Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang
Aku sedang sakit, ya Allah yang maha Penyayang..
Ya, hati aku sakit.. iman aku sakit...
Dan aku cuba merungkai apa yang sedang menimpa aku,
berupa sakit kepala memikirkan hal yang aku sendiri tak dapat selesaikan.
Aku inginkan ketenangan,kedamaian..
Tapi, Dia yang maha mengetahui, apa yg terbaik utk aku...
Ya, aku sebagai hamba hanya layak untuk menerima segala ketentuanNYA,
Kerna.. aku milikMU,wahai yang Maha Penyayang..
Kadangkala, aku ingin lari sejauh-jauhnya dari masalah ni semua..
tapi,hati kecilku berkata, sabar Zaty.. Allah sayang kau, tu yg Dia bagi ujian untuk kau tempuhi, sebagai penghapus dosa kau..
Ya, sebagai
penghapus dosaku, sebelum aku pergi menghadapNYA..
Mudah-mudahan dalam keadaan aku
suci dari dosa-dosa tika mghadap pemilik segala cinta dan kasih sayang, Allah yang Maha Penyayang, Maha Pengasih.
SubhanAllah..
Tiada masalah yang tak dapat diselesaikn, ingat tu Zaty..
Jalannya mudah, iaitu dengan cara sentiasa bersabar,
sabar dengan apa yang ditetapkan Allah..
Masakan
Allah akan bgi hambaNya ujian tersebut jika hambaNya tidak mampu untuk
menempuhinya? kerna Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap
hambaNya
Allahu Akbar!
No comments:
Post a Comment
conteng-conteng