana sesungguhnya pernikahan itu dapat menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan barang siapa di antara kalian belum mampu, maka hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi penghalang untuk melawan gejolak nafsu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, dan Tirmidzi)

Apabila kita sudah membetulkan niat, maka kita mesti menjadikan diri kita ‘solehah’ agar si dia yang soleh juga akan datang menemui kita atau ditemukan Allah. ingatlah bahawa jodoh adalah ketentuan Allah, manusia hanya boleh merancang dan berusaha tetapi Allah yang menentukan. Kita cuma dapat berusaha mencari jodoh yang baik menurut Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik.”
(Surah al-Imran, ayat 14)

aku, kamu dan kalian semua….

Cinta paling tinggi martabatnya adalah cinta kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah. “Cinta itu berkembang. Kita tidak jatuh cinta. Cinta pandang pertama adalah satu mitos. Sebenarnya perasaan cinta itu berkembang dari semasa ke semasa. Lebih lama kita memahami, mengenali seseorang itu, akan lebih dalam perasaan cinta. Namun, menurut beberapa kajian dan perkongsian pengalaman, ternyata cinta pertama tidak diperlukan sebagai asas kebahagiaan tetapi boleh membantu untuk mencapai kebahagiaan…”

Wallahu’alam… moga mendapat manfaat bersama
 
copy paste dari Kalam Si Perindu

Sahabat

 




“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti -Pakar Diari Hati-

Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut” :

    • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

    • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

    • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

    • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

    • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

    • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;


    • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

    • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

    • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

    • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

    • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. Dalam 2 hati diberikan 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkan 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, &  BERSAMA. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu tersmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI, & MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
SAHABAT”.

Wednesday, January 9, 2013

Bagaimana Memiliki Hati yang Bersih dan Telus

 




Setiap manusia tentu sangat menyukai dan merindukan keindahan. Ramai orang yang menganggap keindahan adalah pangkal dari segala kepujian dan harga. Tidak usah hairan kalau ramai orang memburunya. Ada orang yang berani pergi beratus bahkan beribu kilometer semata-mata untuk mencari suasana pemandangan yang indah. Ramai orang rela menghabis waktu untuk berlatih mengolah serta mengentalkan jasmani setiap saat kerana ingin benar memiliki tubuh yang indah. Tak sedikit juga orang berani membelanjakan wangnya berjuta bahkan berbilion kerana sangat rindu memiliki rumah atau kendaraan mewah.

INDAHNYA NIKMAT DUNIA, BUKAN?

Akan tetapi, apa yang terjadi? Tak jarang kita menyaksikan betapa terhadap orang-orang yang memiliki pakaian dan penampilan yang mahal dan indah, yang datang ternyata bukan penghargaan, melainkan hanyalah penghinaan. Ada juga orang yang memiliki rumah megah dan mewah, tetapi bukannya mendapatkan pujian, melainkan malah cibiran dan cacian. Mengapa keindahan yang tadinya disangka akan mengangkat darjat kemuliaan malah sebaliknya, padahal kunci keindahan yang sesungguhnya adalah jika sesorang merawat serta memperhatikan kecantikan dan keindahan hati. Inilah pangkal kemuliaan sebenarnya.

Rasulullah saw. pakaiannya tidak bertabur bintang penghargaan, tanda jasa, dan pangkat. Akan tetapi, demi Allah sampai saat ini tidak pernah berkurang kemuliaannya. Rasulullah saw. tidak menggunakan singgahsana dari emas yang gemerlap, atau pun memiliki rumah yang megah dan indah. Akan tetapi, sampai detik ini sama sekali tidak pernah luntur pujian dan penghargaan terhadapnya, bahkan hingga kelak datang akhir zaman.

Apakah rahsianya? Ternyata semua itu disebabkan Rasulullah saw. adalah orang yang sangat menjaga mutu keindahan dan kesucian hatinya.

Rasulullah saw. bersabda, "Ingatlah, dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging. Kalau segumpal daging itu baik, maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Tetapi, bila rosak, nescaya akan rosak pula seluruh tubuhnya. Segumpal daging itu bernama kalbu." (H.R. Bukhari dan Muslim).

Mampu sahaja kita memakai segala apa pun yang indah-indah. Namun, kalau tidak memiliki hati yang indah, demi Allah, tidak akan pernah ada keindahan yang sebenarnya. Kerananya jangan terpedaya oleh keindahan dunia. Lihatlah, begitu banyak manusia malang yang tidak mengenal moral dan harga diri. Mereka pun tidak kalah indah dan molek wajah, tubuh, atau pun penampilannya. Kendatipun demikian, mereka tetap diberi oleh Allah dunia yang indah dan melimpah.

Ternyata dunia dan kemewahan bukanlah tanda kemuliaan yang sesungguhnya kerana orang-orang yang rosak dan durjana sekalipun diberi aneka kemewahan yang melimpah ruah oleh Allah. Kunci bagi orang-orang yang ingin berjaya, yang ingin benar-benar merasakan lazat dan mulianya hidup, adalah orang-orang yang sangat memelihara serta merawat keindahan dan kesucian kalbunya.

Imam Al Ghazali menggolongkan hati ke dalam tiga golongan, yakni yang sihat (qolbun shahih), hati yang sakit (qolbun maridh), dan hati yang mati (qolbun mayyit). Seseorang yang memiliki hati yang sihat tak ubahnya memiliki tubuh yang sihat. Ia akan berfungsi optimal dan semaksimum yang boleh. Ia akan mampu memilih dan mengolah setiap rencana atas suatu tindakan, sehingga setiap yang akan diperbuatnya benar-benar sudah melewati perhitungan yang jitu berdasarkan hati nurani yang bersih.

Orang yang paling beruntung memiliki hati yang sihat adalah orang yang dapat mengenal Allah Azza wa Jalla dengan baik. Semakin cemerlang hatinya, maka akan semakin mengenal dia akan kekuasaan Allah. Penguasa jagat raya alam semesta ini. Ia akan memiliki mutu peribadi yang begitu hebat dan mempesona. Tidak akan pernah menjadi ujub dan takabur ketika mendapatkan sesuatu, namun sebaliknya akan menjadi orang yang tersungkur bersujud. Semakin tinggi pangkatnya, akan membuatnya semakin rendah hati. Kian melimpah hartanya, ia akan kian dermawan. Semua itu disebabkan ia menyedari, bahawa semua yang ada adalah titipan Allah semata. Tidak dinafkahkan di jalan Allah, pasti Allah akan mengambilnya jika Dia kehendaki.

Semakin bersih hati, hidupnya akan selalu diselimuti rasa syukur. Dikurniakan apa saja, kendati sedikit, ia tidak akan habis-habisnya menyakini bahawa semua ini adalah titipan Allah semata, sehingga amat jauh dari sikap ujub dan takabur.

Persis seperti ucapan yang terlontar dari lisan Nabi Sulaiman a.s., tatkala dirinya dianugerahi Allah berbagai kelebihan, "Haadzaa min fadhli Rabbii, liyabluwani a-asykuru am afkuru." (Q.S. An-Naml [27]:40). Ini termasuk kurnia Tuhanku, untuk mengujiku apakah aku mampu bersyukur atau malah kufur atas nikmat-Nya.

Suatu saat, Allah akan menimpakan ujian dan bala. Bagi orang yang hatinya bersih, semua itu tidak kalah terasa nikmatnya. Ujian dan persoalan yang menimpa justeru benar-benar akan membuatnya kian merasakan indahnya hidup ini. Kerana, orang yang mengenal Allah dengan baik berkat hati yang bersih, akan merasa yakin bahwa ujian adalah salah satu peringkat kasih sayang Allah, yang membuat seseorang semakin bermutu.

Dengan persoalan akan menjadikannya semakin bertambah ilmu. Dengan persoalan akan bertambahlah ganjaran. Dengan persoalan pula darjat kemuliaan seorang hamba Allah akan bertambah baik, sehingga ia tidak pernah resah, kecewa, dan berkeluh kesah kerana menyedari bahwa persoalan merupakan bahagian yang harus dinikmati dalam hidup ini.

Lantaran itu, tidak usah hairan orang yang hatinya bersih, ditimpa apa pun dalam hidup ini, sungguh bagaikan air di relung lautan yang dalam. Tidak pernah akan bergoncang walaupun ombak badai saling menerjang. Ibarat karang yang tegak tegar, dihentam ombak sedahsyat apa pun tidak akan pernah roboh. Tidak ada putus asa, tidak ada keluh kesah berpanjangan. Yang ada hanya kejernihan dan keindahan hati.

Ia amat yakin dengan janji Allah, "Laa yukalifullahu nafasan illa wus'ahaa." (Q.S. Al-Baqarah [2]:286). Allah tidak akan membebani seseorang, kecuali sesuai dengan kesanggupannya. Pasti semua yang menimpa sudah diukur oleh-Nya.

Mahasuci Allah dari perbuatan zalim kepada hamba-hamba-Nya. Ia sangat yakin bahwa hujan pasti berhenti. Badai pasti berlalu. Malam pasti berganti menjadi siang. Tidak ada satu pun ujian yang menimpa, kecuali pasti akan ada titik akhirnya. Ia tidak berubah bagai intan yang akan tetap kemilau walaupun dihantam dengan apa pun jua.

Memang luar biasa orang yang memiliki hati yang bersih. Nikmat datang tak pernah membuatnya lalai bersyukur, sementara sekalipun musibah yang menerjang, sama sekali tidak akan pernah mengurangi keyakinan akan curahan kasih sayang-Nya. Semua itu disebabkan ia mampu menyelami sesuatu secara lebih dalam atas musibah yang menimpa dirinya, sehingga tergapailah sang mutiara hikmah.

Subhanallah, sungguh teramat beruntung siapa pun yang senantiasa berikhtiar dengan sekuat-kuatnya untuk memperindah kalbunya.

Sekeping Hati Yang Rapuh

  


Ya Allah..



Apa yang berlaku ni merupakan salah satu ujian yang amat membuatkan hati ni kecut, remuk, kecamuk, resah. Tak sikit pun aku menyalahkan sesiapa...Tapi ya Allah..aku percaya yang kau lah maha adil, maha bijaksana..maha mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk untuk hamba mu ini...Ampunkanlah dosa aku, dosa ibu bapa ku, dosa keturunan ku, dosa kawan-kawan ku, dosa semua umat islam yang ada di muka bumi ni...berikanlah kami petunjuk dan hidayah mu Ya Allah. Kuatkanlah pegangan kami, kuatkanlah semangat kami. 

Walau resah mana pun hati ini, hancur mana pun hati ini Ya Allah..biarlah aku hadapinya dengan keimanan. Biarlah aku terima dengan redha ya Allah. Kerana jiwa ini percaya pada kuasa mu Ya Allah..kau lah yang mendengar luahan hati ini walau sekalipun tak pernah aku luahkan pada sesiapa pun. Kau lah yang maha mendengar apa yang berbisik dan terpendam dalam hati ini Ya Allah.

Wahai sekeping hati yang rapuh, bertahanlah. Apa yang berlaku di muka bumi ini semuanya atas kuasa Allah...semuanya sudah tertulis. Baik atau buruk yang menimpa, pasti ada hikmahnya...yang penting, kuatkanlah iman..suburkan kesabaran

Bila Hatiku Mula Meluahkan

   
 
 
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang
Aku sedang sakit, ya Allah yang maha Penyayang..
Ya, hati aku sakit.. iman aku sakit...
Dan aku cuba merungkai apa yang sedang menimpa aku,
berupa sakit kepala memikirkan hal yang aku sendiri tak dapat selesaikan.
Aku inginkan ketenangan,kedamaian..
Tapi, Dia yang maha mengetahui, apa yg terbaik utk aku...
Ya, aku sebagai hamba hanya layak untuk menerima segala ketentuanNYA,
Kerna.. aku milikMU,wahai yang Maha Penyayang..
Kadangkala, aku ingin lari sejauh-jauhnya dari masalah ni semua..
tapi,hati kecilku berkata, sabar Zaty.. Allah sayang kau, tu yg Dia bagi ujian untuk kau tempuhi, sebagai penghapus dosa kau..
Ya, sebagai penghapus dosaku, sebelum aku pergi menghadapNYA..
Mudah-mudahan dalam keadaan aku suci dari dosa-dosa tika mghadap pemilik segala cinta dan kasih sayang, Allah yang Maha Penyayang, Maha Pengasih.
SubhanAllah..
Tiada masalah yang tak dapat diselesaikn, ingat tu Zaty..
Jalannya mudah, iaitu dengan cara sentiasa bersabar, 
sabar dengan apa yang ditetapkan Allah..
Masakan Allah akan bgi hambaNya ujian tersebut jika hambaNya tidak mampu untuk menempuhinya? kerna Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya
Allahu Akbar!

Tuesday, January 8, 2013

Taubat Seorang Hamba

Setiap apa yang kita rancang,
mungkin takkan terlaksana,
kerana sesungguhnya ALLAH swt jua yang menentukan segalanya.
Kita hanya mampu merancang,
sebaliknya setiap penentuannya ditentukan oleh ALLAH swt jua...
aku cintakan kau,
tetapi ALLAH swt sesungguhnya lebih menyayangimu.
ALLAH swt mengambilmu pergi lebih awal dariku.
Mula-mulanya aku kecewa,
kerana apa ALLAH swt mengambILmu pergi buat selama-lamanya.
Aku menyalahkan takdir tatkala itu.
Aku tak mampu berfikir secara rasional.
Aku terlalu mencintaimu hingga aku terlupa sesuatu...
rasa cinta aku kepada ALLAH swt makin berkurangan,
mungkin ada hikmat disebalik semua ini.
ALLAH swt menguji tahap keimananku,
kini baru kumengerti kenapa perkara ini terjadi...
sesungguhnya setiap kejadian itu pasti ada hikmatnya...
ya, ada hikmatnya,
aku tersedar dari lamunanku,
sesungguhnya selama ini aku terlupa akan KAU YA ALLAH...
aku terlalu menyayangi dia sampai aku terlupa,
terlupa akan tanggungjawabku kepada-MU.
Aku terlupa akan-mu.
Aku terlupa tanggungjawabku di dunia yang fana ini.
'Sesungguhnya tidak AKU ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-KU.'
Kini aku tersedar,
aku kembali sujud kepadamu.
Aku menundukkan kepalaku lebih rendah dari punggungku
di atas bumi ini hanya untuk-MU,
menunjukkan betapa tingginya ZAT-MU ya TUHANKU.
Ya TUHANKU, sesungguhnya aku ini insan yang lemah,
yang bodoh lagi dangkal,
yang hina lagi rendah,
yang terlalu lemah,
takku mampu berdiri melainkan dengan kehendak-MU,
tak mampu aku melakukan apa-apa saja di dunia ini
melainkan dengan iradah-MU.
Takku wujud di dunia ini melainkan atas kehendak-MU YA ALLAH...
sesungguhnya aku memohon ampun dan taubat kepada-MU,
terima taubatku ini sesungguhnya ENGKAU yang menerima taubat
dan memberi taubat,
aku memohon kepadamu dengan serendah-rendah imanku,
serendah-rendah darjatku kepada-MU ya ALLAH,
KAU terimalah taubatku.

Kemanisan Iman dalam Kehidupan

Seringkali hati bertanya sesuatu yang tidak mampu dijawab oleh akal. Hati seringkali berkata tidak tanpa akal yang mengiringi. Langkah yang tidak seiring itu menjerumus kepada hati memberontak, maka pujuklah hatimu. Bagaimana memujuk hati? Mengapa memujuk? Bila harus memujuk?. Persoalan itu akan terjawab bila kita tahu, Ke mana hati merajuk? Kenapa hati merajuk? Apakah kehendak hati yang merajuk?. Terimalah lakaran hatiku, Pujuklah Hatimu.
Terkadang kita membiarkan hati pergi, pergi menjauh ke tepi muara. Ku pujuk hati, ku merayu. "mari dan mendekat padaku wahai hati, ke pangkuanku". Hati terus menjauh. Lantas ku pujuk hati dan ku katakan padanya "Setiap sesuatu itu telah ditentukan, sabar wahai hati". Hati lalu mendekat, suaranya sudah tidak lagi kedengaran hanya air mata menterjemah segala laku. Lalu hati berkata, "kenapa semua ini terjadi?". Namun tiada lagi kata bisa ku ucap, "maafkanku wahai hati".
Kehidupan adalah suatu ujian yang Allah SWT telah petakan sepanjang perjalanan manusia. Kerana Allah tidak menjanjikan hidup penuh dengan keseronokan tanpa rintangan. Sepanjang perjalanan ini, apa yang kita ada, apa yang kita perolehi adalah nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kebanyakannya datang daripada rasa kecewa dan kesukaran yang pernah kita alami. Hadirnya tatkala ada merupakan elemen "Rahim" Allah yang dititipkan buat kita. Itulah kebahagian disebalik ujian yang dikurniakan. Insyaallah dengan berkat doa akan Rahmah Allah hadapi ia dengan kuat dan tabah walaupun perit.
"Ya Allah, hati ini telah lama berkarat, penuh dosa dan maksiat, Kurniakanlah kami hati yang baru yang Engkau beri padanya rahmat, Agar hati itu sentiasa berkilat, moga hati yang baru itu sentiasa sihat, dan moga hidup kami menjadi berkat."
Aku Rindu Saat BersamaMU...Wahai PenciptaKU...Izinkanlah Aku Ya Allah..Berilah Kekuatan Untuk Aku Mengulangi Kenangan BersamaMU...Saat Yang Paling Bahagia Dalam Hidupku...Manisnya ImanMU...

Warkah Buatmu Duhai Bakal Imamku


Wahai engkau yang disana,
ditempat para pengabdi pemimpin syurga,
Syurga pelangi ciptaan Sang Maha cinta,
dengarkanlah aku...

Ketahuilah..
Sesungguhnya tidaklah aku ingin menikah melainkan kerna aku tidak ingin mati dalam keadaan agamaku ini hanya setengah..
Dan tidaklah aku ingin menjadi orang yang menikah melainkan kerna aku meyakini janji Allah bagi orang yang menikah itu benar adanya..

Tahukah kau bahwa setiap hubungan suami isteri yang halal itu adalah sedekah yang dapat mendatangkan pahala?
Tahukah kau bahwa hanya dengan merengkuh tangan isteri maka berguguranlah dari jari jemari dosa-dosa?
Dan tahukah kau bahwa bila seorang isteri meninggal dunia sementara suaminya dalam keadaan redha padanya maka ia akan masuk surga?
Dan bila semasa hidup dia taat kepada Allah dan taat pula kepada suaminya maka ia boleh memasukinya dari pintu mana pun yang dia suka?

Duhai, calon suamiku..
Tidaklah aku ingin menjadi seorang isteri melainkan kerna janji Allah yang satu ini.
Kerna sesungguhnya aku takut mengetahui bahwa penghuni neraka itu kebanyakan wanita..
Dan hanya kepada Allah aku berharap perlindungan-Nya dan petunjuk-Nya di manapun aku berada..

Wahai calon suamiku..
Telah ditakdirkan Allah bahwa akhirnya engkau memilihku.
Semoga inilah perlindungan dan petunjuk yang Dia berikan agar aku bisa mendapatkan kebenaran janji Allah itu..
Namun, wahai calon suamiku,
Aku ingin kau menyedari bahwa aku bukanlah makhluk yang sempurna seperti juga dirimu.
Maka mengertilah bahwa setelah kita menikah nanti akan banyak hal baru yang akan sama-sama kita ketahui..
InsyaAllah, akan ku jaga apa yang harus ku jaga darimu,
Dan kuharap kau pun menjaga apa yang harus kau jaga dariku..

Bila kau menemukan ketidak sukaanmu padaku kerna kekuranganku
Maka bersabarlah, calon suamiku..
Kerna kadang-kadang pada sesuatu yang tidak kau sukai, Allah menjadikan kebaikan padanya..
Temukanlah kelebihan yang kau sukai dari diriku,
Bukankah kau memiliki alasan mengapa kau ingin menikahiku?

Tetapi, wahai calon suamiku
Bila ketidak sukaan yang kau temukan itu adalah kerna kesalahanku,
Maka nasihatilah aku, pisahkanlah tempat tidurku dan pukullah aku bila akhirnya aku meninggalkan kewajibanku..
Namun janganlah kau bermaksud menyakitiku hingga membahayakan hidupku kerna aku adalah sebahagian dari dirimu..

Janganlah kau luruskan kebengkokanku, kerna aku bisa patah.
Tetapi berhati-hatilah terhadapku, kerna aku bagaikan gelas kaca.
Ingatlah bahwa manusia yang baik adalah yang baik pada keluarganya,
Dan lelaki yang baik adalah yang baik pada isterinya..

Dan cukuplah engkau menjadikan aku seseorang yang patuh kepadamu dengan menjadi seseorang yang pantas aku patuhi..
Sehingga aku mempunyai alasan mengapa aku harus berhias setiap hari,
Dan mengapa aku harus menjaga diriku, kehormatan dan juga hartamu saat kau tidak ada di sisi.. InsyaAllah..
 
 

Jadikanlah aku sebaik-baik perhiasan duniamu, hartamu yang paling berharga..

Khas buat mu, bakal imamku yang telah memilih diri ini..
syukran akhi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...