Seringkali
hati bertanya sesuatu yang tidak mampu dijawab oleh akal. Hati
seringkali berkata tidak tanpa akal yang mengiringi. Langkah yang tidak
seiring itu menjerumus kepada hati memberontak, maka pujuklah hatimu.
Bagaimana memujuk hati? Mengapa memujuk? Bila harus memujuk?. Persoalan
itu akan terjawab bila kita tahu, Ke mana hati merajuk? Kenapa hati
merajuk? Apakah kehendak hati yang merajuk?. Terimalah lakaran hatiku,
Pujuklah Hatimu.
Terkadang
kita membiarkan hati pergi, pergi menjauh ke tepi muara. Ku pujuk hati,
ku merayu. "mari dan mendekat padaku wahai hati, ke pangkuanku". Hati
terus menjauh. Lantas ku pujuk hati dan ku katakan padanya "Setiap
sesuatu itu telah ditentukan, sabar wahai hati". Hati lalu mendekat,
suaranya sudah tidak lagi kedengaran hanya air mata menterjemah segala
laku. Lalu hati berkata, "kenapa semua ini terjadi?". Namun tiada lagi
kata bisa ku ucap, "maafkanku wahai hati".
Kehidupan
adalah suatu ujian yang Allah SWT telah petakan sepanjang perjalanan
manusia. Kerana Allah tidak menjanjikan hidup penuh dengan keseronokan
tanpa rintangan. Sepanjang perjalanan ini, apa yang kita ada, apa yang
kita perolehi adalah nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kebanyakannya
datang daripada rasa kecewa dan kesukaran yang pernah kita alami.
Hadirnya tatkala ada merupakan elemen "Rahim" Allah yang dititipkan buat
kita. Itulah kebahagian disebalik ujian yang dikurniakan. Insyaallah
dengan berkat doa akan Rahmah Allah hadapi ia dengan kuat dan tabah
walaupun perit.
"Ya
Allah, hati ini telah lama berkarat, penuh dosa dan maksiat,
Kurniakanlah kami hati yang baru yang Engkau beri padanya rahmat, Agar
hati itu sentiasa berkilat, moga hati yang baru itu sentiasa sihat, dan
moga hidup kami menjadi berkat."
Aku
Rindu Saat BersamaMU...Wahai PenciptaKU...Izinkanlah Aku Ya
Allah..Berilah Kekuatan Untuk Aku Mengulangi Kenangan BersamaMU...Saat
Yang Paling Bahagia Dalam Hidupku...Manisnya ImanMU...
No comments:
Post a Comment
conteng-conteng