Apa yang berlaku ni merupakan
salah satu ujian yang amat membuatkan hati ni kecut, remuk, kecamuk,
resah. Tak sikit pun aku menyalahkan sesiapa...Tapi ya Allah..aku
percaya yang kau lah maha adil, maha bijaksana..maha mengetahui apa yang
baik dan apa yang buruk untuk hamba mu ini...Ampunkanlah dosa aku, dosa
ibu bapa ku, dosa keturunan ku, dosa kawan-kawan ku, dosa semua umat
islam yang ada di muka bumi ni...berikanlah kami petunjuk dan hidayah mu
Ya Allah. Kuatkanlah pegangan kami, kuatkanlah semangat kami.
Walau resah mana pun hati ini,
hancur mana pun hati ini Ya Allah..biarlah aku hadapinya dengan
keimanan. Biarlah aku terima dengan redha ya Allah. Kerana jiwa ini
percaya pada kuasa mu Ya Allah..kau lah yang mendengar luahan hati ini
walau sekalipun tak pernah aku luahkan pada sesiapa pun. Kau lah yang
maha mendengar apa yang berbisik dan terpendam dalam hati ini Ya Allah.
Wahai sekeping hati yang rapuh,
bertahanlah. Apa yang berlaku di muka bumi ini semuanya atas kuasa
Allah...semuanya sudah tertulis. Baik atau buruk yang menimpa, pasti ada
hikmahnya...yang penting, kuatkanlah iman..suburkan kesabaran
No comments:
Post a Comment
conteng-conteng